selamat berpuasa.... entri kali ini ialah penukaran air filter standard perodua viva ke aftermarket air filter secara drop in, bermakna hanya menggantikan filter element sahaja tanpa membuat apa-apa ubahsuai. kalau hendak menggunakan open pod pun boleh tapi kena mod sikit dengan membuat piping antara throttle body ke air filter. guna drop ini pun dah memadai, bukannya enjin yang sudah diubahsuai, standard je
inilah box air filter standard perodua viva 1.0 litre, dibawahnya terletak air filter
terlebih dahulu unplug soket sensor seperti yang ditunjukkan di atas untuk memudahkan kerja menanggalkan housing filter berkenaan
apabila penutup box dibuka nampaklah kedudukan air filter standard
keluarkan air filter dan akan kelihatan seperti di atas iaitu 3 coil plug. enjin 3 silinder je ni tapi boleh tahanlah viva, boleh dikatakan powerlah jugak dalam kategori enjin seperti ini
owner telah memilih air filter aftermarket jenis WORKS dengan harga tak sampai rm150. untuk makluman air filter viva 1.0 litre ini sama dengan air filter myvi 1.0 litre, so boleh pakai antara keduanya. penggunaan air filter aftermarket lebih tahan daripada air filter standard yang perlu ditukar apabila service kereta, kalau guna yang aftermarket tak perlu tukar, hanya cuci je sampai bersih, lebih berbaloi
WORKS air filter for viva 1.0 dan myvi 1.0
try masukkan filter dalam housing atau penutup box, memang ngam tak perlu apa-apa pengubahsuaian
perbandingan antara filter standard dengan WORKS air filter
pasang pada enjin dengan kedudukan bucu segi empat pada bahagian kanan hadapan, seperti tertera pada gambar. bucu lain shape bulat sikit
lepas pasang plug in semula soket sensor tadi dan kemaskan balik 4 klip untuk mengetatkan penutup filter ni
dah pun siap, kerja ni agak senang sahaja
sekian, terima kasih
selamat berpuasa