Power Steering & Alternator Belt 4G9X

paparan kali ni ialah menukar belt untuk power steering + compressor dan belt alternator bagi kereta bernadikan 4G9X. bagi enjin ini hanya terdapat dua belt sahaja iaitu satu belt kod 5PK1120 untuk menggerakkan power steering dan compressor ekon dan belt kod 4PK760 untuk menggerakkan alternator. kalau wira standard memerlukan 3 belt


untuk mengeluarkan belt 3 perkara utama yang perlu dibuka/dilonggarkan iaitu motor power steering, alternator dan satu lagi tensioner untuk compressor dan power steering


inilah rupa belt setelah dikeluarkan


sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru


sudah merekah


saya memilih belt brand mitsuboshi dan yang ini untuk power steering dan compressor. harga sekitar rm40 lebih


ini pula ialah belt alternator berkod 4PK760 dengan harga sekitar rm30 lebih


pasangkan kembali belt pada kedudukan seperti asal


tegangkan belt secukup rasa, jangan terlalu tegang dan jangan terlalu kendur. sebenarnya ada gauge untuk mengukur ketegangan setiap belt. agak-agak je lah ketegangannya...


dah pun siap....

sekian, terima kasih
selamat hari raya

11 comments:

at wira said...

bang jeff, untuk wira standart agak2 berapa RM untuk 3 belt tu... apa nama untuk ketiga-tiga belt tu? tq bang jeff...

jeff_tacra said...

wira ada 3 belt luar iaitu belt compressor, belt power steering dan belt alternator

at wira said...

terima kasih bang jeff,berapa harga ketiga bell tu bang jeff?

under18_yun said...

kalau dapat tunjuk untuk kereta viva ok gak

The Stuff...?! said...

kalau proton persona lak ada berapa belt ye?

Anonymous said...

kalau campro pnya brapa rm?

Anonymous said...

kalo campro satu jer

Anonymous said...

bang kalu pakai belt compressor yg pnjang ckit, ada efek x mcm kete berat masa bukak air cond??

jeff_tacra said...

pakai yang panjang sikit tak ada masalah asalkan boleh ditegangkan semasa pemasangan

muhammad fazli said...

assalam..bang,nk tnye knpe klau time idopkan kereta wira 4g15 die brbunyi pd belting..pastu time jln pon bunyi tp xkuat..

Amy Mazlan said...

a'kum..bang! ingin bertanya ttg crank pulley..masalah nye belting koyak, kemudian tukar pulley lain (brg halfcut) pasang belting baru...selepas tukar baru de bunyi plak...lagi lagi bila on aircond...pomen ckp sbb belting kendur so kena ketatkan selalu bla die bunyi...sebabnya die suh buat gitu pasal pulley baru tak serasi lagi dgn belting...betul ke bang....tlg jelaskan bang masalah nie bang...enjin 4G92..