nuffnang

About Us


Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan followers blog www.diytacra.com Blog ini diwujudkan atas minat saya yang begitu mendalam dalam bidang automotif terutamanya terhadap kereta proton keluaran Malaysia khususnya Proton Wira dan juga kereta-kereta lain yang ada kaitan dengannya.

Kebanyakan gambar dalam blog ini adalah merupakan sebahagian daripada kerja-kerja DIY yang saya lakukan secara perseorangan kerana saya bukanlah seorang pomen, bukan seorang wireman dan sebagainya. Aktiviti yang saya lakukan ini adalah sebagai memenuhi minat dan masa lapang saya terutamanya pada hujung minggu.

Diharapkan juga dengan adanya blog ini dapat dijadikan panduan kepada pemilik-pemilik kereta untuk melakukan kerja atau pengubahsuaian serta memasang peralatan tertentu berkonsepkan DIY terhadap jentera masing-masing

Dengan DIY sesungguhnya kita boleh berjimat di samping kerja yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih teliti sekali gus menambahkan pengetahuan dan kemahiran kepada diri kita sendiri.

Terima kasih atas sokongan semua

Sincerely
jefftacra




Other's Entry