Apexi Rev Speed Meter (RSM)

atas permintaan pelawat blog saya, paparan entri kali ini ialah mengenai pemasangan apexi RSM atau rev speed meter. sebenarnya gajet ini ialah untuk paparan seperti rpm, speed, dan beberapa fungsi yang lain yang dapat dipantau oleh owner kereta masing-masing. seperti biasa kalau wiring melibatkan ecu ni dicadangkan terlebih dahulu menanggalkan terminal negatif (-) bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada ecu anda, bukan murah nak beli ecu ni...



gambar atas ialah RSM oldschool iaitu generasi pertama keluaran apexi, ada yang indicatornya berwarna merah dan ada yang hijau, pemilihan bergantung kepada citarasa masing-masing


ini ialah RSM (blue)


RSM black edition


RSM berserta wiring harness, dapat sekali wayar panjang seperti di atas. kalau beli barang 2nd dan didapati wayar pendek sahaja, fikir-fikirkanlah...


soket wiring RSM, wayar yang ada ialah
1. red - 12v
2. black - ground
3. yellow - RPM
4. pink - speed 1
5. purple - speed 2


ECU mitsu yang soket pinnya sama seperti pada enjin GSR, 4G91, 4G92 dan 4G63. kalau ecu proton mmc soketnya pun seperti di atas. ecu vdo proton tak sama seperti ini


3 soket utama yang akan digunakan nanti untuk proses wiring


cara tap wire RSM pada wire asal, lepas tap balut dengan black tape


ini ialah diagram bagi sesiapa yang nak buang speed cut kereta


diagram biasa tanpa buang speed cut


diagram mitsu code M2-a yang perlu digunakan untuk memasang RSM ini



diagram pemasangan wiring pada ecu
1. IG power - red rsm
2. ground - black rsm
3. speed - purple rsm
4. rpm - yellow rsm


bila dah siap on kunci dan start kereta anda, pastikan RSM hidup dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. rujuk owner manual untuk setting beberapa perkara tertentu

sekian, terima kasih
jumpa lagi

40 comments:

Kim Siow said...

Bro, kalau Waja 4G18 ecu pun sama ko?

Anonymous said...

salam bang cmner nak repair tb 92p ni. thred servo gear dah loose. kne tukar baru ke? or abg ada ape2 cadangan. tq

jeff_tacra said...

kena tukar bahagian bawah TB tu, cari TB rosak pun tak apa, ambik bahagian bawah je

jeff_tacra said...

pinout ecu waja tak sama dengan ecu mmc lain, kena dapatkan diagram ecu untuk waja

Anonymous said...

thank bang nasib bek ada TB rosak sbijik dalam simpanan. dah tukar dah. tp getah gasket bawah dah pecah. ok x sy pakai parmatek gasket maker ganti getah gasket 2?

Anonymous said...

kalo pasang pada satria 1.3 ecu mmc, pinout di atas bleh pkai jugak la kan..tq.

jeff_tacra said...

diagram sama kalau guna ecu mmc

Anonymous said...

Salam,Boley x nk trigger mivec gne Rsm ni pd wiring 4g93t

jeff_tacra said...

boleh kalau nak trigger mivec guna RSM ni, kena cari wire output rpm, ada kat rsm, boleh set berapa rpm untuk trigger. maklumat tu ada dalam rsm manual

Anonymous said...

saya pakai L6 turbo mira.. dah wiring meter RSM rev dan speed berfungsi.. tapi still ade cut off.. apa punca pada masalah nie?..

jeff_tacra said...

nak buang speed cut kena cut wire speed kat ecu dari ecu sambung ke wire pink rsm dan wire ke enjin yang di cut tadi sambung ke purple rsm

Anonymous said...

bro..saya ade dapat RSm ...tp wayar dia pendek...soket penyambung hitam tu xda...mcmane yer...

siput slow said...

salam abam jeff.. nak mintak tolong mcm mane nak pasang e-manage blue full ingition harness kat 4G92 sohc ? boleh tolong saya nak kenal pasti pin out ignition timing signal 1-4 .yg basic harness dah pasang dgn injection dah pasang tapi tibe part ignition harness jadi buntu .

e-manage blue.

tolong yer abam jeff

siput slow said...

salam abam jeff ,

nak tanya RSM nie tiap kali start kereta dia reset semua setting ke? sebab power kalau kita amik dari IG bila off kunci dia cut power .
RSM saya kena set tiap kali lepas start .

