Innovate LC2 Installation & wiring Guide

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali ini saya akan paparkan bagaimana memasang innovate wideband siri LC2 berserta dengan DB gauge blue pada sebuah wira yang bernadikan enjin 4G92M. owner kereta ini ingin memasang secara kekal innovate wideband untuk memantau air fuel ratio kereta beliau dan sangat bersesuaianlah jika owner memilih innovate daripada siri ini memandangkan modulnya bersaiz kecil dan didatangkan juga dengan gauge digital bersaiz 52mm sahaja. bosch sensor hendaklah dipasangkan pada piping exhaust kereta dan sebaik-baiknya ialah selepas nenas. pemasangan sensor ini kedudukannya hendaklah antara sudut pukul 9 hingga pukul 3, pilihlah mana-mana yang sesuai dengan piping kereta anda asalkan jangan bergesel dengan apa-apa peralatan lain

kota innovate wideband siri LC2, disertakan bersamanya ialah modul innovate LC2, bosch wideband sensor, soket dan wiring untuk pemasangan berserta owner manual sekali. saya order barang ini dari US dengan kos 1K lebih. agak mahal kerana nilai mata wang negara kita semakin hari semakin mengecil kot. anda perlu tebuk piping dengan memasangkan bung pipe yang disertakan sekali

modul innovate LC2 kelihatan agak kecil jika dibandingkan dengan siri LC1. siri baru ini menggunakan sensor bosch juga tapi dari model yang terkini yang menggunakan soket yang lebih kecil sedikit dibandingkan dengan siri terdahulu, namun fungsinya tetap sama iaitu untuk memaparkan air fuel ratio sesebuah kenderaan secara wideband

terdapat 4 wire utama pada modul ini iaitu wire hitam untuk grounding, pasangkan wire ini pada mana-mana bahagian body kereta. biasanya pasangkan pada nat tertentu yang terdapat pada body kereta untuk memudahkan kerja-kerja kita. wire merah sambungkan ke kaki 87 relay yang akan saya tunjukkan diagram relay nanti. wire kuning pula ialah output 1 lambda signal yang disambungkan ke wire input DB gauge (wire putih). dan akhir sekali ialah wire cokelat iaitu wore output 2 signal ke input engine management kereta anda


ini pula ialah wire yang terdapat pada DB gauge innovate yang kesemuanya juga terdapat 4 wire. wire hitam seperti biasa iaitu untuk ground dan boleh disekalikan denga wire hitam modul innovate tadi. wire merah pula ialah wire 12v pun boleh dijointkan dengan wire merah modul dan disambungkan ke kaki 87 relay. wire putih perlu disambungkan ke wire kuning modul innovate manakala wire putih ialah wire dimmer lampu yang perlu disambungkan ke positif lampu kecil bawah dashboard. LED akan malap bila lampu dihidupkan



ini pula ialah diagram relay yang perlu digunakan untuk memasang innovate ini seperti mana yang disarankan di dalam owner manual. kaki 87 ialah ke wire positif DB gauge dan modul LC2. kaki 86 ke wire acc atau ke wire on kereta. kaki 30 pula ialah ambik 12v direct bateri iaitu constant 12v juga terdapat di bawah dashboard pada kunci kereta. dan akhir sekali ialah kaki 85 hendaklah di sambungkan ke body kereta. lengkaplah sistem wiring innovate LC 2 berserta dengan DB gauge

sekarang langkah terakhir iaitu proses calibrate modul dan sensor innovate ini. caranya ialah, keluarkan sensor daripada piping ekzos dan dedahkan sensor kepada udara luar. unplug soket sensor dengan soket modul. ON kunci dan pada mulanya indicator LED pada modul akan hidup hijau dan akan berkelip kepada merah, kita kena tunggu selama 30 saat dan kemudiannya OFF kunci kereta. langkah seterusnya ialah plug in kembali soket sensor dengan soket modul dan ON kunci, tunggu sehingga indicator LED solid hijau barulah OFF semula kunci. dah pun siap proses calibrate. pasangkan sensor pada piping ekzos dengan kemas dan apabila siap, boleh hidupkan kereta. pada masa ini indicator LED pada modul berkelip-kelip hijau dan akan menjadi solid hijau yang seterusnya menghidupkan bacaan air fuel ratio sebenar kereta anda. kalau ada management, bolehlah anda tuning kereta untuk mendapatkan afr yang betul dan tepat

DB gauge innovate LED biru yang masih lagi berbalut. proses ini tadi telah berjaya dilakukan dan saya tepaksa tuning semula kereta ini berpandukan wideband baru ini untuk mendapatkan lagi fine tuning dengan lebih tepat. nampaknya owner kereta ini sangat berpuas hati hari ini, terima kasih atas kepercayaan anda terhadap saya

terima kasih
sincerely: jeff tacra