Smoked Headlamp - Gen 2

kali ni smoked headlamp gen2, lebih kurang sama je kaedah dengan headlamp lain terutamanya kereta persona sebab headlampnya serupa sahaja. peralatan yang digunakan ialah tools untuk buka bumper, hairdryer dan skru driver flat.


cara bukak bumper lebih kurang sama dengan wira dan persona, cuba check diy sebelum ni dah ada cara nak bukak bumper

bumper gen 2


keluarkan lampu dengan membuka nat 10mm yang terdapat pada lampu berkenaan


gunakan hairdryer untuk memanaskan gam di sekeliling headlamp dan gunakan skru drver flat untuk merenggangkan kaca headlamp dari housingnya. buat perlahan-lahan dan berhati-hati. kalau headlamp gen2 tak ada masalah sebab plastik tapi kalau waja atau wira kaca, kena lebih berhati-hati sebab silap sikit je kaca boleh pecah


keluarkan reflektor dalam headlamp dan spray flat black hi-temp. bila dah kering pasang balik reflektor berkenaan dan pasangkan cermin headlamp, kemudian panaskan sekeliling headlamp sambil menekan cermin supaya lekat dengan baik seperti asal. tak perlu tambah apa-apa sealant, gunakan yang sedia ada sahaja


pasangkan headlamp dan pasang bumper


dah pun siap


nampak lebih garang


close-up


kereta ni milik wanita ni... datang rumah semata-mata nak hitamkan headlamp


ni ownernya... sedang meneliti kereta, hehhe...

sekian terima kasih
jumpa lagi

8 comments:

squitword said...

salam..
bro nk tanya,,
spray yg digunakan tu brand pe? jenis cm ner?

tacra aka jeff said...

pakai untuk hi-temp punya... macam2 jenis ada spt anchor, matahari, DPI dll

Anonymous said...

Salam sifu jeff, skrg sy dh bukak kaca headlamp tu, cuma skrg stuck xtau cmne nk kuarkan reflektor tuh.. cmne yerk?

jeff_tacra said...

try tengok ada skru tak area reflektor tu. tarik ke depan je untuk keluarkan reflektor tu. sebelum tu kena keluarkan lampu signal yang bulat

asriorama said...

ok..nnti sy cuba lg. lampu besar tu x perlu keluarkan ke? klu tarik reflektor keluar ke depan, lampu besar tu halang ke?

ZULKIFLI said...

bos kalau nk mintak tlg bt kan brape harga upah bos...

jeff_tacra said...

boleh sms/call saya - 0129013452

h mahadzir said...

bos.. kalau nak kaler reflector lampu tu boleh x..nk dapatkn kaler yellow chrome