Crossmember & Gearbox mounting

bersua kembali dengan entri diy kali ini ialah bagaimana menukar mounting crossmember dan mounting gearbox wira/mitsu sama ada enjin 4G13/4G15 ataupun 4G91/92/93. sekiranya terasa gegaran ketika drive atau rasa bagaikan enjin bergoyang maka sudah sampai masanya anda menukar enjin mounting kereta anda sama ada mounting crossmember depan atau belakang, mounting gearbox serta mounting pada bahagian timing belt kereta anda. owner kereta ini menukar satu set mounting pada enjin kereta 4G92 dan memang terasa perubahan sebaik sahaja selesai kesemua mounting dipasang. enjin tidak lagi bergegar atau bergoyang sebelum pasang mounting kerana mounting asal kereta ini telah ada beberaa bahagian telah koyak akibat wear & tear

terlebih dahulu crossmember kereta hendaklah dikeluarkan untuk menukar mounting pada bahagian ini dan kerja-kerja membuka crossmember ini dilakukan di bawah kereta, jadi perlu anda menggunakan jack stand untuk menahan kereta dan tidak digalakkan hanya menggunakan jack biasa

nat crossmember yang perlu dibuka

crossmember yang telah dikeluarkan

mounting bahagian hadapan crossmember

mounting belakan crossmeber iaitu agak kecil sedikit daripada mounting hadapan

mounting baru brand mitsu

buka nat pada mounting

mounting baru, perhatikan lubang pada bahagian kanan mounting iaitu sebagai marking untuk dipasang pada crossmember nanti. marking berlubang tu mestilah menghala ke hujung mounting sama ada mounting hadapan atau belakang

mounting belakang yang siap dipasang, perhatikan marking lubang tu menghala ke hujung crossmember

dah siap pemasangan mounting crossmember dan bersedia untuk dipasang pada kereta

4 getah yang terdapat pada bahagian dalam fender sebelah driver ialah tempat nat mounting gearbox dipasang, jadi perlulah ditanggalkan getah ini terlebih dahulu sebelum membuka nat mounting gearbox

buka 4 nat mounting gearbox

barulah nat mounting dibuka pada bahagian mounting berkenaan, ampu enjin pada bahagian bawah kereta dengan menggunakan jack

mounting lama yang dikeluarkan

mounting yang telah sempurna dipasang pada tempatnya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 comments:

Anonymous said...

tuan skrew crosmember yg melekat kat fram sebelah bawah tu loss, tinggal satu je tuan. apa penyelesaiannya tuan....carlos

jeff_tacra said...

kena buat thread baru...

Anonymous said...

salam bro jeff. sy nk tnya ckit.
knp lepas tkr mounting yg full fubber pnya,
engin bila on air cond je jadi vibrate gile2...
knp ye, mntk tolong sgt2 jelaskn..

Anonymous said...

soalan yg sma..knp pkai fully rubber vibrate gila2 enjin...mcm x slesa plak..tlg jwb bro..

Anonymous said...

Memag bergegar pakai fully rubber...pakai stendet ke

jeff_tacra said...

pakai fully rubber macam mounting evo akan bergegar kerana rubber tu keras sikit, tak dapat menyerap vibrate dengan baik, tapi kalau enjin berat macam evo tak ada masalah

Anonymous said...

abg jeff,apa simpton2nye bila mounting nie dh rosak?

jeff_tacra said...

enjin akan bergegar kuat

cikgu bmx said...

Boleh x saya buat modifikasi kt mounting enjin yg dh koyak tu? Macam kt website ni, http://importnut.net/motormount.htm. Customized supaya xde freeplay tp still absorb vibration enjin? Ada sesapa yg sudi utk jd tikus makmal sbg bahan ujikaji

Anonymous said...

Slm perkenalan abg jeff..nak tanye ? Sa ada keta kancil...problm nya sme jga bergegar ketika memandu ...adaka mounting crossmember punca gegaran ni .??..sebb keta pernah accident dulu...

Ted Tazor said...

Salam abg jeff..klu pasang mounting xikut lubang marking tu ape jd ek?

Khairul Din said...

Kemah blog baru ni abg jeff. Doh kalau nak start jln enjin rasa gegar guaner pulak tu abg jeff. Pah dlm keter abih gegar. Baru ni ada tukar clucth. Bila nak jln gegar.Tukar mounting pun sama jgak. Pening pala. Mohon jasa baik abg jeff berkongsi pendapat hehe... Selamat Hari Raya

Unknown said...

Pakai clutch pe?Exedy local? kalau local mmg starting gerak gegar. normal.

faiz norman said...

Flywheel calar kot.

QimiQimon said...

Bpe harga crank shaft kelisa ya?

Syamsul Fakhri said...

Sy tukar clutch exedy japan . Gear 1 dan reverse gegar kuat. Pomen sruh tukar mounting plak. Aduii sama je kes. Kalau xsetel jgk bazir duit