Automatic Transmission Fluid (ATF)

salam sejahtera... bersua lagi dengan entri bagaimana menukar minya gear auto berserta dengan filter minyak gear. kebiasaanya minyak gear auto disebut juga sebagai automatic transmission fluid (ATF). setiap 40k km disarankan agar menukar minyak gear auto sekali dengan filter untuk gearbox auto dan setiap 20k hanya menukar minyak sahaja, ini bermaknan dua kali tukar minyak auto, sekali berserta dengan filter. berikut saya tunjukkan step bagaimana proses ini boleh dilakukan secara DIY sahaja di rumah anda


kotak filter minyak auto untuk 4G9X/wira dengan harga sekitar rm24-30 sahaja di mana-mana kedai spare part. di samping brand mitsu ini masih ada lagi brand lain yang boleh anda pilih bergantung pada kehendak anda sendiri. harganya pun ada beza sikit


di dalamnya terdapat filter minyak dan gasket sekali, hati-hati dengan gasket supaya jangan patah, kalau patah masa pasang nanti boleh menyebabkan kebocoran minyak gear


terlebih dahulu jack kereta dan perlu juga menggunakan jack stand kerana banyak kerja akan dilakukan di bawah kereta, sebagai langkah keselamatan makan hendaklah memnggunakan jack stand, jack tan itu pun tetap digunakan


buka nat 10mm yang kesemuanya terdapat 12 biji nat pada oil pan gear auto


setelah kesemua nat dibuka, untuk mencabut oil pan anda perlulah mengumpil dengan berhati-hati pada bahagian yang bersambung antara oil pan dengan gear box. cari tempat yang berlubang bahagian hadapan gear dan umpil dengan menggunakan screw driver flat. gambar atas tu ialah filter minyak gear auto masih melekat pada gearbox


inilah filter minyak gear auto, untuk mengeluarkannya perlu membuka 4 nat 10mm pada filter tersebut. manakala di dalam oil pan kebiasaannya terdapat 4 bijik magnet untuk memerangkap habuk besi akibat geseran gear


inilah rupa minyak yang melekit pada filter, kalau lagi lama filter tak tukar bertambah teruklah kotoran minyak yang melekat pada filter. sludge minyak kotor melekat pada filter


bersihkan sisa gasket lama pada bahagian gearbox, boleh gunakan scrapper nipis dan berhati-hati kikis gasket lama sehingga bersih


proses mencuci oil pan dan ternyata pada dasar oil pan ni memang minyak hitam melekit dan pekat. bersihkan dengan air dan sabun


dengan menggunakan scrapper kikis perlahan-lahan sisa gasket pada bahagian tepi oil pan


dah siap dibersihkan


blow dengan blower supaya air dapat dikeringkan dengan cepat


pasang dahulu filter seperti kedudukan asal


letakkan gam gasket seperti permatex ultra grey di sekeliling oil pan dan gasket bahagian atas seperti gambar di atas


pasang balik oil pan dan ketatkan nat oil pan dengan kekuatan 3nm sahaja. tunggu sekitar 2 jam barulah boleh memasukkan minya ATF yang baru. bila dah siap hidupkan kereta dan perhatikan sekeliling oil pan takut ada kebocoran, selalunya kalau gasket dipasang dengan betul dan kekuatan nat sekata tidak menjadi masalah, mudah-mudahan tak bocor

sekian, terima kasih
jumpa lagi

35 comments:

Anonymous said...

bro kalau gearbox manual sama jugak ke?

jeff_tacra said...

gear manual lain caranya, try search dalam entri blog mengenai gear manual, dah ada dalam ni

airil said...

salam, bro Jeff, ade info tak gearbox Waja 4G18?

banyak pomen cakap takde filter? betul ke Bro Jeff?

ferminator said...

wah thanks kerana sharing bro...

dlm bulan ni dah plan tukar AT oil 4g91 ni..at least adela skit rujukan apa2

Anonymous said...

assalamualaikum bang jeff..ada tak wiring untuk auto gearbox 4g91?boleh email tak kat saya..boyfandi85@yahoo.com..enjin dah pasang tapi wiring gearbox tu yang saya tak tahu..colour code tak sama..

Pyanto said...

Salam Bang Jeff,

Kalau persona campro F4A42 punye auto gearbox tu pun lebih kurang mcmni jugak ke? atau gearbox kene bukak dari enjin jugak?

tq

Nasrul Hakim said...

salam, bro Jeff, ade info tak gearbox Waja 4G18?

banyak pomen cakap takde filter? betul ke Bro Jeff?

jeff_tacra said...

