Hand Brake Cable Replacement

salam sejahtera. bersua lagi dengan entri mengenai penukaran cable hand brake khususnya bagi kereta proton terutamnya wira. boleh dikatakan kaedahnya adalah sama sahaja terhadap proton waja, satria, putra atau lain-lain jenama kereta yang berkenaan. selalunya masalah cable hand brake bagi pengguna wira yang mempunya brake disc pada bahagian belakang ialah cengkaman hand brake tidak mantap jika dibandingkan dengan yang menggunakan drum brake. untuk mengatasi masalah cengkaman hand brake ini, saya telah menulis tutorial dalam entri terdahulu bagaimana mengembalikan cengkaman hand brake kereta proton terutamanya wira yang rata-rata mempunyai masalah ini. anda boleh search entri terdahulu mengenai cara penyelesaiannya. jika anda menarik cable hand brake dan didapati pada bahagian hujung cable ini pada ruang konsol hand brake kelihatan senget kedudukannya, walaupun telah dilaras beberapa kali, namun masih lagi kelihatan senget, maka sudah tiba masanya untuk anda menukar cable hand brake ini. pilihan di tangan anda sama ada menukar sebelah sahaja atau sepasang terus. pendapat saya lebih baik tukar sepasang terus, tak perlu kerja banyak kali

cable hand brake original proton boleh diperoleh di kedai spare part dan saya tak pasti adakah ia betul-betul original atau tidak. sticker proton seperti di atas seperti original nampaknya. harga untuk satu cable hand brake ini ialah rm4+ sahaja dan sekiranya anda membeli sepasang, harganya di bawah rm100. mungkin ada lagi keluaran lain yang lebih murah daripada harga ini

seperti biasa anda perlu jack pada bahagian belakang kereta dan sebagai langkah keselamatan gunakan jack stand untuk menampung berat kereta ini. kerja-kerja berkaitan juga banyak dilakukan di bawah kereta dan anda mesti menggunakan jack stand kerana malang tidak berbau. langkah seterusnya ialah turunkan hand brake kereta dan buka arm rest dan keluarkan dari tempatnya. laonggarkan nat 10mm pada bahagian skru cable hand brake seperti di atas, jangan sampai tercabut pulak, just longgarkan semaksima mungkin.

buka seat duduk belakang dan buka 2 nat 12mm yang memegang cable hand brake. anda perlu selak sedikit carpet lantai untuk mendapatkan nat ini. buka ke dua-dua nat pada bahagian cable kiri dan kanan dan umpil sedikit bracket besi nipis yang memegang cable tersebut

seterusnya ialah keluarkan hujung cable hand brake ini daripada bracketnya, lihat gambar di atas. sebaik sahaja hujung cable ini dikeluarkan maka boleh anda keluarkan atau tolakkan cable ini melalui lubang pada lantai bawah carpet. pastikan dulu gromet getah yang terdapat pada cable ini ditanggalkan daripada body kereta

kemudian pada bahagian bawah kereta terdapat 3 nat 12mm yang perlu dibuka untuk mengeluarkan cable ini. nat tersebut satunya berada pada bahagian lantai bawah dan dua nat lagi berada pada bahagian trailing arm kereta. pada hujung cable di bahagian caliper pula anda perlu keluarkan dua klip yang terdapat pada hujung cable ini seperti gambar di atas. sebaik sahaja klip dikeluarkan maka bolehlah kita keluarkan pula cable hand brake ini sepenuhnya daripada kereta

cable hand brake lama dan baru. sekiranya pada cable baru tidak terdapat bracket untuk mengikat cable pada bahagian bawah kereta nanti maka bolehlah anda ambil daripada cable yang lama, buka dan pasangkan pada yang baru. kemudian bolehlah anda memasang kembali cable hand brake baru pada kereta mengikut langkah-langkah yang disebutkan di atas tadi. apabila dah siap sepenuhnya jangan lupa ketatkan sedikit nat 10mm pada hand brake tadi, jangan terlalu ketat ye kerana caliper boleh cengkam terus disc tanpa tarik tuil hand brake. pusing dan test pergerakan tayar beberapa kali sehingga betul-betul berfungsi dengan baik

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Proton Wira Rear Fog Lamp

paparan entri saya kali ini ialah bagaimana kita hendak menghasilkan rear fog lamp kereta proton wira secara diy sahaja dengan kos yang sangat minima. maklumlah, rear fog lamp original keluaran proton uk spec boleh mencecah harga sehingga tiga ratus ringgit untuk sebelah sahaja. saya pun tak pasti bagaimana orang begitu berminat untuk mendapatkan rear fog lamp ini, tambahan pula di negara kita rasanya jarang untuk kita memasang dan menggunakan fungsi sebenar lampu ini. kalau di negara luar fog lamp belakang ini sangat penting kerana bersesuaian dengan faktor iklim dan cuaca di negara tersebut terutamanya semasa musim salji atau berkabus tebal yang memerlukan lampu ini dipasang sebagai alert untu pemandu lain. lain pula halnya di negara kita, ada yang memasangnya pada waktu malam sehingga menganggu pandangan pemandu yang mengekori kereta tersebut. jadi kita perlu memahami fungsi sebenar rear fog lamp ini dan jangan menggunakannya sewenang-wenangnya tanpa sebab

