How To Test MIVEC Solenoid Valve

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

pengguna enjin 4G92 mivec akan menjadi resah gelisah sekiranya sistem mivec enjin mereka tidak berfungsi. dalam bahasa yang mudah ada orang sebut mivec tak on. jika sistem mivec tak on bermakna fungsi enjin tersebut menjadi seperti enjin 1.6 biasa tanpa ada keistimewaan mivec. antara penyebab berlakunya mivec tak on ini salah satunya ialah kegagalan solenoid valve berfungsi dengan baik. sebenarnya ada beberapa faktor lain lagi yang menyebabkan sistem mivec tak berfungsi, antaranya yang biasa ialah:

  1. low oil pressure
  2. engine not up to normal temperature
  3. stuck or blown solenoid valve
  4. ECU faults
  5. dirty mivec rockers
  6. sensor faults

inilah antara perkara-perkara yang sering berlaku sekiranya sistem mivec kereta anda tidak berfungsi. entri kali ini khusus saya paparkan berkaitan dengan no. 3 iaitu stuck or blown solenoid valve. masalah ini perlu dikesan serta merta sekiranya mivec gagal berfungsi




inilah rupa solenoid valve berfungsi untuk mengaktifkan sistem mivec. sekiranya part ini rosak maka keistimewaan sesebuah enjin mivec akan hilang. part baru saya kira sudah tidak ada di pasaran, kalau ada pun hanya part used di kedai halfcut. harganya mungkin mahal sedikit tapi tidak dapat tidak jika rosak kita terpaksa menggantinya dengan yang lain

ada orang yang memasang hanya head mivec sahaja pada block 93. habis tu sistem mivec berfungsi atau tidak? jawapannya sudah pasti tidak kerana solenoid ini diaktifkan oleh ecu yang mengeluarkan signal untuk menghidupkan solenoid ini apabila rpm kereta telah mencapai 5500 -6000. signal yang dikeluarkan oleh ecu mivec bersifat negatif dan berlawanan sekali dengan sistem VTEC yang mengeluarkan output secara positif

ok, berbalik kepada hal tadi iaitu bagi yang menukar head mivec sahaja tanpa menggunakan semula ECU dan wiring asal mivec. sebenarnya anda masih boleh mengaktifkan sistem mivec hanya dengan menggunakan rpm shiftlight, apexi safc, emanage dan lain-lain gajet yang bersesuaian. paling koman pun boleh menggunakan suis ON/OFF untuk mengaktifkan mivec. nanti saya akan buat entri baru untuk mengaktifkan sistem mivec tanpa menggunakan wiring dan ECU mivec pada keluaran akan datang



inilah kedudukan solenoid pada head enjin dan akan keluar melalui tepi head sebelah kiri 2 wire iaitu putih dan merah. tanpa solenoid ini mivec akan gagal. bagi enjin mivec MD akan ada 2 biji solenoid pada bahagian head ini



lagi gambar close-up solenoid pada head enjin. sebenarnya agak susah jugak part ini nak rosak melainkan anda tidak menjaga penukaran minyak hitam secara berkala. amalan bertangguh menukar minyak hitam bukan sahaja boleh merosakkan solenoid ini malahan boleh merosakkan komponen-komponen lain di dalam enjin



berbalik kepada tujuan asal entri in iaitu kita hendak menguji sama ada solenoid berfungsi atau tidak tanpa membuka rocker cover. caranya ialah anda perlu dapatkan soket solenoid yang terletak pada bahagian tepi sebelah kanan enjin berhampiran dengan 2 wire yang keluar daripada head. unplug soket tersebut dan rupa soket itu sama seperti gambar di atas. ada 2 pin di dalam soket tersebut. bagi wire merah tap ke 12v manakala wire putih tap ke ground


sebaik sahaja power dikenakan maka kita akan mendegar bunyi KLIK pada bahagian tepi rocker cover menandakan solenoid berfungsi. sekiranya tidak mengeluarkan apa-apa bunyi alamatnya solenoid rosak. jika rosak cuba buka rocker cover dan tekan bahagian atas seperti pada gambar. kalau punat tu dapat turun dan naik kemungkinan boleh pulih lagi. kalau lekat cuba cuci dahulu, jika bernasib baik solenoid selamat lagi. kalau rosak terpaksa cari yang lain. selamat mencuba

terima kasih
sincerely: jeff tacra