High Speed Starter

bersua kembali... kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar starter kereta. kebanyakan dari kita mengalami masalah starter yang menakibatkan kereta tidak boleh scrank untuk menghidupkan kereta ataupun ada yang meminati starter high speed dari mitsubishi yang mengeluarkan bunyi seperti proton perdana V6 apabila start kereta, maka perlulah melakukan kerja-kerja yang berkaitan untuk membuka dan menggantikan starter. berikut ditunjukkan bagaimana menukar starter khususnya pada kereta proton dan kaedah ini sama sahaja antara proton wira, saga, perdana dan lainya. kelebihan starter high speed selain daripada bunyinya yang sedap didengar ialah kita dapat crank enjin dengan mudah sebab starter ini menggunakan bearing untuk menjadikan pusingan starter lebih laju dan bertenaga


pertamanya mestilah membuka terminal negatif bateri kerana pada selenoid starter terdapat satu sambungan terus ke positif bateri. jadi perlulah dilakukan seperti ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang bakal berlaku seperti spark apabila wayar positif pada starter yang kita buka nanti akan terkena mana-mana body kereta atau pun terkena enjin kereta. spark yang berlaku ini boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan kereta yang lain dan lebih serius ialah boleh menyebabkan kerosakan ECU kereta


buka cable 12v dari bateri ke starter dan inilah satu-satunya wire positif dari kereta disambungkan ke starter. terminal dari ignition atau suis kereta perlu juga dibuka seperti yang ditunjukkan di atas. hanya perlu tekan dan tarik sahaja soket. wayar ini boleh dilihat melekat pada selenoid starter pada bahagian badan starter


nat starter hanya ada dua sahaja yang bersaiz 14mm seperti yang ditunjukkan di atas. kerja membuka nat ini agak mudah bagi kereta carb kerana banyak ruang dan kalau kereta injection perlulah membuka terlebih dahulu air filter box untuk menyenangkan kerja anda. sangat mudah sekiranya menggunakan ratchet wrench


proses membuka nat starter yang bersaiz 14mm yang terletak pada bahagian gearbox kereta. nat ini boleh dilihat melalui bahagian gearbox atau boleh dilihat melalui box air filter


pada nat starter pada bahagian gearbox biasanya terdapat satu wire terminal negatif dari bateri yang disambung ke sini. bermakna wayar grounding  atau negatif daripada bateri memang disambungkan dengan satu nat starter


dua nat starter dan satu nat 12mm untuk mengikat terminal 12v dari bateri ke selenoid starter


keluarkan starter standard iaitu pada sebelah kanan gambar di atas. starter standard yang asal kereta selalunya lebih gemuk daripada starter high speed


starter high speed dari model mitsubishi, pada belakang selenoid tertera lambang mitsu ( 3 diamond)


starter standard agak 'gemuk' jika dibandingkan dengan starter high speed


pasang starter baru pada tempatnya seperti yang ditanda dengan bulatan


pasang nat 14mm untuk mengikat starter sementara itu pada bahagian belakang starter iaitu pada bahagian selenoid pasang balik terminal 12v dan soket dari ignition


bila selesai, pasang semula terminal negatif bateri dan bolehlah start kereta anda. sesungguhnya starter high speed ini bunyinya lain daripada starter standard... bunyi macam perdana V6 dan dengan mudah kereta dapat dihidupkan kerana starter ini lebih berkuasa jika dibandingkan dengan starter asal kereta

sekian, terima kasih
jumpa lagi

78 comments:

BENTAN said...

keter enjin stendet 4g15 boleh ker bang?

jeff_tacra said...

bentan, enjin 4g13/15 plug & play je. gambar yang pasang pun tu enjin 4g15

Anonymous said...

kalau 4g9x mcm mana? bleh p/p jugak ker?

Anonymous said...

apa beza starter evo dgn standet..dari segi perfomance..senang nak idup ke abg jeff

jeff_tacra said...

starter evo atau high speed pakai bearing dalam tu dan yang standard punya takde, pakai motor. high speed crank kete senang hidup

harmza said...

yg di gambar tu baru ye? ade jual ke baru punyer stater evo?

jeff_tacra said...

bukan baru dan bukan dari evo, tu dari V6 yang telah diubahsuai untuk masuk kat wira, kalau ori V6 tak dapat masuk sebab nat ada lain sikit

Anonymous said...

kalo pkai yg evo 3 punye..masuk ke???

jeff_tacra said...

evo3 pun boleh masuk kat wira

Anonymous said...

cara pemasangan sama cam tu jgk la..

Anonymous said...

lancer punye bleh pakai? lancer n evo ada ubah suai @ pnp?

jeff_tacra said...

boleh pasang, takde ubahsuai apa-apa

Anonymous said...

slamm..
kalau yg seken ade kat haftcut..
nk yg baru maner boleh dapat bro??

jeff_tacra said...

starter yang baru boleh diperolehi di kedai spare part atau kedai bateri

harmza said...

portion mana yg perlu diubahsuai?

jeff_tacra said...

tak ada ubahsuai apa-apa, pasang je kat kereta

ChefDa said...

mantop... saya pki vr4 auto... hi speed jugak...

Anonymous said...

klu engine 4g13 manual.. starter vr4 mesti pakai manual jugak ker? atau auto pnya starter pun bole?

jeff_tacra said...

kalau enjin manual kena pakai starter untuk manual, sebab tak sama dengan starter auto

Mazlan said...

bro!! klu waja manual boleh guna starter ni jg ke? atau pun starter high speeed apa yg boleh PNP ngan waja

Anonymous said...

Salam..mcmne nak tau starter kita dah kong ke tak..

jeff_tacra said...

starter dah kong bila tak boleh befungsi, kena service

Anonymous said...

pakai starter perdana pn bleh....
baru, murah lak 2...

Anonymous said...

Bro
aku pakai Wira (4G92, SOHC, tahun 1996).
Nak tukar p starter EVO 3. Boleh ke?
TQ
-Hotrod MOnza-

Anonymous said...

Salam bro,
saye pkai doch 4g92.. starter skank dah kong..
nak masuk vr4 boleh?? org yg jual xtau.. tau jual je.. he3..
Please relpy A.S.A.P..
TQ!
-Barique-

Anonymous said...

lpe nak ckp.. doch 4g92 saye auto... so mcm ne 2?
-barique-

jeff_tacra said...

kena dapatkan starter high speed auto. manual dan auto ada beza

Anonymous said...

bro,berapa harga tuk starter manual?

jeff_tacra said...

harga starter high speed sekitar rm100 - rm150

Anonymous said...

bro klu ada kaki n boleh dpt kan starter starter high speed manual ni email kt kwn yer..berminat nk cari.. bummp..

fazsly08@yahoo.com

jeff_tacra said...

saya ada satu starter manual high speed. kalau nak boleh email saya

hilmi said...

assalamualaikum abg jeff... saya ingat nak pakai starter v6 kat wira 1.5 manual saya ni...tp kalu nak modified starter V6 tu susah ker?...x der diy utk modified ker bang?...

jeff_tacra said...

boleh masuk kat wira 1.5 tapi kena mod kepala starter tu, kena pakai kepala high speed mitsu jugak

Anonymous said...

mane lokasi sebenar startar nie.puas jengok x nampak pon kelibat die dalam enjin bay

jeff_tacra said...

lokasi starter proton ada kat belakang blok berhampiran dengan gearbox

Anonymous said...

abang jeff..
nak tanya.saya pakai proton 4g15 dan pakai cluthplate supertouring.. saya nak pakai starter vr4 , tapi pomen kata tak boleh masuk . betul ker.. mintak penjelasan ..

Anonymous said...

Salam abg jeff..
kete saya satria 1.3, bila start bunyi ada api karen cukup sbb bateri pon ok lampu menyala. masalahnya tak jugak boleh dihidupkan enjin. adakah itu masalah starter atau fuel pump minyak xsmpi .. cm mana nak tahu staarter ok ke tak .. wasalam . tq

jeff_tacra said...

4G15 boleh masuk starter vr4. kalau 4G92 confirm tak dapat sebab sangkut kat pipe air belakang blok. starter kalau masa crank bunyi bermakna ok tapi masalah tak hidup tu masalah lain, kemungkinan berkaitan dengan minyak atau api

Anonymous said...

confirm ke bateri ok? kalo dah lama tak tukar bateri dan bunyi crank sahaja, cuba try tukar bateri. kadang2 yg lain semua ok (lampu, player) tapi susah nak hidup atau bunyi crank sahaja.

zul.faira said...

jeff.. klu kite start enjin pg2 ok je. sekali pusing kunci terus hdp keta.. tp da lama2 bw.. berhenti.. susah nk hdp bile kunci diputar utk start enjin. sampai bunyi crank jd panjang utk menghidupkan enjin.. knp yea.. sy pki starter VR4. harap dapat di jelaskan..

