Timing Belt 4G92M Part 1

pengetahun, keyakinan dan tools yang mencukupi perlu ada pada anda sekiranya hendak menjalankan DIY ini. kali ini bagaimana nak menukar timing belt bagi enjin 4G92 mivec malahan mana-mana enjin proton pun mempunyai kaedah yang sama seperti ini.


pertamanya keluarkan timing belt dengan membuka segala belt luar seperti belt untuk alternator, power steering dan compressor.


timing belt yang telah dikeluarkan. untuk membuka timing belt perlu buka dahulu tensioner timing belt seperti yang akan ditunjukkan di bawah


ini lah timing belt 4G92 mivec


ini pulak ialah 2 bijik campulley dan crankshaft pulley standard. part yang paling susah dibuka ialah pulley crankshaft... kena ada cara, hehhe...


sprocket crankshaft, tempat letaknya timing belt


keluarkan juga campulley sepert gambar atas dan masa ni lebih baik gantikan terus oil seal campulley. cungkil sampai keluar dan gantikan dengan yang baru


ada dua bijik oil seal campulley



oil seal campulley baru telah dipasang pada kedudukan yang asal


kiri oil seal campulley baru dan kanan lama yang getahnya dah keras dan boleh mengakibatkan kebocoran minyak hitam berlaku


lubang besar tu ialah kedudukan water pump yang telah dikeluarkan dan disarankan agar menggantikan terus water pump baru kerana jangka hayatnya lebih kurang je dengan timing belt

<< ... bersambung pat 2 >>

14 comments:

boost said...

abg jeff..
macam mana nak buka skeru cam puley tu?

jeff_tacra said...

skru campulley bersaiz 17mm, kena gunakan penahan supaya campulley tak bergerak, ataupun nak mudah gunakan spanar gun tu

boost said...

tq abg jef..
nanti kalau berjaya saya punya custom special tool boleh kita konsi kongsi sama.

Anonymous said...

baru2 ni kereta sy wira se dah mula bunyi tek tek tek or mcm bunyi belting..setelah di bw jmpa pomen dia kata belting sume ok(pomen sudah letak myk gris) dan suspect bunyi tu dtg dr cam pulley...btol ke?? mnta pndgn abg jeff..xsedap la dngr bw kereta bunyi tikus2 ni..


fazsly08

jeff_tacra said...

tak pernah lagi saya jumpa kes bunyi dari campulley, kalau dari crank pulley pernah jumpa, tukar crankpulley lain terus ok. kalau bunyi kat atas enjin kemungkinan bunyi dari tepet, kena set balik terus senyap

Anonymous said...

assalam ... boleh kongsi special tool nak buka cam pulley tu .... sy pun skru 21mm ... guna gun pun xleh buka dah pening pala memikir nak buka

jeff_tacra said...

saya biasanya tidak ada special tool, selalunya kalau tak dapat buka dengan tool biasa saya gunakan air gun, gerenti dapat

Anonymous said...

camner nak buka crankshaft campully tanpa air gun

jeff_tacra said...

Kena guna batang besi dan tahan pada lantai, cabut cable plug dan crank engine

Pyanto said...

nak bukak memang boleh bang, tapi nak pasang balik tu macam mana nak pegang pulley daripada bergerak?, kalau guna airgun dah terlebih tork pulak.

jeff_tacra said...

untuk memegang pulley daripada bergerak ada special tool tertentu. guna air gun pun boleh tapi kena dapatkan air gun yang boleh laras tork

Mohd Athar Dawam said...

Nak tanya macam mana nakbuka cover bawah ye, berapa skrew?. Mounting engine nak kena buka sekali ke?.
Baru ne kereta saye tukat water pump, pas tu saya test tak power, saya buka cover timing belt atas cek tanda cam ada lari satu mata, jadi saya nak cak tanda kat bawah la, baru tau yang mana lari, cam oil atau cam exzos.

afif zaki said...

Nak tahan kt mana tu bos...

syafiq pm said...

Bolt crank pulley 4g515 buka ikot jam ke lwn jam abg Jeff???