Bush Sate

lower arm link bush lebih dikenali sebagai bush sate kerana kena cucuk macam sate kot untuk memasangnya, sehinggakan tokey kedai spare part pun menyebutnya sebagai bush sate. kalau kita sebut bush lower arm link susah sikit pekerjanya nak faham. sebenarnya kalau dah lama bush standard akan jadi kemek, penyek, pecah dan ini membuatkan kereta rasa tak stabil ataupun akan mengeluarkan bunyian yang kurang menyenangkan terutamanya semasa kita memandu kereta. jadi sudah sampai masanya untuk ditukarkan dengan yang baru. pilihlah bush yang berjenama sedikit dan jangan gunakan yang local atau cap ayam kerana tak sampai setahun penggunaannya pasti bush tersebut akan rosak disebabkan material yang digunakan tidak setanding dengan material bush standard pada kereta. kalau usia kereta dah mencecah 5 tahun lebih eloklah tukar dengan yang baru. lebih baik ambik yang original di pusat service proton

untuk menukar bush sate ni pertamanya kereta perlu di jack kiri dan kanan kerana kalau hanya gunakan satu jack dan buat sebelah-sebelah agak sukar akibat tekanan di sebelah satu lagi. jadi disarankan menggunakan dua jack serentak supaya anti roll bar tidak stress atau menekan sebelah yang satu lagi. lebih mudah untuk membuka dan memasang bush baru dengan menggunakan 2 buah jack iaitu kiri dan kanan kereta serentak


ini rupa bush sate dan saya memilih PU SUPER PRO BUSH yang boleh didapati di kedai menjual barangan performance kereta dan brand ini tidak terdapat di kedai spare part. ada sesetengah kedai kita bagitau nak brand ini dia pun tak tau jenis yang macamana. PU SUPER PRO berharga sekitar rm60 satu set (8 biji). boleh juga pakai bush kat spare part tapi tak tahan lama lah jawabnya. ori proton memang tahan. saya membeli bush super pro ini secara online melalui web www.pentagon.com.my



ada 8 bijik semuanya iaitu 4 kiri dan 4 kanan. ternyata bush ini sangat kuat dan tidak mudah ditekan dengan tangan. alternatif lain ialah menggunakan bush silikon dengan pelbagai pilihan warna yang dikeluarkan oleh pengilang. silikon lagi keras daripada standard dan juga tidak mudah pecah. harganya pun jauh lebih murah daripada bush brand super pro ini iaitu sekitar rm30.00 sahaja bagi satu set. kalau ada yang nak bush silikon boleh contact saya melalui email dan saya boleh poskan dengan menggunakan perkhidmatan poslaju ke tempat anda


ini rupa bush standard, kena buka nat 12mm kat hujung bush. kelihatannya memang kena cucuk kat batang besi tengah tu sebab tu dinamakan bus satey, rupa macam satey je


dah buka... lama dan baru. perhatikan bush lama dah nampak senget dan penyek sedikit tetapi masih lagi belum pecah. sebenarnya boleh pakai lagi tapi memandangkan saya hendak menukarnya dengan brand super pro saya tetap membuangnya begitu sahaja


cucuk satu persatu bush diselang-selikan dengan washer bush seperti yang tertera pada gambar di atas. apabila dah siap cucuk dan susun macam ni anda perlu pasangkan yang sebelah lagi. jangan terus ikat nat kerana apabila nak pasang yang sebelah lagi dah tak boleh kerana tekanan pada anti roll bar


ikat secukup rasa dan jangan terlalu ketat, jangan terlalu longgar. kalau ketat sangat bush akan menjadi penyek dan kemungkinan akan pecah pulak dan kalau terlalu longgar pemanduan akan tidak stabil dan kemungkinan akan mengeluarkan bunyi seperti besi berlaga yang tidak menyenangkan pendengaran kita. maklumlah, bagi kaki kereta kalau kereta ada bunyi sedikit dah tak senang duduk, mesti nak cari jugak bunyi apa dan dimanakah datangnya bunyi tersebut. selalgi tak jumpa selagi tu akan berasa gelisah tak menentu, betul tak?

sincerely
jefftacra

42 comments:

Anonymous said...

bro, Sate Bush ni ada nama lain kan? apedia ye? sbb kalau carik dalam katalog, mcm xde nama sate.

tacra aka jeff said...

isk.. apa nama sebenarnya... tak pasti lah
bush hujung sway bar joint ke lower arm kot

hilmi said...

asslamualaikum abg jeff... saya pakai wira SE... benda ni ker yg sebabkan bunyi "kuk" "Kuk" kat bahagian depan area tayar tu.. tiap kali naik bonggol...lagi kuat kalu waktu kene air...

jeff_tacra said...

ada kemungkinan jugak benda ni, bush dah penyek dan rod besi tengah kena kat lower arm, kena cek dulu

Anonymous said...

salam bro, nak tanya nak pasang bush sate tu nakkene jack dua2 side,maksudnye jack dua2 side kat body bhg depan kan?

jeff_tacra said...

kena jack dua-dua side baru senang nak pasang bush tu. kalau jack sebelah payah sebab tekanan tak balance antara kiri kanan

Anonymous said...

