Tweeter At Side Mirror Cover

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

tahun 2017 akan berakhir lebih kurang seminggu lagi dan tahun baru 2018 akan menjelma menggantikan tahun yang lama. diharapkan sempena dengan kehadiran tahun baru ini, semoga followers dan pengunjung setia blog ini beroleh kesihatan yang baik dan success dalam segala apa jua pekerjaan yang dilakukan

entri blog saya kali ini ialah bagaimana memasang tweeter pada cover side mirror proton atau lancer khususnya bagi pengguna proton wira. diy kali ini agak mudah dan kita hanya perlukan sepasang tweeter untuk memasangnya pada kiri dan kanan cover side mirror di pintu kereta. pemilihan tweeter juga penting iaitu bagaimana kedudukannya semasa dipasang nanti, sama ada mengadap ke tengah kereta, ke hadapan atau sebagainya. paling baik ialah kedudukan tweeter seharusnya mengadap kepada seat depan kereta iaitu terus ke arah kita untuk menghasilkan bunyi yang lebih baik

secara kebetulan saya ada menyimpan tweeter brand alpine ini dan didapati kedudukannya agak sesuai untuk dipasangkan pada cover side mirror, maka saya menggunakan tweeter ini untuk menjayakan diy kali ini. daripada tak digunakan adalah lebih baik kita manfaatkan sumber yang ada daripada terbazir begitu sahaja. bahagian tepi cover hadapan tweeter ini sebenarnya berwarna chrome tetapi saya telah menyemburkan dengan cat flat black untuk dipadankan dengan interior kereta saya

inilah 3 komponen utama tweeter alpine tersebut iaitu tweeter itu sendiri, cover belakang dan cover hadapan tweeter. tiga bulatan yang ditandakan itu ialah lubang yang sedia ada pada housing belakang dan kita perlu menebuk 3 lubang juga pada cover side mirror nanti. 2 lubang untuk skru dan satu lubang lagi ialah untuk laluan wire daripada tweeter ke head unit kereta

sebelum menebuk lubang, terlebih dahulu kita perlu menguji kedudukan tweeter pada kereta takut kalau-kalau kedudukan nanti senget atau sangkut pada mana-mana bahagian kereta terutamanya semasa membuka dan menutup pintu kereta. apabila telah dikenal pasti kedudukan tweeter pada cover side mirror, maka boleh kita menanda kedudukan lubang yang hendak dibuat dan seterusnya hasilkan lubang yang saiznya sesuai dengan nat yang akan digunakan nanti, jangan terlalu besar ye

pasangkan 2 biji nat dan kemaskan scukup rasa sahaja dan jangan terlalu kemas sangat kerana plastik tidak sama dengan besi, nanti nat akan menembusi lubang yang dibuat tadi. gambar menunjukkan kedudukan nat telah terpasang dengan baik dan lubang satu lagi itu ialah untuk laluan wire tweeter nanti

gambar atas menunjukkan pandagan bahagian belakang cover side mirror dengan 2 biji nat telah siap terpasang pada cover tweeter belakang. pada mulanya agak sayang juga nak tebuk cover side mirror ini tapi memandangkan saya masih ada cover spare yang lama disimpan, so hasrat ini saya teruskan juga

apabila telah siap dipasang housing belakang tweeter maka bolehlah kita memasangkan tweeter berserta dengan housing hadapannya sekali. hasilnya boleh dilihat seperti pada gambar di atas. saya sarankan agar menggunakan nat dan skru kecil kerana kedudukan tweeter akan lebih kemas dan tidak mudah tercabut. kalau nak guna double sided tape pun boleh je tapi dikhuatiri tweeter akan tanggal dan terjatuh kemungkinan akan berlaku

kedudukan tweeter yang telah siap dipasangkan pada kereta boleh dilihat melalui gambar di atas. ini ialah bahagian kiri kereta. kedudukan ini akan nampak lebih kemas jika dibandingkan dengan meletakkan tweeter di atas dashboard kereta, tapi terpulang pada cita rasa masing-masing di mana hendak meletakkan tweeter bagi sistem audio kereta anda

gambar atas ini pula ialah kedudukan tweeter yang telah siap terpasang di kereta pada bahagian kanan side mirror. belum siap sepenuhnya lagi kerana penyambungan wire tidak dilakukan lagi. untuk melakukan proses penyambungan wire, kita perlu membuka door trim kereta dan seterusnya laluan wire mengikut harness asal kereta ke dalam kereta. saya hanya menyambungkan wire tweeter ini ke speaker dashboard sahaja memandangkan saya telahpun memasang speaker dashboard ini terlebih dahulu

inilah gambar kedudukan tweeter pada kiri dan kanan kereta yang telah siap sepenuhnya. memang saya tidak suka hiasan-hiasan tertentu di dalam kereta kerana nampak agak serabut sedikit. hiasan yang tergantung pada cermin pandang belakang pun tidak ada :) ok lah, dah pun siap semuanya dan saya kira inilah diy yang agak mudah untuk dilakukan oleh sesiapa pun tanpa memerlukan kos yang besar

terima kasih
sincerely: jefftacra