re-Spray Rocker Arm Cover

bersua kembali setelah sekian lama menyepi di bulan ramadhan ini, aktiviti diy tidak banyak dilakukan hanya melibatkan kerja-kerja ringan sahaja. entri kali ini menceritakan bagaimana kita hendak mengembalikan semula seri rocker arm cover yang kusam akibat cat lama dan sebagainya

kali ini saya tunjukkan langkah diy untuk re-spray rocker arm cover mivec, boleh juga diaplikasikan terhadap mana-mana rocker arm cover yang lain, kaedah dan caranya lebih kurang sama sahaja. kelihatan cat yang berwarna biru di atas agak kusam ataupun sudah tidak secantik semasa mula-mula cat dulu

dengan menggunakan paint remover ataupun paint stripper for metal kerja-kerja menanggalkan cat lama begitu mudah sekali. bahan ini boleh diperolehi di mana-mana kedai hardware dengan harga bawah rm10 sahaja dan seterusnya berus mestilah ada untuk memudahkan kerja menyapu bahan ini pada rocker arm cover nanti. berhati-hati kerana paint remover ini terasa begitu pedih kalau terkena kulit

setelah disapu dengan paint remover biarkan seketika dan anda perhatikan cat mula menggelupas dan pada masa inilah kikis cat lama ini perlahan-lahan. ketika ini cat menjadi lembik dan kikis sebelum cat mengeras kembali

sapukan paint remover berulang kali sambil kikis cat berkenaan dengan berhati-hati dengan menggunakan scrapper, jangan calarkan permukaan rocker arm cover ini sebab sekiranya calar perlu gosok kembali dengan kertas pasir

langkah terakhir ialah sapukan bahan ini dan dengan menggunakkan semburan air paip yang kuat halakan kepada rocker arm cover dan pada masa ini didapati kesan cat lama begitu mudah ditanggalkan dan hasilnya seperti gambar di atas ini

cat lama sudah tiada dan nampaklah metal sebenar rocker arm cover ini

gunakan masking tape untuk menutup mana-mana ruang yang tidak dikehendakki terkena cat seperti lubang kemasukan minyak hitam, sekeliling lubang plug dan lain-lain yang difikirkan perlu

dengan menggunakan 2 jenis cat ini anda akan nampak hasilnya nanti pada bahagian setersunya. pertamanya saya menggunakan cat hitam hi temp sebagai undercoat, spray nipis dahulu sebagai layer pertama tunggu hingga 10 minit dan spray lagi layer ke-2 dan begitulah seterusnya sehingga 3 layer sahaja. di sebelahnya ialah chipping coat iaitu cat menggerutu

ini ialah undercoat setelah dispray dengan 3 layer menggunakan hi-temp black color

spray chipping coat layer pertama dan biarkan kering selama 10 minit

spray lagi layer ke-2 dan tunggu 10 minit lagi

spray chipping coat layer ke-3 dan biarkan kering dan seterusnya boleh buka masking tape yang ditampal tadi

inilah hasil layer ke-3

hasilnya nampak menggerutu dengan kos yang murah sahaja

close-up rocker arm cover mivec yang dispray menggunakan chipping coat

hasilnya anda lihatlah sendiri pada engine bay ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi

20 comments:

Anonymous said...

kat kedai mane leh dapatkan chipping coat ni? saya area teganu gak

Gagak Itam said...

wow smart!

kroll said...

Saya pun nak tanya gop abg jeff ... mane nk dptkan chipping coat ni? kt K.Trg ... tapi saya nak colour merah ...

eirsuy said...

kalu nak lagi senang g beli spray bancuh siap menggerutu kat cheng seng,gong kapas ,RM25 jea.siap dia masukan dalam tin spray.pilih jea nak warna ape,high temperature lagi.nak diy rim sendiri pun boleh,spray gam lg.,selamat mencuba

Syed Arifuddin said...

cheng seng? boleh masuk dalam tin spray? ke pakai air gun? RM25 tuh seliter ke? betulan aku nih area teganu gok

Pee Dee Mari said...

bro,nk tanye skt la..caner nk hilangkn garis merah kt panel air cond digital gsr,tulisan dia pn dh kabur..agak2 klu cr kt half cut,baper market harga panel air cond tue ek?

jeff_tacra said...

agak susah nak hilang garis merah tu, kena tukar beberapa komponen di dalam panel. harga oanel digital sekarang sekitar rm250 ke atas

Pee Dee Mari said...

okay,terima kasih..

Haimie said...

asslm ,di mana boleh dapat chipping coat tu bang ?

Anonymous said...

nak tanya kalau dah bukak rocker arm ni, nak pasang balik tu kena apply gasket baru gak ke camner?

jeff_tacra said...

Gasket lama kalau masih lembut lagi boleh pakai balik, letak permatex sealant dulu. Klau dah keras boleh beli baru kat spare part

Anonymous said...

tgk tin ciping coat tu pun dah tau bukan beli kat Malaysia

Mohd Hadi Rahmat said...

Kalu nk spray kaler lain dri hitam, guna under coat hitam jgk ka?

Anonymous said...

abam jef...saya rasa kalau abam jef buat jual chipping coat tu pon ramai yg nak membelinya...sayapon nak,kala merah...hehe

jeff_tacra said...

nanti saya akan usahakan, terima kasih

Super4G91 said...

abg jeff, sy nak beli chipping coat....warna purple or biru....minx abg jeff order n jual kepada sy....sy berminat nk tukar rocker cover mggerutu plak...dah bosan kaler biasa nih....
nih email sy
fairul.azua@yahoo.com
0132113445

Anonymous said...

assalamualikum...
bang, sy berminat nak bli spray ni...
nak bli set kalu bleh...
nak kaler purple 1 tin dahulu...
berminat sgt2...
ni no fon sy 012-9911369...
jasa baik abg saya harap kan...
trima kasih...

Anonymous said...

bang jeff. paint remover ni leh pakai x kat sport rim? kire nk tukar warna rim la ni..

Anonymous said...

saya dah jumpa spray yg sejenis result mcm ni.. tp pilihan warna x byk... harga dia agak mahal sbb siap high temp..around rm65 per bottle..

saya said...

Salam, bole tunjukkan tak camna nak cabut rocker head.. do and don't. Takut kang bukak leaking habis pula.

tq.