Rear Anti Roll Bar

entri kali ini mengenai bagaimana pemasangan rear anti roll bar pada satria 4g13. untuk makluman kereta proton 1.3/1.5 tidak dipasang dengan rear anti roll bar, hanya kereta proton yang cc 1.6 ke atas sahaja ada arb ini. fungsi arb ialah untuk menstabilkan kereta terutama semasa kita mengambil selekoh kerana berat kiri dan kanan kereta akan distabilkan oleh arb ini dengan mengenakan tekanan yang hampir sama antara kiri dan kanan kereta. hasilnya kereta akan menjadi lebih mantap dan kurang body roll semasa memandu

kalau nak dapat set anti roll bar pastikan peralatannya cukup iaiatu, sepasang arm kiri dan kanan yang ada bracket stabilizer link, sepasang bracket untuk pemasangan bar pada chasis, sepasang drop link, sepasang bush & bracket dan bar tu sendiri


terlebih dahulu buka tayar dan buka nat 17mm (3 biji semuanya) untuk mengeluarkan arm lama dan bakal digantikan dengan arm baru


untuk memudahkan kerja, lapik jack di bahagian bawah arm kerana biasanya absorber akan menekan ke bawah dan ini agak menyukarkan apabila kita hendak mengeluarkan nat absorber


keluarkan arm lama dan gantikan dengan yang baru


arm kiri dah siap dipasang, masukkan juga bar dan pasang bracket serta drop link untuk bar berkenaan


perbezaan antara arm yang tiada arb ialah perhatikan arm yang baru itu terdapat satu bracket pada bahagian atas. bracket ini untuk menyambungkan hujung bar ke arm dengan menggunakan drop link


pasangkan pula arm sebelah kanan, sama dengan kerja-kerja yang dilakukan pada sebelah kiri tadi


ini rpa drop link yang dipasang antara bar dengan arm


ketatkan nat 17mm drop link secukupnya


pasangkan pula bracket untuk memegang bar dengan chasis kereta


ketatkan nat 12mm pada bracket


keadaan bar yang belum disambungkan dengan chasis


pasangkan bracket pada chasis


kedudukan bar dan bracket pada chasis kanan


dah siap sepenuhnya dan test kereta anda, tentu ada kelainan ketika memandu terutamanya semasa mengambil selekoh

sekian, terima kasih
jumpa lagi

42 comments:

Mama AA's said...

berape kos bang?

jeff_tacra said...

ni ambik dari wira 1.6, kos sekitar rm150 complete set

matlan said...

murahnya dpt 150...syok layan corner...

Azman said...

uih straight piping.. mesti best nie.. hehe

Anonymous said...

braket holder batang Antiroll bar tu plug n play pada chasis wira ke??

-hatta

jeff_tacra said...

yup, bracket holder tu plug n paly je kat chasis wira. dah tersedia thread untuk masuk nat je

Anonymous said...

saya tgk kat braket ada tiga lubang nat... guna satu lubang jer cukup ker....

jeff_tacra said...

kena pakai 2 nat setiap bracket

Anonymous said...

BOH... NAT SAIZ BERAPO DEKAT CHASIS BODY TUHH

Anonymous said...

ARB 1.6 NIE ADO JUAL KEDA SPAREPART KO BOHH?

Anonymous said...

nat kat chasis body, saiz 17 ke Bro....

jeff_tacra said...

nat saiz 14mm untuk pasang bracket pada chasis

Anonymous said...

salam abg jeff,

saya cuba masuk 2 nat setiap braket, tp lubang dia tak selari... lagi satu, kedudukan braket tu berlain kan... satu menghala ke depan satu lagi ke dalam....

jeff_tacra said...

bracket halaa tak sama, satu ke depan dan satu lagi ke belakang, sepatutnya bracket tu tak ada masalah, plug n play je

Anonymous said...

saya faham... tp lubang braket tu mmg dh lari... saya adjust mcm mana pun tak boleh dapat dua lubang yag sama...

jeff_tacra said...

bracket custom atau bracket ori dapat bersama anti roll bar, kalau bracket ori confirm 100% dapat masuk plug n play, melainkan bracket tu dah dibuat lubang baru

Anonymous said...

ok... kat chasis ada tiga lubang skru... nk guna yg mana satu...

