entri kali ini menunjukkan bagaimana cara menukar rear wheel bearing/hub bagi kereta wira atau lebih kurang sama bagi sesiapa yang menggunakan set disc brake mitsubishi. bearing kalau dah lama akan rosak dan tanda awal boleh dikesan apabila kita mendengar bunyi dengung pada bahaian bearing berkenaan dan lama-kelamaan beraring akan rosak terus dan boleh mengakibatkan kerosakan komponen yang lain
rear wheel bearing/hub original wira brand NSK dengan harga rm120 satu. sebenarnya ada beberapa pilihan lain di kedai spare part dengan harga sekitar rm60 - rm80 setiap satu, pilihan di tangan anda
terlebih dahulu pusing arah lawan jam nat pada parking brake untuk memudahkan kita membuka cable handbrake pada caliper nanti. pusing nat 10mm ini tapi jangan sampai tercabut
buka klip dan buka cable handbrake seperti ini
jongket caliper dengan membuka nat 12mm terlebih dahulu
keluarkan pad dan buka 2 biji nat 14mm untuk membuka keseluruhan caliper
apabila caliper dibuka barulah kita boleh menanggalkan rotor disc, tarik keluar sahaja disc berkenaan
umpil penutup hub untuk membuka nat berkenaan
gunakan box bersaiz 30mm untuk membuka nat hub
keluar kan bearing/hub
bearing telah ditarik keluar
bearing/hub yang baru
baru brand NSK dan lama brand KOYO, semuanya made in japan
yang lama di sebelah kanan tu dah mengeluarkan bunyi, bermakna dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru