ramai dalam kalangan peminat kereta yang melakukan pengubahsuaian terhadap jantung jentera masing-masing dengan melakukan perubahan kapasiti enjin yang lebih besar untuk mendapat kuasa yang lebih ketara. penggunaan enjin normally aspirated (NA) atau menggunakan sistem pendesak turbo menjadi kegilaan anak-anak muda sejak dari dahulu lagi. nama-nama yang tidak asing bagi kita seperti evo 123 dan seterunya kepada evo 10 atau pun enjin berkapasiti 1.8 seperti gsr turbo begitu diminati ramai. tidak lupa juga enjin NA berkapasiti kecil seperti mivec dan lain-lain lagi. namun itulah hakikatnya, sudah dapat jentera yang berkuasa tapi masih lagi meningkat taraf komponen-komponen enjin kepada barang-barang performance part yang banyak dijual di negara kita.
apabila pengubahsuaian terhadap komponen-komponen enjin sudah pasti memerlukan sistem pengurusan enjin (engine management) yang berkuasa, mampu untuk menala enjin sesuai dengan tingkat taraf yang telah dibuat. banyak jenis engine management dewasa ini contohnya seperti nama-nama besar haltech, microtech, ecu shop dan lain-lain lagi. kita tidak lupa juga kepada management yang agak purba seperti emanage blue atau pun emanage ultimate
paparan entry kali ini untuk membincangkan khusus mengenai emanage blue (emb) sahaja iaitu perbandingan antara original dengan yang fake atau pun tiruan. memang lambakan emanage ini banyak masuk ke negara kita yang diimport oleh pengedar-pengedar dan dijual kepada pengguna. dengan sedikit panduan ini semoga kita tidak tertipu untuk membezakan antara permata dengan kaca.