Anonymous said...

As salam bro, nak tanya nie, saya pakai saga manual 1.3, 4G13, nak beli starter v6 perdana. so ada jenis ke saya patut beli? dan adakah perlu dibuat modifikasi ?

thanks!

jeff_tacra said...

starter V6 perdana tidak boleh masuk secara plug n play pada saga/wira, kena mod kepala starter dengan kepala starter asal

dIE said...

sabtu lepas kawe telah d.i.y masuk starter 3 diamond...berjaya...thanks bro 4 tunjuk ajar n panduan....

Anonymous said...

salam. bro klu untuk waja engin 4g18 bole pakai V6 pnya ke??? bole plug n play trs ke??? tq

jeff_tacra said...

saya rasa kalau nak masuk starter v6 kat waja tak dapat kerana kedudukan lubang skru kat starter vr senget sikit dan tidak selari seperti stater standard waja

Anonymous said...

pas tu klu waja nk masuk model ape pnya?

macamacamla said...

Salam..
saya baru convert gearbox manual gsr..
nak tanyalah, klu start kete ade bunyi mcm crank..
masuk ni da 2 kali tukar kat tmpt yg buat gb tu.. tapi bunyi still ade, mmber saya kate mmg bunyi mcm tu.. bunyi mcm bearing tak masuk, tapi kete blh start..agak kuatlah bunyinye..

mmg mcm tu ke bunyinyer?

jeff_tacra said...

adakah flywheel pernah skim, bunyi macam tu kebiasaannya disebabkan oleh flywheel dibuang agak banyak

macamacamla said...

oo..
mmbr sy yg lain pun ckp mcm tu gak..
sbb baru seminggu convert..ok2..
tq bang..

macamacamla said...

lagi satu,
klu mcm mslh saya tu, nak tukar starter yg sesuai atau tkr flywheel? mn yang sesuai..

saed said...

bang..stater high speed ape yg sesuai kat engin 4G92 SOHC nie??

saed said...

bang..stater standart bole di service tak??

Anonymous said...

salam bro, untuk waja 1.6 auto,bro ada tak untuk starter high speed auto,kalau ada berminat nak beli..

jeff_tacra said...

starter standard pun boleh service macam biasa. starter hig speed untuk waja takde stok

Anonymous said...

kalau guna starter perdana untuk waja auto boleh ker?

Anonymous said...

salam abg jeff..
terima kasih byk2 kerana sudi kongsi ilmu. hari ini saya telah berjaya menukar starter wira yang rosak dgn high speed starter..tq.

Anonymous said...

ni nak kna try ni..hehehe

lastary said...
This comment has been removed by the author.
amrad said...

salam bang jeff. saya nak tanya nie. abg saya dah repair kereta abis beribu2 tahun lepas dalam anggaran 11 k. so pomen cakap tukar aircond la tukar nie la tukar tu la. sampai dah tukar throtle body. so dah tukar bateri baru gak. masalah utama sekaran enjin kadang2 boleh start dan xboleh. bila start dia bunyi kktakkk sekali je pastu enjin xstart sampai cuba start balik sama gak. sampai bateri kong. pastu cuba la jumper pakai keter lain so masalah sama berlaku juga. so masalah ke2 plak bila bawa kete jalan dah jau dalam 30 km. enjin dia merudum. bila tukar gear tekan clucth enjin mati. pomen kata tuka computer box. so computer box dah tuka masalah sama gak. so masalah ke 3 pula enjin jalan buka aircond je timing jatuh kadang2 mati. so masalah ke 4 bila start enjin lampu CHECK ENJIN menyala. dah abis belas ribu abg saya abiskan duuit. so mungkin abg tahu apa masalah. klu pasal starter saya dah servis. starter wira yg abg saya punya xsama mcm standart ataupun xsama macam yg v6 punya. plik la. harap2 abg boleh jelaskan

amrad said...


saya pakai starter moto macam nie

http://www.ebay.co.uk/itm/Proton-Wira-1-5L-Petrol-Starter-Motor-LRS00473-/251109149316?_trksid=p4340.m263&_trkparms=algo%3DSIC%26its%3DI%252BC%26itu%3DUCI%252BIA%252BUA%252BFICS%252BUFI%26otn%3D15%26pmod%3D310237446261%26ps%3D63%26clkid%3D2594888010121228717&_qi=RTM1062688#ht_3090wt_1271

jeff_tacra said...

saya rasa bukan masalah starter, kemungkinan ada masalah lain yang berkaitan dengan wiring ataupun masalah enjin

Anonymous said...

