Cooling Coil (AC Evaporator) Removal

assalamualaikum dan salam sejahtera

bertemu lagi dengan tutorial bagaimana membuka cooling coil daripada dashboard kereta proton/mitsu 4G dan yang sewaktu dengannya. kereta jenis ini tidak memerlukan kita membuka keseluruhan dashboard bagi mencabut atau mengeluarkan cooling coil, hanya kerja-kerja boleh dilakukan melalui bahagian kiri kereta di bawah dashboard seperti mana yang akan saya terangkan satu persatu nanti. kebanyakan kereta baru sekarang perlu membuka keseluruhan dashboard untuk mengeluarkan cooling coil dan hal ini tentunya memerlukan kos yang besar jugak. bagi proton yang bernadikan kod enjin 4G boleh dilakukan secara diy sahaja dengan kos yang murah untuk menggantikan cooling coil yang bermasalah. bayar kos untuk memasukkan gas sahaja. cooling coil boleh dibeli di kedai halfcut dengan harga yang boleh dikatakan murah jugak. pastikan cantik kondisinya

pertama sekali kita perlukan keluarkan gas aircond, buatlah macamana pun asalkan gas aircond dapat dikeluarkan (rasanya dah ada entri terdahulu cara nak keluarkan gas aircond secara manual). kalau gas dah tak ada lagi senang kerja nanti. seterusnya perhatikan pula pada engine bay iaitu pada bahagian kiri kereta bersebelahan dengan tank washer windscreen tu. anda akan nampak 2 nat iaitu nat ini bersambung antara paip aircond ke cooling coil. buka nat dan cabut paip sahaja. satu lagi ialah cabut hose drain air aircond pada bahagian bawah sedikit, seperti yang ditunjukkan pada gambar

pada bahagian kiri dashboard ini anda perlu membuka dan mencabut glove box (terdapat 2 nat philips sahaja) dan keluarkan glove box. kemudian buka juga cover speaker dashboard, nat ada 2 biji pada bahagian bawah cover

langkah seterusnya ialah keluarkan besi yang menempatkan nat glove box iaitu dengan membuka 2 nat, masing-masing ada di kiri dan kanan bar berkenaan. gunakan screw driver sahaja untuk membukanya. keluarkan bar tersebut daripada dashboard. satu lagi anda perlu membuka cover bahagian bawah blower aircond, ada 3 klip sahaja

sebaik sahaja bahagian tadi dikeluarkan, kita akan nampak housing cooling coil yang berada di tengah yang berwarna hitam tersebut. bahagian putih kiri ialah blower motor dan kanan cooling coil ialah blower yang mengalirkan angin ke corong-corong dashboard. unplug soket blower motor resistor dan soket termostat yang biru tu

housing cooling coil dipasangkan pada bawah dashboard dengan hanya 2 nat bersaiz 12mm sahaja iaitu satunya berada pada bahagian atas housing (lihat gambar), dongak ke atas sikit baru nampak nat ini

dan satu lagi nat housing cooling coil ini berada pada bahagian bawah berhampiran dengan hujung carpet lantai kereta. buka kedua-dua nat tersebut. sebaik sahaja nat ini dibuka, maka bolehlah kita menarik housing cooling coil ini ke arah kita dan dengan mudahnya cooling coil dapat dikeluarkan daripada dashboard

inilah keadaannya apabila housing cooling coil dikeluarkan. sebenarnya sistem aircond kereta ini mengalirkan udara sejuk ke dalam cabin dengan peranan yang dimainkan oleh blower yang terdapat pada housing putih pada bahagian kiri tersebut. blower itulah meniupkan angin ke cooling coil dan seterusnya diagihkan ke corong aircond pada dashboard

cooling coil lancer evo 3 yang dikeluarkan daripada dashboard. untuk makluman, cooling coil lancer ini adalah sama sahaja sama ada 4g91/92/93/63 dan boleh diguna pakai bagi mana-mana yang menggunakan sistem aircond lancer pada kereta proton anda. satu petua yang perlu diamalkan untuk menjaga hayat dan kebersihan cooling coil proton/mitsu ini ialah dengan memastikan dalaman cabin kereta sentiasa berada dalam keadaan bersih kerana sistem aircond ini tidak mempunya penapis (filter) seperti kereta-kereta baru sekarang

terima kasih
sincerely: jeff tacra

No comments: