HID Conversion Kit - Fog Lamp

bersua kembali... kali ini saya tunjukkan bagaimana memasang HID conversion kit untuk foglamp yang kebiasaannya menggunakan bulb H3. kali ini saya memilih HID kit 'cap ayam' kot kecerahan cahaya 4300k dan cahaya ini tidaklah kelihatan terlalu putih, saya memasang pada foglamp halfcut brang RAYBRIG yang perlu di mod sedikit. peraturan di negara kita tidak membenar pengguna menggunakan HID kerana sememangnya bulb jenis ini agak silau sedikit jika dibandingkan dengan bulb halogen biasa. tetapi kalau ambil 4300k masih lagi boleh digunakan kot sebab cahayanya tidaklah terlalu putih seperti hid lain

bungkusan yang sampai tengah hari tadi dan proses diy berlangsung bermula jam 3.30 petang. saya beli secara online di www.lelong.com.my sahaja dan saya rasa kit ini made in china kot. tapi boleh digunakan untuk foglamp kereta saya

HID conversion kit 4300k bulb H3 untuk foglamp kereta saya. saya menambahkan suis on/off supaya senang untuk menggunakan apabila perlu sahaja

kit di dalam kotak, 2 bulb hid H3, sepasang ballast dan wiring berserta soket

saya menggunakan foglamp bersaiz 3 inci yang diambil daripada honda EK. jadi perlukan sedikit pengubahsuaian untuk dipadankan pada bumper wira. tapi itu bukan halanagan untuk saya menggunakannya. pertamanya buka bahagian belakang foglamp untuk mengeluarkan bulb halogen asal

bulb asal telah dikeluarkan dan semasa saya memasukkan bulb HID memang fit cantik tetapi sangkut pada bahagian penutup fog lamp ini, terpaksa ditebuk penutup dan sedikit ubahsuai perlu dilakukan, kalau tak memang tak boleh nak gunakan hid lah jawabnya

penutup yang telah ditebuk kerana belakang bulb HID ini agak panjang dan terkeluar dari penutup asal. marking yang dibuat biar betul dan tepat dengan hujung bulb yang terkeluar tadi. kalau silap maknanya... tak tahu nak cakaplah

masukkan bulb HID melalui lubang penutup yang ditebuk

masukkan bulb dan klipkan seperti bulb asal

apabila penutup dipasang kelihatan belakang bulb tertonjol keluar, jangan risau belakang wiring untuk bulb HID biasanya tidak dimasukki air kerana kedap udara, tapi lubang penutup itu mesti ditutup dengan silikon atau apa-apa seal supaya air tidak memasukki ke dalam fog lamp terutamanya pada hari hujan

bracket telah dipasang, perhatikan silikon grey tersebut yang talah saya gunakan untuk menutup lubang belakang bulb tadi. saya menggunakan silikon permatex ultra grey yang biasa digunakan sebagai sealant atau gasket enjin

dah siap sedia untuk dipasang, bulb HID telah terpasang dengan kemas

proses pemasang kat bumper tidak ditunjukkan kerana telah ada entri sebelum ini mengenai pemasangan foglamp. anda boleh rujuk atau search entri pemasangan fog lamp ini

cahaya HID 4300k ini ternyata nampak agak puting jika dibandingkan dengan bulb halogen biasa. walaupun hanya 35 watt sahaja tetapi cahaya yang dihasilkan agak terang daripada bulb standard yang biasanya 55 watt

terang benderang, puas hati jugak. walaupun terang fog lamp tidaklah sepanas bulb halogen biasa kerana hanya 35 watt sahaja

dah test on the road tadi, kalau tak pasang headlamp pun dah terang, tidak ada pulak kenderaan dari hadapan yang bagi high beam kerana saya bimbang jugak takut silau pemandu hadapan. tapi ternyata ok kerana foglam ini ada macam halangan bulb supaya tak silau sangat kot

sekian, terima kasih
selamat tahun baru cina