Anonymous said...

Salam BrO...

Mau tanya 1 benda ja...
Enjin Proton 1.6 SOHC ble masuk x Computer Box 2.0???

Anonymous said...

Rpm tak berfungsi
Knape ye

Anonymous said...

salam bro nk tny ader tak wiring diagram tok saga blm..saya try cari tak jmp2 tok nk pasang rm nie..tqvm bro

miey said...

wire pink-speed 1 x pakai? kenapa?

jeff_tacra said...

wire pink speed 1 tak pakai sebab wire tu output. sekiranya nak buang speed cut kereta barulah guna wire pink tu digandingkan dengan wire purple (input), kena potong wire speed asal kat ecu

miey said...

o.. tq2 :)
putra sy pakai enjin vr4, pegi bengkel nk pasang RSM, org d bengkel ckp kreta sy x blh pakai benda ni sbb meter pakai cable,bukan digital. kalau pakai pn, meter speed tak berfungsi. betul ka 2? .

jeff_tacra said...

haha... pomen mana cakap macam tu. semua enjin injection boleh pakai rsm. speed meter ambil bacaan dari wire speed kat ecu

miey said...
This comment has been removed by the author.
Hajijul Samlan said...

L2 cm mana bro?

Chaq Asti said...

4g92 soch/doch,4g93 NA,4g93t sama mcm gmbr kt atas 2 ke..yg m-2 pnya

Madan Jbt said...

Injin 4g injection Kalau pakai miter saga kabereter boleh ke jalankan speed rsm.. bukan ke wire pink tu pegi ke belakang miter... meter saga kabereter xde pun wire pink.

Rozainah Rauzan said...

assalamualaikum...

Saya nak khidmat tuan untuk beri manual diagram RSM 1st generation..pastu tolong saya beri diagram L2...terima kasih. post ke azhar_junani@yahoo.com

Jayasilan Subramaniam said...

Salamat pagi bro...I nak minta tolong.i pakai wira model vdo macam mane nak pakai rsm black edition...??

apis said...

Assalam... saya nak tanya kenapa meter speed kadang2 jalan kadang2 tak.... saya dah tukar dashboard lancer sebelum pasang rsm nie... masaalah rsm ke masaalah wiring...

apis said...

Assalam... saya nak tanya kenapa meter speed kadang2 jalan kadang2 tak.... saya dah tukar dashboard lancer sebelum pasang rsm nie... masaalah rsm ke masaalah wiring...

Juaini Hakim Jumri said...
This comment has been removed by the author.
Juaini Hakim Jumri said...

Salam , nak tnya mcm mana nak buang cut off untuk kereta myvi ??

5 Soul said...

Salam bro..tmpg tnye kalo nk psg kt waja,wayar speed kat wiring meter warna ape ye?

Azli Zain said...

assalam cikgu..nk tanya sikit kalau wayar speed kat gearbok dh putus boleh ke rsm baca speed?

Asm Aaw said...

salam bos Rsm boleh masuk dkt citra 2.0 tak bos.wiring sama ke

Azman said...

Assalamualaikum... Nak tanya lokasi ECU waja 1.6 manual?

Mad Hadzis Abd Hanid said...

Assalamualaikum En. Admin Jeff...nak tanya diagram utk pemasangan wira VDO mcm mna ye..??

Mad Hadzis Abd Hanid said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam abg jeff, klau nk buang rpm cut off mcm mane ek?

Unknown said...

Assalamualaikum abg, abg ada diagram ecu yrv turbo. Saya nak pasang rsm.

Anonymous said...

salam bro..diagram RSM untuk vios 2nd gen ada x? puas dh cari..bole tlg x?