Power Steering & AC Belt Replacement (MIVEC)

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri blog kali ini ialah tutorial menukar belt power steering dan ac compressor bagi kereta bernadikan enjin mivec 1.6 atau pun 1.8 dan saya kira belting ini adalah sama dengan mana-mana kereta proton yang bernadikan enjin 4G9x. biasalah kan, akibat wear and tear komponen bagi sesebuah kenderaan maka kita perlulah menukarnya dengan yang baru. bagi belt ini selalunya masalah yang dihadapi ialah belt crack, merekah, keras dan lain-lain simpton yang akhirnya akan menyebabkannya boleh putus. kalau masa bergerak agak bahaya juga kerana power steering tidak berfungsi (berfungsi tanpa power steering) dan agak berat untuk memusing steering serta aircond pun tidak berfungsi. so rajin-rajinlah cek belting luar ini agar segalanya berada dalam keadaan baik

seperti biasa, jack kereta dan keluarkan tayar. kemudian buka cover bahagian tepi seperti gambar di atas. terdapat 5 nat bersaiz 12mm iaitu 2 berada di bahagian tepi (lihat gambar) dan tiga lagi pada bahagian bawah hadapan kereta. kalau nak bekerja bahagian bawah kereta ini lebih baik letak jack stand untuk keselamatan kita

sebaik sahaja cover tepi ini dibuka maka kita akan dapat melihat belt power steering dan comp ini. kalau diperhatikan pada gambar ini ternyata belt ini dah merekah atau crack dan masalah ini memang berlaku pada keseluruhan belt tersebut. jadi perlu tukarlah kalau dah jadi macam ni

buka 2 biji nat 12mm iaitu pertamanya pada bahagin tepi bearing dan satu lagi pada bahagian atas iaitu tempat nat untuk tegangkan belting. longgarkan dulu nat bearing dan barulah longgarkan nat atas untuk kendurkan belt. apabila belt dah kendur barulah bearing dikeluarkan daripada tempatnya

apabila tensioner bearing dikeluarkan maka boleh kita keluarkan pula belt tersebut. tarik pada bahagian pully crank dan keluarkan belt. sekiranya belt susah nak keluarkan walaupun tensioner bearing telah dicabut, maka anda perlu longarkan nat power steering motor untuk gerakkan motor ini ke bahagian belakang, barulah belt dapat dikeluarkan dengan mudah

ini bahagian dalam engine bay iaitu pada bahagian power steering motor yang perlu dilonggarkan 2 nat pada bahagian motor ini. keluarkan belt lama

belt yang dah keras dan bahagian tepi kelihatan dah menggelupas. permukaan belt ini pun dah agak kasar. sesuai benarlah kita menukarkannya dengan yang baru

bahagian bawah pun dah crack dan kita tak tahu bila akan berakhir jangka hayatnya. periksalah belting kereta anda sekiranya dah lama tak tukar. melalui engine bay pun kita dapat lihat kondisi belting ini

belt baru yang saya beli ialah brand BANDO dengan kod 5PK 1120 di kedai spare part. ada lagi jenama lain yang boleh anda peroleh seperti brand MITSUBOSHI iaitu keluaran standard untuk kereta mitsu. agak sukar untuk mendapatkan brand mitsuboshi ini masa kini di tempat saya dan mungkin di tempat lain masih boleh diperoleh dengan mudah. saya beli brand BANDO dengan harga RM38.00 satu

pasangkan belt baru dan pasangkan balik segala peralatan yang dibuka tadi. pastikan kesemua nat diikat dengan baik dan kemas. ketatkan semula nat pada bahagian motor power steering. tegangkan tensioner bearing belt ini dengan kadar yang betul, jangan longgar atau terlalu tegang sangat kerana kalau longgar kemungkinan akan slip manakala kalau terlalu tegang boleh merosakkan ac comp bearing dan juga motor power steering. apabila segalanya dah siap pasangkan balik cover tepi dan juga tayar kereta. turunkan jack dan start your engine. perhatikan pusingan motor power steering dan juga ac compressor dalam keadaan sempurna

terima kasih
sincerely: jeff tacra