Anonymous said...

slm ....agak2 abg jeff mn lg berbaloi utk wira 1.5

1)tukar arm cam diy diatas @

2)pakai arm asl..guna ARB ultra racing nye


tq..

jeff_tacra said...

ultra racing mahal sikit, adakah ultra racing dapat sekali dengan arm atau arm asal diubahsuai untuk masukkan arb ultra racing. bagi saya lebih baik tukar satu set macam atas tu

Anonymous said...

slm..mahal la plak ye,abg jeff..kalo guna ulra racing tu ,dia org akan tebuk arm asal..sbb nk masukkn drop link..

Anonymous said...

salam, rear arb ni new set ke abg jeff? senang cari ke kat kedai spare part?

jeff_tacra said...

kebanyak arb bukan brand new. boleh didapati di mana-mana halfcut

Anonymous said...

bang nk tny sket...coil spring ori evo 3 belakang samer tak dgn coil spring wira....

Anonymous said...

abg jeff..bantuan diperlukan.. baru2 ni saya cuba nk tukar drop link arb belakang.. sebab dah kaput teruk.. masa nak buka nut yang dipasang dekat dgn arm.. nut tu karat dan berpusing sekali dengan batang dia. mcm mana nak keluarkan nut tu ya.. saya dah guna playar utk pegang batang skru drop link tu tapi tetap berpusing bersama nut. batang arb dah boleh keluar dan cabut cuma drop link sahaja masih melekat kt arm belakang.ada cara x.

jeff_tacra said...

kena tahan jugak batang drop link tu supasa tak bergerak, kena buka lower arm dan kapit drop link dengan ragum yang besar

Anonymous said...

ok..kena buka lower arm la..kalu x buka bleh x sebab tool x cukup...nnt sy cuba.

Anonymous said...

bos duk area mne??

Anonymous said...

dlm pic yg dh siap tu,sy tgk....breket yg ikt kt casis guna 1 nut ja abg jep?

jeff_tacra said...

bracket ke chasis tu ada 2 bijik nat

Anonymous said...

anti roll bar mivec ngn wira 1.6 lain la....tang drop link dia...leh guna gak kn kt wira..pnp gak ke abg jeff..

jeff_tacra said...

Anti roll bar mivec boleh masuk pada wira, kena tukar drop link

Anonymous said...

kalo dpt full set arb n arm mivec...pnp ja...kt wira..

Anonymous said...

slm..breket yg ikat bush belah kanan tu arah kedlm kn...manakala yg belah kiri arah klua...tol tk abg jeff...sbb sy baru beli arb 1.6 tp kompius ar...sbb sebelah bush menghadap ke dlm...sblh lg keluar...

jeff_tacra said...

memang macam tu

moses said...

Salam Bang.Kalau waja nak upgrade Rear ARB nak amik dr model kereta apa?Nak improve handling.Ingat nak tukar yang besar sikit.

jeff_tacra said...

sekarang ultra racing ada keluarkan rear antiroll bar yang lebih besar daripada standard

shaharul irwady said...

Klu dh tkar arm evo blh mskke arb1.6

shaharul irwady said...

Klu dh tkar arm evo blh mskke arb1.6

naruto said...

kalau tukar arm tu kena wat aligment balik tak abg jeff?

jeff_tacra said...

mask arm evo boleh masuk arb 1.6/1.8 lebih baik buat allignment selepas tukar lower arm melainkan dah marking siap-siap

Unknown said...

Abg jeff.
Kalau waja 1.6 nak pasang ARB step dia sama mcmni ke? Kena tukar sekali arm tu?

Unknown said...

Abg jeff.
Kalau waja 1.6 nak pasang ARB step dia sama mcmni ke? Kena tukar sekali arm tu?