Jualan



Pre-order
Oil Catch Filter
RM95 termasuk pos
whatsapps 0129013452

saya ada menjual oil catch filter yang bertindak sebagai penapis wap minyak daripada rocker cover ke hose air filter yang bersambung ke throttle body. fungsi filter kecil ini ialah sebagai penapis dan sudah tentu throttle body kereta anda tidak lagi mengalami kekotoran yang membolehkan rpm menjadi tidak stabil semasa idling. lebih kurang sama fungsinya dengan oil catch tank biasa tetapi filter yang saya jual ini lebih kecil dan senang dipasang pada breather hose kereta. sangat sesuai bagi enjin NA dan tidak digalakkan pada enjin turbo kerana enjin turbo tidak dapat menampung minyak yang banyak dalam filter kecil ini


filter ini saya order khas dari united kingdom dan cara jualan di sini ialah melalui pre-order iaitu sesiapa yang berhajat dikehendaki membayar RM90 dan saya akan masukkan dalam senarai saya, barang biasanya akan saya terima dalam tempoh 2 - 4 minggu daripada tempoh pembayaran dibuat dan sebaik sahaja saya menerimanya saya pos ke destinasi masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan poslaju

filter kecil ini washable dan boleh diguna semula dengan membasuh dan mencuci elemen filter di dalamnya. boleh dicuci dengan sabun biasa malahan boleh mencucinya dengan menggunakan minyak petrol tanpa merosakkan elemen filternya. bahan kaca yang tebal memudahkan kita melihat sama ada filter telah kotor atau sebaliknya.


cara pemasangannya pula ialah perlu potong hose breather iaitu hose kecil bersaiz 8mm dari rocker cover ke hose air filter yang seterusnya disambungkan ke throttle body. potong dan pasangkan filter ini dan ada marking IN dan OUT pada filter iaitu IN ke dari hose rocker cover dan OUT ke hose air filter

gambar di bawah merupakan contoh pemasangan bagi enjin 4G13/15 keluaran proton dan boleh juga dipasangkan pada enjin 4G9X sama da SOHC atau pun DOHC daripada keluaran mitsubishi. saya sendiri telah menggunakannya pada enjin mivec sudah hampir 5 tahun lamanya



biasanya saya akan iklankan di facebook saya dan apabila mencapai bilangan tertentu saya akan tutup tempahan tersebut. facebook saya www.facebook.com/jefftacra. kepada yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatsapp sahaja dengan menggunakan no di atas



sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra

No comments: