Oil Filter Relocation (Saga)

saga ni telah menukar enjin asal ke enjin 4G91, maklum sahajalah kalau enjin DOHC masuk pada saga, ruang hadapan jadi sempit sedikit, jadi agak sukar sedikit ketika hendak membuka oil filter semasa hendak menukarnya. tambahan pula kedudukan oil filter bagi kebanyakan enjin mitsubishi yang bermula dengan kod 4G9X oil filternya terletak pada bahagian hadapan enjin bersebelahan dengan extractor, sukar kerana ruang yang sempit. jadi penyelesaiannya saya telah memasang oil filter relocation bagi memudahkan owner menukar oil filter

ruang memang sempit dan kalau kat body wira tak ada masalah kot, masih ada ruang yang sesuai. barang ni brand aerospeed dan harganya sekitar rm300 lebih complete sekali hose, klip, kit relocate oil filter. pasang tak susah mana rasanya cuma kena pastikan inlet dan outlet hose semasa pasang. cuma yang jadi masalah sikit ialah nak pasang adapter pada tempat oil filter asal disebabkan kekangan ruang yang kecil. tapi... mesti boleh punya. cuba dahulu...


oil filter dapat dari haflcut, brand ENEOS lagi, owner baru sahaja tukar enjin, masih menggunakan oil filter asal yang dapat di enjin, owner saya nak tukar. gambar proses pemasangan adapter dan penyambungan hose tidak dapat diambil memandangkan tangan saya penuh dengan minyak enjin. buat kerja seorang diri, owner tinggal je kereta ni kat saya. jadi harap maaf tak ada gambar untuk ditunjukkan dengan lebih jelas. boleh search kat google, banyak step yang ditunjukkan untuk memasang peralatan ini



gambar yang dah siap pasang, oil filter yang telah dialihkan dan diletakkan pada bahagian hadapan radiator. sagat mudah bila nak tukar oil filter nanti


hose dari adapter tempat oil filter asal. kat sini mencabar sikit, perhatikan ruang yang ada tu. sempit kan? jangan tertukar antara inlet dan outlet minyak enjin, nanti ada masalah pada aliran minyak yang salah boleh memudaratkan enjin. ada marking sebenarnya kat adapter tu untuk in dan out aliran minyak


owner kereta ni yang nak letak kat bahagian depan radiator, saya ikut je, jadi terus pasang kat situ je lah... lagi pun amat senang kalau nak tukar oil filter dan tak payah susah-susah nak masuk bawah kereta. bracket pun dapat sekali masa beli hanya pasang je...

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra

5 comments:

rud said...

kalo nak pasang oil coler camner ar?
sbb ada tertngok org pasang dia sambung kat oil filter

jeff_tacra said...

kena ada adapter dan hose in dan out ke oil cooler. biasa ada jual peralatan ni

San said...

Mcm mn cara2 nya?

mohamad nazrul said...

kalau nak mintak bantuan utk pemasangan, boley x

pakcikzaha said...

Jeff sy boleh dptkn oil filter eneos original...whatsapp 0193689178 trima kasih