antara peralatan penting yang perlu digunakan untuk menjayakan projek kali ini ialah seperti yang terdapat pada gambar di atas. grinder digunakan untuk memotong cover lampu, heat gun pula untuk memisahkan cover lampu daripada housingnya serta digunakan untuk meluruskan kepingan lampu yang dipotong nanti. ada juga yang merendam di dalam air panas untuk memisahkan lens lampu tersebut. drill digunakan untuk menebuk shape melengkung lampu yang akan dipotong, kikir untuk meratakan bahagian yang dipotong tadi, manakala kertas pasir sebagai kemasan terakhir untuk melicinkan shape yang dibuat tadi

dengan menggunakan grinder, potong bahagian lampu yang dikehendaki untuk dijadikan shape fog lamp nanti. kebetulan saya ada lampu body yang dah retak, maka saya menggunakan bahagian ini untuk membentuk shape fog lamp nanti. kita boleh mengambil mana-mana bahagian yang lain, yang paling sesuai ialah ambil daripada bahagian atas lampu bonet kerana permukaannya yang sudah sedia rata. kalau mengambil bahagian seperti dalam gambar di atas, kita perlu panaskan dengan menggunakan heat gun untuk meratakan kepingan yang dipotong itu

inilah shape mengikut bentuk cover fog lamp yang terdapat pada lampu bonet berkenaan. gunakan kreativiti anda untuk memotong dan seterusnya merata dan melicinkan bahagian tepi shape ini. untuk mendapatkan bentuk seperti ini, kita perlu mengikut acuan lampu pada bahagian bulb yang sedia ada

langkah seterusnya ialah tampal masking tape pada lampu yang hendak kita tebuk mengikut shape yang dipotong tadi. letakkan shape tersebut dan buat lakaran pada bahagian tepi shape di atas masking tape yang ditampal tadi. seterunsya proses memotong cover lampu mengikut bentuk tersebut

inilah bentuk yang perlu kita hasilkan. berhati-hati semasa proses ini kerana kesilapan dan kekasaran kita, boleh menyebabkan cover lampu ini crack serta pecah. proses inilah memerlukan kesabaran yang tinggi iaitu kita perlu memotong, menebuk, mengikir dan menggosok dengan kertas pasir supaya bahagian tepi shape tersebut benar-benar rata dan cantik. pada bahagian melengkung ini kita perlu menebuk dengan drill mata halus untuk memotongnya

inilah hasilnya setelah pemasangan dilakukan dan pada masa gambar ini diambil saya masih belum gam lagi bahagian yang bercantum itu. gunakan gam yang bersesuaian seperti gam 3 minute transparet untuk melekatkan bahagian bercantum dengan kemas dan seterusnya dapat mengelakkan air memasuki pada bahagian lampu ini. gam pada bahagian sebelah dalam sahaja dan jangan sampai gam itu meleleh pada bahagian lain. apabila dah siap, maka bolehlah dipasangkan semula cover lampu pada lampu dan seterusnya pasangkan kembali pada kereta anda

dah siap gam dan dipasangkan kembali pada kereta. dalam hal ini, garisan kesan potong tadi memang akan nampak jika dilihat dengan jarak dekat dan kalau kereta berada di jalan raya kemungkinan dah nampak macam original fog lamp. saya pun tak pasti nak buat macamana untuk menghilangkan kesan dan garisan yang dipotong tadi. apa pun kesudahannya dengan melakukan projek seperti ini, hasilnya boleh dikatakan ok lah jugak dan paling penting menjimatkan kos serta poket anda

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Wrinkle Finish Paint vol. 2

salam sejahtera kepada semua. entri kali ini merupakan sambungan daripada entri terdahulu iaitu tajuknya ialah wrinkle finish paint, dan di sini saya akan paparkan sambungan kepada projek spray rocker arm cover sebuah kereta bernadikan enjin 4G mivec. kali ini saya hanya paparkan gambar-gambar yang telah siap dilakukan iaitu wrinkle paint pada cover plug dan cover intake manifold enjin mivec

masih lagi menggunakan spray yang sama iaitu brand GOX7 dengan harga sekitar rm70-rm90 bagi setiap satu tin. anda boleh memilih mana-mana warna kegemaran berdasarkan katalog yang disediakan tetapi saya hanya menggunakan satu warna sahaja untuk menghasilkan kesan wrinkle dan kemudiannya saya mengenakan warna lain sebagai finishing kerja-kerja saya ini. dengan cara ini kita boleh berjimat sedikit tanpa membeli dua atau tiga warna yang berlainan sekiranya kita hendak menggunakan dua warna atau lebih pada bahagian enjin kereta

inilah rupa rocker arm cover enjin mivec selepas cat asal ditanggalkan dengan menggunakan paint remover yang boleh diperoleh di mana-mana kedai menjual cat ataupun hardware. perlu bersabar untuk membuang cat asal, kena ulang beberapa kali menyapu paint remover sehingga kesemuanya dapat ditanggalkan 100% seperti gambar di atas