4g92 cun pkai high speed starter dr model ape yer..?

Anonymous said...

Assalam. Abg Jeff, nak tnya sikit. Starter VR4 bole ke pasang kt iswara yg dh convert enjin 4g91 carb manual??

ANM Melaka said...

Salam. Bang Susah ke nak mod kepala starter v6 dengan kepala starter standard. TQ.

bad melay said...

askm.. sya pakai enjin 4g13.. flywheel dah tukar super tuoring 5 lubang...tapi pakai starter standart. bila crank bunyi mcm gigi starter tak ngam dgn fly wheel la.. starter pakai yg 8 gigi... ade ke jenis starter yg lain?

Safwan Shah said...

salam bro.. 4g13 manual leh pkai starter ape je ea??

jeff_tacra said...

boleh pakai starter vr4/evo high speed

Safwan Shah said...

mmg pnp ke?? xde msalah soket n bolt??

max hendry said...
This comment has been removed by the author.
max hendry said...

salam cikgu, sye ade starter perdana v6 auto..on plan nak modie masuk ke wira 1.5 manual sye..sbbnye sye ada sbjik starter stendet yg dah kong..blh juz pnp ke atau kena barai starter stendet manual tu then tukar kpla starter tu utk psg ke strter perdana v6 auto baru blh gn kat wira 1.5 manual..ke ada benda lain kena buat atau mmg tak blh buat?


trma ksh cikgu jeff ;)

Sham_84 said...

Salam Abg Jeff.. Kereta sy ada prob nak crank. Pada mulanya masa sy crank lgsg xde crank.. Ingt starter rosak, sy pn beli starter baru. Bila siap pasang starter baru nk crank pun senyap jgk. Last sy try jump wire, starter dpt crank tp dia bunyi kasar mcm benda bergesel dan tak berhenti crank. Apa masalahnya abg Jeff?

Sham_84 said...

Salam Abg Jeff.. Kereta sy ada prob nak crank. Pada mulanya masa sy crank lgsg xde crank.. Ingt starter rosak, sy pn beli starter baru. Bila siap pasang starter baru nk crank pun senyap jgk. Last sy try jump wire, starter dpt crank tp dia bunyi kasar mcm benda bergesel dan tak berhenti crank. Apa masalahnya abg Jeff?

jiwa kacau said...

cikgu sy tlg jawabkn pertnyaan bro sham,
bri sham guna kete apa..biasa klau crank kosong ni,tgk pde 2 keadaan,bateri ada power ke x,ke2 wayer earth pde bateri ke engine,
bunyi kasar mse bro crank tu punca solonoid xbalas blik..tnggu prtnyaan dri cikgu

Yhan Pieanz said...

Assalamualaikum nak tanya la sikit ni, saya ada waja tapi saya dah tukar injin kepada gsr bersama bodykit kepada evo 10, convert 100% jd evo 10 bodykit.. Tapi bila saya pecut kereta mencecah 230km/j kereta saya akan terpadam sendiri dan terpaksa tunggu sampai 2 hingga 5 minit untuk kembali menghidupkan injin, kedua, asal awal pagi je nak start injin terpaksa guna kereta jiran sebelah untuk jumper.. Nak tak nak hidupkan kereta saya.. Tolong la apa yang harus saya lakukan untuk menormalkan kembali kereta saya?

Wan Shah said...

Salam bang..nak tanya wira 4g13 boleh pakai starter perdana tak..tq

Paul frank said...

Tukar bodypart standard balik..okey lar tu

Faezah Fieza said...

SALAM....STARTER SY DH KONDEM..MMG XLEH START LG....KT MNE NK DPTKN STARTER YG THAN LAMA YE..SY PKAI WIRA 1.6 AUTO..KLAU ABG ADE STARTER YG BGUS DR KDAI SPAREPART BOLE XBGTAU SY MELALUI MAIL....

Unknown said...

Stater perdana boleh masuk 4g92 sohc ke..?