~ Assalamualaikum ~

Bro.. Jeff.. ada sedikit pertanyaan berkenaan dgn kereta Proton nih.. Skarang guna Wira first edition tahun 1992.. skarang ni keta dh terok sgt byk sgt bunyi longgar2 kat bahagian absorber depan dan blakang.. jadi ingin pendapat Bro Jeff brg apa utk ditukar jika ingin feel mcm keta baru..? utk pengetahuan Bro sy dh convert engine ker 4G93T..

jeff_tacra said...

wsalam... tukar suspension system keseluruhan termasuk bush bahagian bawah kereta

Anonymous said...

~ Terima Kasih kerna sudi reply.. tapi sy masih was2.. adakah.. lower arm.. satey.. tulang anjing harus di tukar sekali.. lower arm wira & GSR sama saiz?

jeff_tacra said...

kena cek bushing lower arm, kalau dah koyak mesti kena tukar. lower arm wira sama dengan gsr

Anonymous said...

salam bro..mne nk dpt bush ni kt k.trg?kdai mane?
berminat jgk ni..

jeff_tacra said...

trypergi kat kedai tayar GS pengadang baru, kalau takde kat situ dia boleh order

Anonymous said...

agok2 bro brape dh harge bush sate skrg?

jeff_tacra said...

bush sate super pro sekitar rm60 - rm80 satu set

Anonymous said...

Salam..klu kt tempat bro jeff brapa rege bush satay jenis super pro bush...kot2 lg murah..

Anonymous said...

bro,dkat bush sate tu,batang ape ek?

jeff_tacra said...

yup, anti roll bar atau juga dikenali sebagai sway bar

Anonymous said...

ok,thx sbb reply ye :)
klo nk tuka arb dpan dgn ultra racing pon leh kn?
bpe kos ye agak2?..

jeff_tacra said...

kos ultra racing saya tak berapa pasti berapa rm

Anonymous said...

salam bro jeff.
kete wira belakang ader bush aper lagi
yeh selain tulang anjing (panjang & pendek) ?
sbb area belakang kete biler langgar lobang ader bunyi yg x menyenangkn "kuk kuk".

jeff_tacra said...

selain dari bush tulang anjin pende atau panjang, terdapat lagi sepasang bush pada bahagian belakang iaitu trailing arm bush

dIE said...

tuan,

kalau tukar getah satay bush nie...kena bt alighment balik x?tq.

Anonymous said...

salam bro,,,.yg ni ka tulung anjing pendek?,,kalau bukan,,mtk tolong bg info ckt ya,,..tq

jeff_tacra said...

yang ni bush sate, try search dalam entri blog, ada tajuk mengenai tulang anjin ni

Anonymous said...

bush sate ni 8 biji siap utk tukar sume bhgn depan ke???

jeff_tacra said...

kena tukar kesemua sekali 8 biji

Wan Mohd Darus Wan Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Wan Mohd Darus Wan Sulaiman said...

Salam...nk pasang hose ekon utk passenger blakang dalam kete wira blh ke?Hosenye saye dapt dr model evo 3,nk kepastian care2 nk pasangnye samade kene mode dulu atau plug n play je...

jeff_tacra said...

boleh pasang hose dengan cara buka seat dan carpet lantai kereta. dah ada tempat pemasangan pada bahagian berkenaan. plug n play

Anonymous said...

kalau pasang bush satey ni kene buat alaiment balik x???

jeff_tacra said...

tak perlu allingment

Wan said...

Bro jeff ada jual bush ni? Kalau ada saya nak satu set.

RevMesh said...

Bro Jeff, bagus blog kamu nie, amat menolong kepada meminat DIY. Saya ada menjual silicon bushing dari brand2 terkenal pada harga berpatutan, kalau ade member yg minat boleh la hubungi saya. Tak mahal pun sebenarnya. Revbros di facebook

Brodaox said...

terbaek blog bro jeff..byk info dapat..xde la kene kencing kat pomen cina lagi..tq bos

As Madi said...

Blog abg jeff ni mmng trbaek....trma ksih abg jeff sudi shared ilmu....

ArmyLoveBikers.blogspot said...

abg jeff ade jual x bush nie?

Rica Raheem said...

Ball joint

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Akum bang kalau toyota unser 2.0 ada ke jual bush jenis ini dan jika ada berapa harga dia. Sekiranya tiada yg asal punya bush berapa harga dia,terima kasih

Unknown said...

nk tau jgak, psal keta unser bush gear utk keta manual, dgr cte susah nk dpt skang. benarkah!

Unknown said...

nk tau jgak, psal keta unser bush gear utk keta manual, dgr cte susah nk dpt skang. benarkah!

Iyo Yul said...

dah banyak kali pakai bush silicon ni, yg bestnya dia keras dan mantap, tapi senang pecah kadang2 terus hilang sebab dia terus terbelah, kalau bush biasa agak lembut dan x berapa sedap kalau dah lama, tapi cuma koyak dan x hilang kalau dah rosak..

Jeff Tacra said...

kalau guna bush ori proton boleh bertahan lebih lama sedikit. kena dapatkan di service center proton. kat spare part kadang-kadang bush kurang berkualiti