MIVEC Activation By Apexi RSM

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

sejak akhir-akhir ini ramai dalam kalangan peminat dunia pemotoran sanggup berhabis sejumlah besar kewangan untuk dilaburkan terhadap enjin kesayangan jentera masing-masing (termasuk saya juga). tambahan pula harga part kereta melambung tinggi di pasaran negara kita. permintaan terhadap barangan part enjin begitu mendadak dan dari sehari ke sehari harganya semakin meningkat. bayangkan pada tahun 2003 halfcut mivec siap pemasangan termasuk register di puspakom dan legal on the road dengan harga rm5k sahaja. hal ini amat mengejutkan pada hari ini kerana harga halfcut mivec naik mendadak sehingga mencecah rm10k-11k dan ini tidak termasuk kos pemasangan serta urusan-urusan lain yang berkaitan

sebab itulah untuk mengurangkan kos dan ditambah lagi dengan minat yang mendalam terhadap nadi mivec ini, ramai dalam kalangan kita hanya memasang head mivec sahaja kepada block asal kereta kerata tanpa memasukkan sekali wiring dan ecu mivec. contohnya pemasangan head mivec pada block 93 sama ada sohc atau dohc hanya secara plug n play sahaja. tidak hairanlah ramai yang mengambil pilihan ini keran kosnya lebih murah sedikit daripada memasukkan keseluruhan enjin mivec tersebut. head sahaja market sekarang sekitra rm2.5k - 3k. namun satu masalah yang timbul ialah bagaimana kita hendak activate solenoid mivec dan seterusnya menjadikan enjin kita 100% fungsinya sama seperti dengan enjin mivec standard yang asal. jangan risau, kita ada caranya

entri kali ini khusus saya paparkan tutorial bagaimana untuk mengaktifkan sistem mivec bagi yang memasang head mivec sahaja dengan menggunakan apexi RSM (rev speed meter). di bawah ini akan saya jelaskan satu persatu untuk memudahkan pemahaman kita semua. jadi dengan hanya memasang RSM, kita dah dapat menjadikan enjin kita sebagaimana enjin mivec biasa tanpa memerlukan kos yang tinggi bagi mendapatkan wiring dan ecu mivec yang boleh mencecah hampir rm2k di pasaran semasa

saya kira semua kaki kereta sangat kenal dengan gajet ini dan apabila disebut sahaja RSM semua dapat bayangkan bagaimanakah rupa barangan tersebut. RSM first model pun boleh digunakan untuk menjalankan projek diy ini. RSM hitam atau biru sama sahaja, cuma keluaran tertentu sahaja yang membezakan warna. pasaran semasa kalau rsm first model sekitar rm350, rsm biru rm700 manakala rsm hitam sekitar rm750-rm800

gambar atas saya ambil daripada buku manual apexi rsm dan berpandukan pada paparan ini sebenarnya kita dah dapat fahami bagaimana cara mengaktifkan solenoid mivec walaupun panduan di atas sebenarnya untuk mengaktifkan bulb 12v yang berfungsi sebagai warning tahap rpm tertentu, ataupun kita boleh jadikan bulb tersebut sebagai indicator shiftlight untuk rpm. kita kena mod sedikit untuk jadikan output kepada solenoid mivec

kita perluka sebiji spdt relay sama ada 5 kaki atau 4 kaki dengan penyambungan wiring mengikut diagram yang telah saya hasilkan seperti di atas. apabila selesai pemasangan rsm pada kereta anda akan dapati satu wire putih pada rsm dan wire inilah merupakan wire warning untuk output rpm yang akan kita gunakan nanti. wire putih daripada rsm tap ke kaki 85 relay (wire putih ini output negatif). kaki 30 dan 86 relay combine sekali dan disambungkan pula pada punca 12v yang boleh diambil daripada wire acc atau on kunci kereta. akhir sekali wire 87 ialah wire output daripada wire putih rsm itu tadi dan disambungkan kepada wire merah pada soket solenoid mivec. wire putih pada solenoid tap ke ground kereta. siap proses wiring dan seterusnya kita akan melakukan sedikit configurasi pada menu rsm tersebut

untuk gambaran yang lebih jelas saya tunjukkan 2 wire solenoid yang keluar daripada head mivec iaitu wire putih disambungkan ke body kereta untuk ground, manakala wire merah disambungkan ke kaki 87 relay. agak mudah sahaja proses wiring ini asalkan anda menyambung wire pada kaki relay dengan nombor yang tepat. kesilapan menjadi tanggungan sendiri ye

sekarang lakukan sedikit configurasi pada rsm anda. on kunci tanpa start kereta dan pilih menu 3. etc pada rsm. anda hanya perlu menekan tombol putih pada sebelah kanan rsm tu

dalam menu etc tadi akan terdapat beberama option lain lagi seperti di atas. kita perlu pilih option 1 iaitu output set sahaja

ok, sekarang sebaik sahaja option output set ditekan, akan keluarlah pilihan seperti di atas. anda hanya perlu pilih menu atas sekali iaitu RvO: yang bermaksud REV OUTPUT. masukkan berapa rpm yang anda hendak aktifkan mivec (standard mivec 5.5k rpm). anda boleh pilih sesuka hati berapa rpm yang anda hendakkan on sistem mivec kereta anda, janganlah rendah sangat nanti tak terasa apapun pada enjin. saya cadangkan boleh cuba 5k dahulu atau rendah sedikit sebagai permulaan. dah siap set, keluarkan paparan menu asal rsm. sekarang dah pun siap projek ini dan bolehlah anda test kerata di jalan raya sekarang sama ada mivec on atau tidak. happy motoring :)

terima kasih
sincerely: jefftacra