Car Audio System Setup

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

tidak lengkap rasanya kalau saya tidak mengetengahkan sistem audio kereta saya. setup saya ini adalah mengikut cita rasa sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, cuma berpandukan laman web tertentu bagi mendapatkan idea untuk menghasilkan setup ini. hasilnya boleh dikatakan sedap jugaklah bagi halwa telinga saya dan kalau orang lain yang mendengarnya mungkin lain pula pandangannya. saya banyak menggunakan part atau barangan used iaitu kebanyakan part saya perolehi daripada kedai potong atau pun membelinya secara online di laman sosial atau pun laman-laman web tertentu yang menjual barangan audio secara online


bermula dengan head unit 2nd terpakai yang dibeli melalui laman web auction japan iaitu jenama ALPINE iDA-X100 yang dikira sekarang sebagai head unit yang dah ketinggalan zaman. head unit ini tidak menggunakan CD tetapi boleh membaca format audio daripada pen drive, ipod, wma dan lain-lain lagi. pemasangan boleh dilakukan dengan power amplifier atau pun tanpa menggunakan power amplifier. bermula dari head unit ini saya menggunakan pre-amp jenama EPSILON juga part 2nd yang dibeli suatu ketika dahulu, harga pun dah tak ingat berapa rm. penyambungan daripada head unit ke pre-amp ini menggunakan RCA cable yang memang tersedia pada bahagian belakang kedua-dua part tersebut. dari pre-amp barulah saya alirkan kepada 2 biji power amp iaitu satu untuk drive sepasang speaker pintu 6.5" brand Alpine, sepasang speaker dashboard 4" brand kenwood dan sepasang tweeter brand alpine. kesemua speaker ini juga saya beli 2nd hand


power amp pertama saya letak di bawah seat co-pilot dan harus diingatkan bahawa kita perlu mengambil punca 12v direct daripada terminal positif bateri pada engine bay. kira-kira 1 kaki daripada terminal positif bateri perlu diletakkan satu fuse 40 amp sebagai langkah keselamatan jika berlaku short circuit. manakala wire negative untuk power amp perlulah menggunakan cable grounding yang besar sedikit dan seboleh-bolehnya grounding power amp ini dibuat sependek yang boleh, contohnya diikat pada skru atau nat railing seat pada lantai kereta. gunakan terminal lug yang bersesuaian dengan cable tersebut dan janganlah main pintal-pintal dawai wire dan terus diikat pada nak seat tadi. seterusnya ialah kita tarik speaker cable ke speaker pintu, speaker dashboard dan tweeter tadi. sebaiknya gunakan power amplifier 4 channel untuk drive speaker-speaker tersebut.


perhatian khusus semasa menyusun atur cable speaker ini ialah sebaik-baiknya jangan disesekalikan dengan wire positif daripada bateri tadi, buatlah laluan lain untuk memisahkan wire speaker dengan cable positive power amp. selalunya kalau diletak pada laluan yang sama kemungkinan pada speaker nanti akan mengeluarkan humming atau noise seperti gangguan bunyi enjin dan sebagainya. makin tekan minyak makin kuat noise tersebut. inilah salah satu punca gangguan bunyi pada speaker tersebut. satu lagi ialah penggunaan cable grounding pada power amp tadi, pun akan ada gangguan bunyi jika salah pemasangannya.


seterusnya ialah penggunaan power amplifier kedua yang saya gunakan ialah jenis blaupunkt iaitu suatu jenama yang agak popular jugaklah suatu ketika dahulu. daripada pre-amp dengan menggunakan RCA cable ke power amp ini, setup positive dan negative juga sama keadaannya dengan power amp yang pertama tadi. saya cuma menggunakan distributor block (+) two way untuk memindahkan punca positive untuk kedua-dua power amp ini. saya menggunakan 2 channel power amp untuk drive sepasang sub woofer yang diletakkan pada ruang bonet belakang iaitu sepasang sub woofer dual voice coil type 10" dan sub ini amatlah sesuai untuk setup free air sub iaitu tanpa menggunakan box tertutup pun sub ini masih boleh berfungsi dengan baik. saya pasangkan sekeping mdf board pada bahagian belakang seat dan menghalakan face sub woofer ini ke dalam kereta. jadi anda akan nampak bahagian belakang sub woofer jika dilihat melalui ruang bonet kereta. dengan cara ini tidak menganggu keluasan bonet kerana saya tidak berminat untuk menggunakan box yang menjadikan ruang bonet semakin sempit dengan sub woofer box tersebut. anda boleh search maklumat dengan menggunakan google jenis sub woofer ini [free air sub woofer] atau boleh dapatkan juga maklumat [dual voice coil sub woofer]


anda boleh lihat kedudukan sub woofer berpandukan gambar dia atas [abaikan wire yang berselirat tersebut :)] dengan cara ini seolah-olahnya bonet kereta sebagai box dan sub ini mengadap ke ruang cabin kereta melalui belakang seat.

akhir sekali saya menggunakan cd changer brand alpine (6 cd) yang boleh membaca cd audio format wav sahaja, juga barang 2nd hand. cd changer ini tidak menggunakan wire negative dan positive, cuma sambungkan sahaja cable changer tersebut yang terdapat pada bahagian belakang head unit dengan bahagian belakang cd changer tersebut.

apabila dah siap setup dan proses wiring pun dah lengkap, hidupkanlah head unit anda dan settinglah head unit, pre-amp dan power amp mengikut kesesuaian masing-masing. bagi setup saya ini saya tidak menggunakan speaker bealakang yang bersaiz 6x9 inci, hanya memadai speaker di hadapan seperti yang telah saya jelaskan di atas dan sepasang sub woofer pada bahagian belakang

terima kasih
sincerely: jeff tacra