Engine Oil Pressure

Bersua lagi dengan entri bagaimana menaikkan tekanan minyak dalam sesebuah enjin. untuk enjin hi rev seperti mivec perlukan pressure minyak tertentu untuk membolehkannya beroperasi ke tahap  optimum dan sekiranya pressure minyak rendah kemungkinan boleh menyebabkan mivec tidak aktif. jadi di sini saya tunjukkan cara-cara bagaimana proses untuk meningkatkan tekanan minyak di dalam enjin khususnya enjin dalam kelompok 4G9x

Terlebih dahulu anda hendaklah membuka oil sump iaitu takungan minyak hitam sebelum abda dapat melihat nat 22mm pada oil pump berkenaan, kalau enjin mitsu generasi 4G9x oil pump terletak pada bahagian sebelah timing belt. sebenarnya tidak perlu mengeluarkan oil pump dari enjin, saya buka oil pump ini kerana kebetulan hendak servis, jadi anda boleh melakukan proses meningkatkan oil pressure dengan oil pump masih melekat pada kereta

ini merupakan oil pump (kanan) dan disebelahnya ialah oil screening (kiri) untuk menyedut minyak hitam oleh oil pump untuk dihantar ke keseluruhan bahagian enjin hingga ke head pada bahagian atas. cuba bayangkan kalau enjin mivec yang telah dimasukkan blok 1.8, blok akan tinggi sedikit daripada keadaan standard maka perlulah pump yang kuat untuk menyebarkan minyak ke serata tempat

bahagian luaran pump dan kelihatan juga oil seal crankshaft, kalau dah buka oil pump seperti ini maka sebaiknya tukar sekali oil seal dengan yang baru kerana sekiranya berlaku kebocoran maka perlu membuka timing belt untuk mengeluarkan oil seal ini, harga oil seal crankshaft brand viton ialah rm18.00 di kedai spare part

anda akan nampak nat besar yang bersaiz 22mm seperti di atas dan inilah nat yang di bahagian dalamnya mengandungi relief spring untuk menahan minyak dan seterusnya meningkatkan tekanan minyak bagi sesebuah enjin

gunakan spanar yang bersesuaian untuk membuka nat 22mm dan elakkan menggunakan spanar biasa yang bentuk U kerana nat ini agak ketat, gunakan spanar seperti di atas

kelihatan relief spring dan cap pada bahagian atas spring serta nat 22mm yang dikeluarkan daripada housing oil pump

relief spring, cap sebagai valve untuk tekanan minyak dan nat 22mm

bahagian dalaman nat tempat yang akan dilmasukkan washer nanti

 lubang relief spring

 washer yang boleh diperolehi di kedai spare part

untuk projek ini saya hanya menggunakan beberapa keping washer untuk menjadikan ketebalan hampir dengan 4mm, dan ketebalan sebenar yang diperoleh ialah hanya 3.77mm sahaja. ketebalan ini sudah memadai dan hasilnya akan ditunjukkan pada video bahagian penghujung entri ini nanti

masukkan washer ke dalam lubang nat 22mm tadi

washer yang telah dimasukkan ke dalam nat dan pastikan tidak senget dan rata kedudukan washer berkenaan

masukkan cap atau valve pada hujung spring bahagian atas dan bahagian bawah spring masukkan nat tadi dan seterunya pasang seperti asal pada oil pump, ketatkan nat secukupnya

oil pump yang sudah dibersihkan dan bersedia untuk dipasang pada blok enjin

hasilnya kalau sebelum ini apabila saya menekan pedal minyak semasa idling max oil pressure yang dapat sekitar 75 - 80 psi sahaja dan apabila washer diletakkan pada relief spring dengan ketebalan lebih kurang 4mm sahaja, pressure telah meningkat kepada 100 - 110 psi ketika pedal minyak ditekan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

23 comments:

mohd zubayrie Ery said...

terbaik abam jeff...

kent1189 said...

I like the way you share ur knowledge with others bro..

yentz said...

baru la nampak cm mane lapik washer tu..biase dok dengar jek org kate lapik washer bg pressure kuat..

so skrg bacaan pressure time mivec on berape bro?

jeff_tacra said...

masa test gear 3 pressure masa nak on mivec 100psi dan bila mivec aktif pressure drop to 75psi

maxXximus said...

salam abg jeff ...

boleh tanye tak ... kalau series 4G9x ni kan selalu bermasalah dgn bunyi tepet kat bhgian head akibat oil lifter tak cukup mantap sbb dah lama guna ... so mungkin tak dgn kaedah yg sama boleh counter masalah bunyi kat bhgian head tu ?

mohd fakhri said...

abg jeff..4g15 ley buat tak?pe kesan nya?

Anonymous said...

nk tnya soalan yg sama jgk..utk 4g15 buat cara sama ke?kedudukan skru sama jgk?

jeff_tacra said...

Mana-mana oil pump akan ada relief spring, konsep sama sahaja cara buat

Anonymous said...

4g13 boleh?ape kesannye?

Mohd Tarmizi Gee said...

salam bang nak tnya sikit... saya ada masalah oil pressure nie.. masa enjin sejuk presse dia ok.. dlm 22psi... tp bila dah run enjin panas presse dia jd bawah pada 5psi... oil pump dah tukar.. ok sekejap saja.. jadi balik.. apa masalah nye yea.. enjin 4g93..

Anonymous said...

salam..kalau buat kat oil pump campro boleh jgak ke?

Anonymous said...

bacaan meter gauge tengah idle 5-6bar ok ke? selalunya kalau oil pump rosak..die rosak bahagian mana?

Anonymous said...

Halo Bro jeff.. pa prblem r,lau minyak hitam tak naik ghead,sket je minyak yg naik ghead... sy pakai keta iswara 1.5,dah tukar blok n tkr head,sbb dah pecah hari tu... tq

jeff_tacra said...

kena cek oil pump takut tak kuat untuk hantar minyak ke head

Samsul Bin Umin said...

Salam abg jeff..knapa ada bunyi knocking selepas sy naikan tkann minyak mcm abg jeff buat ni.

Fandi Jamat said...

untuk 4g15 adakah digalakan atau tak bang jeff?

BIZUKA said...

kalau eng oil terlalu banyak naik keatas,agak2 cepat x dia turun..

adi c99 said...

Tekanan angin kat top head kuat jadi minyak akan turun ke bawah serta merta

adi c99 said...

Tekanan angin kat top head kuat jadi minyak akan turun ke bawah serta merta

adi c99 said...

Tekanan angin kat top head kuat jadi minyak akan turun ke bawah serta merta

Richard C. Lambert said...



Pressure washer Elk Grove CA: Araya Clean Property Services provides excellent pressure washing Elk Grove CA. We serve customers 24/7 on their schedules with our exclusive, EPA compliant systems.
best electric pressure washer

Anonymous said...

Salam abg jeff..kalau kita bg naikkan tekanan myk mcm td tu lapik spring,ade kesan ape2 x nti..takut2 nti ada oil hose kt mana2 tercabut ke sbb tekanan myk kuat sgt.

Hanif Anip said...

Salaam sya nk tanya knapa minyak engine xnaik ke head mnyk xde percik langsung..ke oil pump rosak..mintak keterangan..toyota hiace 1rz