Side Mirror Dismantle - Wira

entri blog saya kali ini ialah bagaimana nak membuka dan 'membarai' isi perut side mirror wira. kebiasaanya ada dalam kalangan peminat kereta ingin menukar side mirror autoflip dari mitsu lancer dan oleh sebab masih nak pakai housing asal yang telah dicat cantik, maka anda bolehlah hanya menukar isi dalam autoflip mitsu ke dalam housing asal side mirror wira, menjimatkan... tak perlu lagi cat lain. side mirror antara mitsu dan proton biasanya dapat berkongsi antara satu sama lain kerana proton copy daripada mitsu lancer, sebab itulah kebanyakan part proton wira dapat menggunakan part daripada mitsubishi lancer yang kodnya bermula dengan 4GXX


side mirror manual wira, baru cat satu body kereta termasuk mirror ni. owner kereta nak menggunakan side mirror mitsubishi yang boleh autoflip atau boleh lipat. model proton seperti wira memang tidak didatangkan dengan side mirror auto flip jadi kita dapat menukarnya dengan side mirror lancer secara plug n play sahaja, cuma nak hidupkan auto flip dan nak adjust cermin perlu dibuat sedikit pendawaian. boleh cari entri saya yang lain mengenai pendawaian side mirror auto flip ini


pertamanya tanggalkan cermin dengan mengumpil pada bahagian bawah cermin terlebih dahulu. cara paling senang ialah umpil cermin melalui bahagian bawah side mirror dan masukkan screw driver flat dan umpil bahagian lock mirror ini. dengan mudah mirror dapat dipisahkan tanpa merosakkan cermin tersebut


umpil dengan tangan sampai bunyi klik maka tanggallah cermin daripada housing side mirror. sedikit perhatian perlu diberikan kerana kalau silap dan tak kena cara kemungkinan cermin ini boleh pecah. untuk makluman semua cermin mitsu dengan cermin proton ada beza sedikit imej yang kelihatan padanya iaitu kalau proton imej nampak lebih dekat lagi daripada imej cermin mitsu


tanggalkan cermin asal dan akan nampak manual controller side mirror proton yang hanya dapat laras kedudukan cermin secara manual sahaja


buka nat cover getah seperti ini denga menggunakan screw driver flat seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, tak susah mana pun sebenarnya


keluarkan cover getah daripada tapak side mirror


buka 2 nat untuk menanggalkan adjuster mirror iaitu terdapat 3 cable untuk melaraskan cermin secara manual seperti gambar di atas


buka 3 biji nat sepert di atas phillips


sebaik sahaja 3 biji nat itu dibuka maka dapatlah dipisahkan tapak side mirror dengan housing side mirror


buka cover kecil seperti di atas, ada 2 nat yang perlu dibuka di sebalik cover ini


buka 3 biji nat lagi kat dalam housing dan keluarkan isi perut side mirror


ini yang bakal diganti dengan yang kita keluarkan tadi, yang ini cuma 3 wayar iaitu hanya boleh control cermin sahaja dan tidak boleh autoflip. yang boleh auto flip ada tambahan 2 wire lagi yang menjadikan kesemuanya 5 wire. ada juga side mirror mitsu yang didatangkan dengan 7 wire, maksudnya ada tambahan fungsi lain lagi iaitu fungsi heater pada cermin yang berperanan untuk memanaskan cermin. ini berguna terutamanya apabila hari hujan air tidak akan lekat pada cermin tersebut kerana cermin menjadi panas apabila kita on suis heater


masukkan yang baru dan pasang balik 3 biji nat tadi seperti semasa kita hendak mengeluarkan yang asal tadi


pasang semula tapak dan segala nat yang dibuka sebelumnya


dah pun selesai... side mirror ini hanya 3 wire iaitu fungsi untuk adjust cermin dengan menggunakan suis khas untuk side mirror sahaja. yang 3 wire tidak boleh auto flip ye