Saya pun tak pasti gearbox waja ada filter atau tidak

Yusmaini Abdullah said...

as-salam bro jeff,,klau gsr auto sam mcm wira punya ek filter dia..

jeff_tacra said...

wira dengan mitsu kongsi barang yang sama

Anonymous said...

Salam broo.. sy guna wira auto 1.8 masa kelajuan dlm 80kmj tetiba jer enjin mengaum.. ada masalah gear box ker?? Tq.

jeff_tacra said...

Keadaan macam ini disebabkan oleh masalah gearbox

yuzairi said...

Salam, kalu tombol gear auto terasa kasar semasa menukar gear P ke R, adakah gearbox ada masalah? atau ada punca2 lain? tq

skywalker lucas said...

Baru ni ada tanya kedai sparepart kt ampang harga untuk gearbox filter waja.. Tauke sebut harga dlm rm 300. Betul ker itu harga market semasa..

skywalker lucas said...

Baru ni ada tanya kedai sparepart kt ampang harga untuk gearbox filter waja.. Tauke sebut harga dlm rm 300. Betul ker itu harga market semasa..

azamfeez said...

panduan untuk enjin sr20 auto ada x...

sham safwan said...
This comment has been removed by the author.
sham safwan said...

salam bang jeff....MD737840 ni blh guna utk 4G13/15 jugak ka? kalau tak, blh tlg bagi part number yg berkenaan? bebanyak t.kasih

Usaki Sandrum said...

Thanks you, bro.. mohon share info..(^_^)

badiku said...

Gen 2 ATF filter camne nak buka

badiku said...

Gearbox takder oil sump semua solid

badiku said...

Mohon petunjuk

Grecon Saw said...

Bang jef... boleh tunjukkan cara2 nak tukar filter atf viva auto.... selain tu perlukah untuk lakukan reflushing?

Grecon Saw said...

Bang jef... boleh tunjukkan cara2 nak tukar filter atf viva auto.... selain tu perlukah untuk lakukan reflushing?

Anonymous said...

Salam Jeff.. Berapa kti ATF Exora CPS. SC guna 5 botol (5liter). Sy masukkan 4liter dah melebihi paras cold/hot. Dlm manual kata jgn melebihi paras berkenaan. TQ. Abd Manan

emelda Wana said...

Askum
fillter gearbox 91 sama ka dengan fillter 4g15 auto

Jeff Tacra said...

sama sahaja antara 4g91 dengan proton wira auto

emelda Wana said...

Ada yg mengatakan wira 1.5 auto x sama filter gb dgn 91 auto
kena pakai filter wira 1.6 auto
sy pn da pening
da la x pernah 2kar filter masa ambil hafcut

emelda Wana said...

Salam sukatan minyak gb auto sampai cool ka sampai hot.cek mcm minyak enjine ka

M2 Toys said...

A'kum kalau alza cam mana pula caranya.alza ada filter tak.kalau ada boleh tak tunjuk cara2nya.TQ

Anonymous said...

Assalam En Jeff.. kt mana ada jual parts utk gear box auto.. spt selenoid dan clutch auto... kereta saya satria 1.6xli, tq

kamarul kamarudin said...

Assalam abg
Sy pengguna proton wira auto 1.5 tahun 2000.tahun lepas sy br tukar gearbox
spec jepun..masalah yg sy hadapi gear cepat sgt bertukar.contoh gear 1 ke 2
xada masalah.2ke 3 cepat dlm 40km dah bertukar gear..bila sy tekan pedal minyak
sikit gear bertukar ke 1.dan bila sy lepas sikit dan tekan balik baru masuk gear dua. Dengan kepakaran abg apa masalah kereta sy
ek..kena tukar gearbox lain ke..harap abg paham soalan yg sy kemukakan ini

john doe said...

Assalamualaikum abg jeff, rekomen brand minyak gearbox yg sesuai utk wira auto 1.5. Terima kasih.

Jeff Tacra said...

saya cadangkan kalau minyak auto proton lebih baik menggunakan atf original keluaran proton sendiri

Chakey Chakey said...

Abg jeff, saya dah beli barang2 nk tukar minyak auto mcm yg diceritakan kat atas. Cuma nk tahu nanti nk isi minyak auto tu ikut lubang mana?