entri kali ini ialah mengenai starter motor iaitu bagi yang nak servis sendiri starter, cuci dan letak gris baru ataupun yang nak menukar carbon brush yang baru. kebiasanya kalau kita start kereta dan tidak ada apa-apa respon pada starter bermakna carbon brush dah pendek dan perlulah di tukar dengan yang baru, kena bawak sample dari starter kita
dua biji starter high speed mitsubishi, boleh plug & play kat enjin wira. nampak tak perbezaan antara starter auto dan starter manual. cuba teka mana yang auto dan mana yang manual, hehhe...
ini merupakan starter manual sebab gigi starter terkeluar sedikit
yang auto gigi starter masuk ke dalam
buka nat 12mm seperti di atas
kemudian buka pula skru panjang 8mm
kena gunakan impact driver untuk membuka 2 biji nat mata phillips. ini kerana skru tersebut sangat ketat dan amat sukar kalau menggunakan screw driver biasa
pisahkan selenoid starter
pisahkan bahagian starter menjadi dua bahagian seperti di atas. masa ni boleh keluarkan isi dalam starter dan cuci dengan WD40 mana-mana bahagian bergris. lepas tu bersihkan dan jemur bagi kering
buka lagi 2 biji nat kat bahagian belakang starter bag membolehkan kita membuka penutup carbon brush starter
gambar menunjukkan apabila penutup bahagian belakang starter dibuka
inilah kedudukan carbon brush (bulatan merah) yang nampaknya dah haus. sebenarnya starter ni tak boleh crank langsung sebab 2 carbon dah pendek, dah tak ada contact terus
tempat yang perlu disolder bagi mengeluarkan carbon brush
bahagian contact carbon brush
untuk mendapatkan carbon brush boleh beli di kedai spare part atau kedai servis starter motor. kena bawak sample seperti di atas sebab kemungkinan tak sama dengan yang asal. gambar pemasangan carbon tidak diambil pada masa tu
jumpa lagi