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 comments:

yozz said...

salam bro, nak tanya kalo yg ada side mirror boleh flip, motor nye boleh masuk tak kat housing asal.

jeff_tacra said...

motor flip mitsu boleh masuk plug & play ke housing asal wira, no problem

Anonymous said...

salam abg jeff...... selepas tukar timing belt keta sy terasa berat je.apakah punca nya?enjin keta sy 4g15vdo.di harap abg jeff dapat bantu masalah yg di hadapi

jeff_tacra said...

try cek marking timing belt takut ada lari atau tidak. kalau lari 1 gigi pun kereta dah rasa berat.

Amirul Aizad said...

maknanya boleh la guna side mirror yang ada signal utk wira kan? cuma ganti isi dlm je la. idea yang bernas... thankz bro..

Anonymous said...

salam bro.. nak tanya, kalau nak DIY motor auto flip ni kat proton persona elegance boleh ker?? just tukar motor dalam and modi wiring suis waja. boleh ker bro? mintak pendapat/idea dari bro

ape2 info bro email kat sy

mrciken@gmail.com

Anonymous said...

salam abg jeff, nak tanya saya pakai side mirror 3 wayar ni pada wira saya tapi kebelakangan ni side miror tu x leh adjust, saya dh cube tuk side miror kiri dan kanan tapi dua2 x leh adjust. jadi saya rasa antara power supply x de sb x mungkin suis tu rosak dan x mungkin kalau nk rosak dua2 side miror tu rosak kan? macam mana nk trace ek? ada relay ke side miror ni atau fius?

jeff_tacra said...

boleh try test direct kat soket side mirror dalam door trim. wayar merah untuk 12v dan wayar ambik satu wayar lain untuk ground, kalau gerak bermakna kemungkinan suis yang rosak. side mirror 3 wire takde relay

Anonymous said...

auto flip side mirror saya flip tutup(belah kiri) oK...but flip buka macam tersekat..boleh repair ke?macam mana?

Anonymous said...

bro ada x cermin lebih belah kiri utk wira...
klu ada bgtau..nk beli...mggu lps br side mirror dilanggar mat rempit..aduhhhhh....email me bro side_three@ymail.com

jeff_tacra said...

rasa ada cermin lebih sepasang, tapi kena selongkar dulu dalam stor

Anonymous said...

brapa agknya ye bro jeff rega autoflip wira skrg ni yer?

nk angkt satu ni...fazsly08@yahoo.com

jeff_tacra said...

autoflip evo harga antara rm250-rm280

Anonymous said...

uit...mahal jg yer..

Anonymous said...

salam, terima kasih abang jeff kerana berkongsi ilmu dengan kami semua. jasa anda dikenang :)

Alvin Harrison said...

Tumpang tanya bang.. adakah langkah2 yg abg tnjukan kat sini boleh digunakan pakai untuk 'membarai' kan side mirror proton persona (ade elektronik adjuster)..? Trima kasih..

jeff_tacra said...

konsepnya sama sahaja seperti mana-mana side mirror letrik

Wazizi Hamidon said...

Slm..sy ada masalah yg sama..ada cara nak baiki??

Shahrul Martini said...

Salam bro cam ner nak repair cermin blh ttp tapi nk buka kena tolak sikit ngan tangan tp skumk ttp pn x blh dah apa masalah nya 2 bro apa yg nk tukar

Raqif Mahat said...

assalamualaikum, nk tumpang tanya bro...tp cam lari tajuk sikit, maaf.
cermin side mirror wira, jatuh dan pecah la smlm.. mcm mne nk repair eh ? kalau-kalau ada kedai area seksyen 16, pj. tumpang tanye eh bro..
terimakasih.

Chee Hong Tan said...

Hi, kalau yang macam 3pin di atas, saya cuma ada motor dan housing, macam mana dengan suis untuk adjust dari dalam kereta? Boleh pakai Waja punya (atau lain lain kereta)?