How To Disassemble an Alternator

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

sedar tak sedar hari ini dah masuk pertengahan tahun 2018 dan dirasakan masa berlalu begitu pantas ketika ini. namun kehidupan tetap diteruskan dan diharapkan agar followers blog saya ini beroleh kesihatan yang baik

baiklah, berbalik kepada entri saya kali ini ialah bagaimana kita hendak membuka dan memasang kembali alternator, diy ini khusus bagi alternator kereta proton atau mitsu lancer dan saya kira kaedah seperti ini lebih kurang sama sahaja dengan kereta-kereta lain. semoga paparan ini membolehkan kita dapat menambahkan lagi pengetahuan dan sekurang-kurangnya kita sendiri dapat melakukan kerja-kerja seperti ini. upah kat kedai sekarang bertambah mahal dan dengan pengetahuan yang ada ini kita dapat lagi berjimat sekadar yang mampu


diy ini ialah bagaimana cara kita membuka dan memasang kembali alternator, kemungkinan kita perlu membukanya untuk menukar carbon brush ataupun kita hendak service sendiri atau memeriksa keadaan carbon brush alternator kereta kita. sebelum alternator dikeluarkan dari kereta, pertamanya kita mesti membuka terminal negatif atau pun positif bateri untuk mengelakkan


short circuit berlaku. kemudian barulah kita dapat membuka soket alternator dan satu wire charging daripada alternator ke positif bateri. biasanya bagi kereta proton dan mitsu lancer terdapat satu nat bersaiz 10mm seperti mana pada gambar di atas. keluarkan nat 10mm barulah cabut wire tersebut dan kemudiannya dimulakan dengan kerja-kerja membuka alternator daripada kereta. setelah alternator dikeluarkan, buka nat 12mm seperti lokasi yang ditunjukkan pada gambar di atas


pada bahagian hadapan alternator, kita perlu keluarkan nat bersaiz 8mm yang kesemuanya terdapat 4 biji nat panjang. buka dengan berhati-hati untuk menghindarkan nat daripada loose. jika perlu spray terlebih dahulu dengan spray anti karat seperti wd40 dan lain-lain jenama lagi. keluarkan keempat-empat biji nat tersebut


kemudian tibalah masanya untuk kita memisahkan alternator ini kepada dua bahagian, iaitu bahagian pulley (hadapan) dan bahagian belakang alternator. saya menggunakan tukul kecil seperti di atas kerana jika hendak menggunakan tangan sahaja sudah pasti gagal untuk memisahkan alternator ini. ketuk perlahan-lahan bagi setiap bulatan alternator tersebut. pastikan juga coil alternator lekat pada bahagian belakang alternator, jangan ketuk lebih lanjut lagi sekiranya coil turut lekat bersama-sama bahagian hadapan alternator tersebut. ketuk perlahan-lahan sehingga anda nampak bahagian yang terpisah, jangan kasar untuk memisahkan hadapan dengan belakang alternator kerana dikhuatir carbon brush akan patah. buatlah dengan berhati-hati


bila berjaya dipisahkan beginilah yang anda akan nampak pada bahagian dalaman belakang alternator. di situ terdapat regulator iaitu bahagian atas yang menempatkan 2 unit carbon brush, manakala strator pula ialah keliling tembaga yang dililit pada bahagian tepi alternator dan rectifier iaitu bahagian bawah daripada bulatan tengah alternator tersebut (nampak macam jaring-jaring). sekiranya didapati carbon brush pendek, maka kita boleh menukarnya dengan carbon brush yang baru. anda boleh lihat entri terdahulu bagaimana cara menukar corbon brush ini, ada cara nak desolder dan solder balik brushes tersebut. gunakan kotak search pada atas blog ini untuk mencari entri lain. jika hendak keluarkan holder carbon brush kita mesti buka 3 biji nat philips seperti gambar di atas


setelah selesai menukar carbon brush ataupun setelah selesai service alternator, bagaimana pula cara hendak memasang kembali alternator tersebut? macamana nak masukkan bearing kecil pada lubang tengah-tengah alternator sedangkan lubang tersebut terhalang oleh 2 unit carbon brush. mudah saja nak buat iaitu perhatikan pada bahagian belakang alternator, anda akan nampak satu lubang kecil di situ, tujuan lubang tersebut ialah sebagai penahan carbon brush daripada terjulur keluar untuk memasangkan kembali bahagian hadapan alternator. anda perlu sediakan klip kertas atau pin atau pun mana-mana bahan kecil dan keras yang boleh dimasukkan ke dalam lubang tersebut


caranya ialah, tolak ke dalam carbon brush dengan menggunakan apa-apa bahan yang sesuai seperti pin, test pen, screw driver kecil dan lain-lain lagi. sebaik sahaja carbon brush tertolak ke dalam kita perlu masukkan pin atau klip kertas ke dalam lubang seperti yang ditunjukkan pada gambar. masukkan pin sehingga rapat ke dalam. carbon brush tidak akan keluar lagi seperti gambar #4 di atas kerana telah ditahan oleh pin yang dimasukkan tadi


jika dilihat kembali pada bahagian tengah alternator ini, didapati carbon brush telah hilang sedangkan ia masih ada lagi di situ, cuma tertahan oleh pin yang kita masukkan melalui bahagian belakang alternator tersebut. sekarang barulah kita dapat pasangkan kembali bahagian hadapan alternator dengan memerhatikan kedudukan lubang nat saiz 8mm tadi supaya betul-betul selari dengan bahagian belakang


semasa kerja-kerja mengetatkan kembali nat 8mm itu, anda jangan keluarkan lagi pin yang dimasukkan tadi. ketatkan kesemua nat tersebut dan apabila selesai barulah tarik atau cabut kembali pin atau klip itu. semasa mengeluarkan pin atau klip anda akan dengar seperti bunyi 'klik' menandakan carbon brush telah tertolak keluar semula pada tempatnya. pusingkan pulley dan sepatutnya pusingan pulley tidak tersangkut pada mana-mana bahagian ataupun tidak kedengaran bunyi-bunyi pelik semasa pulley berputar


sekarang selesailah kerja-kerja membuka dan memasang kembali alternator kereta anda. bolehlah anda memasangnya pada kereta. apabila siap padankan semula soket dan wire pada alternator dengan baik. pasangkan semula terminal negatif atau positif bateri dan boleh anda mula menghidupkan kereta. jika ada volmeter perhatikan berapa voltage yang tertera. sepatutnya lepas start voltage menunjukkan antara 13.8v - 14.2v dan apabila dah stabil voltage yang baik ialah sekitar 13.0v - 14.0v

terima kasih
sincerely - jeff tacra