rocker arm cover yang telah siap dispray asasnya dahulu ialah cat high temp silver sebagai under coat. kemudian 2 layer wrinkle spray GOX7 dan diakhiri dengan 2 layer lagi warna flat black biasa. maka terhasillah warna hitam seperti gambar ini. tulisan DOHC 12 VALVE perlu ditanggalkan cat supaya nampak seperti gambar tersebut

masih lagi menggunakan spray GOX7 yang sama dan kali ini finishing pula saya spray dengan menggunakan 2 layer warna biasa sahaja iaitu warna honda blue, kod berapa saya kurang pasti. boleh minta warna honda blue sahaja semasa membeli spray atau terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana warna yang dikehendaki mengikut cita rasa masing-masing

test dahulu cover plug ke atas rocker arm cover dan apabila dipasangkan pada kereta nanti akan terhasillah gabungan dua warna imej wrinkle hitam dan biru. seperti yang ditegaskan tadi, anda boleh memilih apa-apa sahaja warna terakhir mengikut minat anda yang tersendiri

siap dipasangkan pada enjin kereta. dah nampak lain sekarang dengan imej yang baru. pasangkan balik rocker arm cover dengan mengenakan seal yang baru. semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Wrinkle Finish Paint Vol. 1

bersua kembali kali ini dengan entri bagaimana hendak menghasilkan cat yang bergerutu (wrinkle) pada rocker arm cover enjin kereta anda. kini anda boleh melakukan secara diy sahaja di rumah kerana wrinkle paint ada dijual dalam spray can sahaja. hasilnya nanti agak menarik dan tidak mengecewakan walaupun hanya secara diy sahaja
inilah rupa spray wrinkle finish paint dengan harga sekitar rm75 bagi satu can. kalau kita mengupah pihak kedai untuk melakukan proses spray rocker arm cover ini keseluruhannya boleh mencecah ratusan ringgit. lebih baik kita melakukannya sendiri, kos keseluruhan tak sampai pun seratus

pertamanya kita perlu membuang kesemua cat asal pada rocker arm cover dengan menggunakan paint remover yang boleh diperoleh di mana-mana kedai menjual peralatan hardware. tak mahal mana pun dan jangan lupa untuk mendapatkan berus cat yang bersesuaian untuk memudahkan kerja-kerja menyapu dan meletakkan paint remover ini pada cover tersebut

inilah hasilnya apabila keseluruhan cat asal dibuang menggunakan paint remover. sapukan paint remover pada keseluruhan rocker arm cover ini dan biarkan seketika. kelihatan permukaaan cat asal akan mula berubah menjadi kembang dan pada masa inilah kita boleh membuang cat tersebut sedikit demi sedikit sehingga kesemuanya habis dikeluarkan

setelah kering dan bersih, spray satu layer cat high temp silver, tunggu 5 minit dan spray sekali lagi dengan cat high temp tersebut. tunggu 5 - 10 minit dan kemudiannya barulah kita boleh spray wrinkle paint 

saya menggunakan wrinkle finish paint warna gun metal seperti di atas dan sebanarnya warna ini dah memadai digunakan tanpa spray warna lain lagi ke atasnya. tetapi bila hasil warna gun metal ini tidak memuaskan hati kerananya warnanya agak tidak sesuai dengan kehendak saya, akhirnya saya spray 2 layer lapisan lain untuk finishing projek saya ini. anda boleh lihat hasilnya di bawah nanti

cara untuk spray wrinkle paint ini ialah memadai dengan hanya 2 layer sahaja iaitu, spray layer pertama sehingga kesemua permukaan rocker arm cover itu disaluti dengan cat berkenaan. apabila siap layer pertama, tunggu seketika selama 20-30 minit untuk dikenakan dengan layer kedua. memadai hanya 2 layer sahaja. lepas itu kita hendaklah menjemurnya di bawah kepanasan cahaya matahari untuk mengeringkan cat ini. sebenarnya ada 3 kaedah untuk mengeringkan cat dan secara magicnya apabila kering, wrinkle akan terhasil dengan sendirinya. kaedah pengeringan yang boleh dilakukan ialah dengan cara menjemur di bawah sinar matahari yang terik, menggunak heat gun seperti di atas dan satu lagi ialah dengan memasukkannya ke dalam oven dengan darjah suhu kepanasan tertentu

setelah hampir kering, inilah wrinkle yang terhasil. warna gun metal ini saya tidak minati dan sebab itulah saya spray pulak dengan warna hitam flat sebagai finishing terakhir

sepatutnya dah tak perlu spray dengan apa-apa warna lain lagi kerana pelbagai pilihan warna telah disediakan oleh pihak pengeluar. pilihlah warna yang anda minati. gambar atas ialah hasil spray wrinkle ditambah pula dengan flat black biasa

inilah hasil keseluruhan projek wrinkle finish paint yang saya lakukan. semoga boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama mengaplikasikannya sekiranya berminat untuk melakukannya

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra