nak masukkan side mirror CK kat wira standard sudah tentu tidak dapat dilakukan secara plug & play. tapak side mirror CK kena ditukar dengan tapak standard wira barulah dapat dipasang dengan jayanya di kereta anda.
Pertamanya kena pisahkan tapak dengan housing side mirror dan untuk memisahkannya wayar side mirror kena buka dari soketnya. ambik jarum peniti cucuk kat lock soket dan tarik wayar satu demi satu. kalau tak bukak soket alamatnya tak dapatlah pisahkan side mirror dari tapaknya. gambar atas side mirror CK 7 wayar, ada heater sekali

dah berjaya pisahkan side mirror dari tapaknya
buka skru untuk mengeluarkan tapak besi kat tapak side mirror
tapak besi dah berjaya dibuka
ini rupa tapak besi kat dalam housing tapak side mirror
padankan dengan side mirror CK dan lubang pertama iaitu di kiri gambar tu terpaksa didrill kerana hanya dua skru je sama dengan CK. jadi kena drill kat lubang yang paling kiri sekali supaya ngam dengan skru nanti, kalau nak pakai du skru pun boleh tapi takut tak kuat je. lepas tu barulah dapat dipasang tapak asal wira kat side mirror CK. pasang balik segala kerja tadi...