petang semalam sampai kat rumah terdengar kipas radiator berpusing terlalu lama, tak berhenti langsung. cek fius dan relay ok tak ada masalah. try cabut soket coolant temp sensor kipas berhenti 2 saat dan hidup balik, sambung balik soket CEL kat meter pun hidup. confirm sensor ni rosak sebab sensor ni yang hantar isyarat ke ECU untuk mengetahui enjin panas atau sejuk dan ecu jugalah yang control radiator fan ni. pada perkiraan saya mugkin fan sensor dah rosak so saya ambil keputusan untuk menukar fan sensor dengan yang baru
gambar kipas berpusing tanpa henti walaupun soket coolant temp dicabut. mati enjin dan start balik baru ok. tapi bila dah start pusing memang tak akan berhenti
beli sensor baru kat spare part buatan proton dengan harga rm45 satu. kat label tertulis sensor unit, water. ada jugak yang menyebut water temp. kod bermula dengan P menunjukkan barangan keluaran proton malaysia dan kalau bermula dengan M keluaran mitsubishi
sensor baru berkilat lagi
baik beli baru je. kat hafkat pun ada benda ni tak tau berapa rm. kalau peralatan seperti sensor ini lebih baik beli yang baru dan jangan gunakan yang 2nd kerana ye lah, kat halfcut barang dah lama dan kemungkinan akan rosak itu ada. kalau peralatan mekanikal yang lain bolehlah pakai yang halfcut punya
kat thread sensor letakkan teflon tape paip supaya tiada kebocoran lepas pasang nanti. mengikut tokey spare part tak pasang tape ini pun tak apa tapi saya letak juga kerana untuk membuatkannya tidak bocor
kedudukan tersorok disebalik benda-benda ni bagi enjin 1.6/1.8
ini soket sensor tersebut, ada 2 wire. hati-hati juga cabut soket sebab mudah patah akibat rapuh. tempat ini memang panas dan kemungkinan soket rosak memang ada. tekan klip dan tarik perlahan-lahan
ini kedudukan sensor kat head. yang kecik tu sensor temp yang gerakkan jarum temperature kat meter. pada masa sensor ini dikeluarkan coolant memang akan keluar dan cepat-cepat masukkan sensor baru supaya coolant tak banyak yang keluar. kalau biarkan memang banyak yang akan keluar melalui lubang ini
sensor yang lama, berkeladak dan kehitaman