bersua kembali. entri diy kali ini saje untuk mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan yang orang lakukan. selalunya lampu fender signal orang sambung terus ke lampu kecik untuk hidupkan lampu apabila on suis lampu, jadi masa on signal lampu ini akan berkelip-kelip berlawanan dengan kelipan signal asal. saya buat eksperimen ini iaitu dengan menambahkan bulb kecik pada fender signal, jadi on lampu terus hidup dan kalau bagi signal bulb signal tu pulak akan kelip-kelip seperti biasa
signal fender flat evo yang boleh diperolehi sama ada evo1 - evo3. bentuk sama macam wira atau waja tetapi permukaannya flat atau rata sahaja, manakala proton punya ada sedikit timbul atau cembung. ini sahaja yang berbeza antara mitsu dan proton
boleh diperoleh di kedai halfcut dengan harga rm30-rm50 sepasang. dalam mudah pun kebiasaannya ada runner yang menjual dengan harga yang murah. sekarang dah banyak dijual dalam facebook, contact atau pm je mana-mana trusted seller, bank in dan seterusnya nanti seller tersebut akan pos ke alamat kita. cukup mudah nak beli sekarang, tak perlu lagi ke hulu ke hilir mencari di mana-mana kedai halfcut
signal ni flat pada bahagian depan jadi akan nampak rata apabila dipasang pada fender kereta, agak berlainan sedikit dengan signal fender standard wira/satria/putra dan seangkatan dengannya
asingkan lock signal iaitu plastik yang berwarna putih seperti gambar di atas
gunakan hand drill untuk menebuk lubang pada bahagian tepi kemasukan bulb asal, lubang yang ditebuk itu hendaklah bersesuain dengan bulb yang hendak pasang nanti
lubang yang siap ditebuk
di sisi signal tersebut ialah bulb dan soket yang saya ambil dari dashboard iaitu mana-mana lampu pada dashboard, kebetulan saya ada wiring dashboard yang tidak dipakai, maka boleh digunakan untuk menjalankan diy ini. mentol ini sebenarnya kecil sahaja sama seperti bulb di bahagian belakang cigar
masukkan bulb dan soket, boleh letakkan sedikit gam gasket atau silicon sealant pada bahagian yang dimasukkan ke dalam lubang supaya tidak dimasukki air
dah siap mod sepasang fender signal