Front Disc Rotor Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bertemu kembali kali ini dengan entri bagaimana saya telah menukar disc rotor sebuah wira yang menggunakan disc lancer evolution 3 kepada dis rotor brand DBA T2 daripada australia. kebanyakan daripada kita selalunya memilih part keluaran dari negara matahari terbit tetapi owner kereta ini memilih part dari australia yang tidak kurang hebatnya pengeluaran performance part dari negara tersebut. walaupun bukan menggunakan jenama project MU, endless, JUN dan lain-lain dari japan, brand DBA (disc brake australia) mempunyai reputasi yang memberangsangkan dan bukan calang-calang part yang dihasilkan dari negara tersebut. anda boleh merujuk kepada laman web dba australia untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai disc rotor ini


inilah rupa kotak dan keadaan DBA disc rotor tersebut daripada model T2 slotted untuk penggunaan street performance series dan pemilihan ini amatlah bersesuaian dengan penggunaan biasa di jalanan. corak slotted agak berbeza sedikit dengan keluaran jenama lain iaitu dba menggunakan kaedah slotted berdasarkan huruf T



terdapat 3 warna marking pada bahagian tepi rotor dan anda boleh merujuk kepada gambar di atas untuk mendapatkan keterangan lanjut warna-warna tersebut. apabila disc mencapai suhu tertentu warna-warna tadi akan mula bertukar yang menunjukkan bahawa kepanasan disc tersebut berada pada tahap mana. sebagai contoh, apabila warna hijau bertukar menjadi warna putih, ini menunjukkan bahawa tahap kepanasan disc telah mencapai 485 celcius dan begitulah seterusnya. maksimum ketahahan suhu disc ini boleh mencapai hampir 650 celcius


seterusnya saya paparkan gambar-gambar pemasangan disc ini iaitu dimulai dengan membuka tayar, buka nat caliper untuk keluarkan pad brake, kemudian buka pula dua biji nat 17mm pada bahagian belakang bracket caliper, barulah keseluruhan caliper dapat dikeluarkan.


apabila caliper dikeluarkan, barulah disc rotor lama dapat dibuka daripada knuckle kereta


sebaiknya kita cuci dahulu segala habuk dan kotoran yang melekat pada knuckle dan hub disc tersebut. kelihatan pada gambar habuk kotoran pad dan disc yang agak banyak terdapat pada bahagian brake kereta. sepatutnya kita ambil masa sekali sekala untuk service sistem brake kereta kita supaya dapat berfungsi dengan baik dan sempurna, ye lah... kadang-kadang orang lupa dengan sistem brake ini


masukkan dan pasangkan disc rotor yang baru, dba disc ini dibuat untuk model evo 3 dan tidak hairanlah ianya betul-betul fit masuk pada knuckle evo 3 tersebut. satu kelainan yang dapat diperoleh di sini iaitu semasa hendak memasang disc pada knuckle didapati agak ketat pada ruang hub dan sebab itulah kedudukan disc ini betul-betul fit tanpa free play langsung. saya perlu gunakan nat tayar untuk masukkan disc pada hub evo 3 ini, memang kemas nampaknya


sebaiknya apabila kita menukar disc rotor yang baru atau selepas skim disc maka dicadangkan supaya kita menukar sekali dengan pad brake yang baru. owner kereta ini memilih pad brake jenis brembo untuk dipadankan dengan disc baru beliau. ulangi langkah awal semasa membuka tadi iaitu pasangkan kembali bracket caliper, pasangkan pad dan akhir sekali pasangkan caliper. double check keadaan semua nat supaya nat-nat berkenaan betul-betul kemas dan diikat dengan rapi


apabila segalanya dah selesai, pasangkan kembali rim seperti keadaan asal dan kemudian barulah boleh test kereta anda. harus diingatkan bahawa pada ketika ini sistem braking masih belum mantap lagi memandangkan pad dan disc rotor yang baru digunakan, kena ambil masa sedikit supaya pad serasi dengan permukaan disc tadi, jangan terus pecut kereta kerana brake tidak betul-betul berfungsi seperti sedia kala