Hubcentric Spacers

Berjumpa lagi... agak sibuk sikit sekarang terutamanya pada hujung minggu dengan kerja-kerja lain lebih penting, oleh itu blog agak lambat diupdate. namun, saya akan pastikan juga akan ada bahan tertentu yang akan dimuatkan dalam blog saya ini pada setiap bulan. entri kali ini ialah proses pemasangan spacer yang ada hub centric iaitu, center cone sekali dengan spacer alloy. kebanyakan spacer biasa tidak dibuat sekali dengan hubcentric dan ini boleh menyebabkan gegaran berlaku terutamanya pada kelajuan tinggi

saya beli kat US secara online memandangkan kat negara kita ini agak payah untuk mendapatkan spacer with hubcentric. gambar atas ialah barang baru direct dari luar negara, lebih kurang hampir 2 minggu kebiasaannya baru barang diterima

inilah rupa hubcentric spacer iaitu spacer yang ada center cone sekali, pastikan semasa membeli hubcentric betul-betul sesuai dengan hubcentric asal kat kereta kita kerana hubcentric tersebut akan betul-betul fit masuk pada kereta, tidak ada free play

spacer ini dibuat daripada alloy bermutu tinggi dan amat ringan jika dibandingkan dengan spacer biasa. tujuan saya menggunakan spacer ialah supaya offset rim akan terkeluar sedikit memandagkan rim saya offset 43 nampak ke dalam sikit daripada fender kereta. jadi saya gunakan spacer 10mm dan jika ditolak dengan offset rim bermakna offset rim pada kereta saya sekarang menjadi +33, nampak gagah sikit kedudukan tayar pada kereta dan pemanduan pun akan menjadi lebih stabil

huncentric sebenarnya boleh diasingkan dari spacer seperti pada gambar di atas

test dulu masukkan hubcentric atau kita lebih mengenalinya dengan nama center cone pada hub asal, memang fit dan tepat-tepat masuk pada hub asal, saya gunakan hub dan knuckle evo3

test masuk spacer memang cantik kedudukannya, dan kelihatan nat rim dah jadi pendek jadi terpaksalah kita tukar dengan stud yang panjang yang dapat sekali dengan spacer yang dibeli

 ini stud dapat sekali dengan spacer, kesemuanya 8 batang
kelihatan stud berbeza sedikit dengan yang standard pada kereta, agak panjang

sebelum memasang stud yang baru kita kena ketuk keluar stud asal dengan tukul untuk mengeluarkannya dari kereta, ketuk dengan berhati-hati dan stud ini agak mudah dikeluarkan melalui bahagian belakangnya

  pasangkan stud baru dengan cara seperti di atas

dah siap pasang stud baru

gambar sebelum spacer dipasang, rim nampak agak ke dalam sikit sebab offset rim +43. kalau nak cantik boleh gunakan offset rim +35 - 39 tetapi kalau 35 tayar akan sagat sedikit pada fender kalau kereta terlalu lowered

dah siap pasang spacer dan akan nampak kedudukan rim terkeluar sedikit dari fender

sekian, terima kasih
jumpa lagi

17 comments:

Anonymous said...

Salam abg jeff, berapa RM ini barang satu set.?

Anonymous said...

A'kum abg jeff, boleh x abg jeff buat entri berkenaan cara2 bagaimana beli brg secara online, saya rasa pasti ramai yg ingin mengetahuinya..

Anonymous said...

hub dan knuckle wira 1.3/1.6 blh muat x dgn saiz hubcentric ni abg jeff?

jeff_tacra said...

hub wira kecik dan hub yang ni besar so masa beli kena tau saiz herapa mm hub wira, memang ada macam-macam saiz

Anonymous said...

salam abg jeff, hub centre elok pasang kt hadapan sahaja atau dgn belakang skali ?
sbb market jual 4 bijik.... setahu saya yg main
peranan penting tayar hadapan kan....?

jeff_tacra said...

biasa pasang kat depan je tapi lebih baik pasang kesemua tayar

Anonymous said...

Salam abg jeff, saya nak tau mcm mane nak beli barang ne secara online??
Macam mane kita nak ukur saiz hub??
Minta abg jeff dpt terang..
Terima kasih..

Jai_TurboBee said...

Bang Jeff, braper rm85 sepasang? bleh orderkan tak utk Jai? 5lubang punya pcd 114.3

Anonymous said...

salam bro jeff..brp rm beli tu?nak beli on line tp x reti ar..beli nak ajar cra2 nk beli on9 nie

jeff_tacra said...

Harga hampir 300 dan kos postage agak mahal sikit. Nk beli kena regiter akaun pay pal dulu

MIE said...

Salam. Bang..nak tanya...saya pakai Satria Neo CPS yang tayarnya mmg termasuk ke dalam sedikit. Boleh tak abang suggestkan kat mana saya boleh dapatkan Hubcentric Spacers yang sesuai untuk satria NEO CPS? Termasuk ke dalam lebih kurang abang punya kereta ni.

jeff_tacra said...

kedai performance ada jual spacer ni tetapi saya tak pasti sama ada dapat sekali hubcentric atau tidak. kebanyakan yang jual hanya spacer sahaja dengan saiz tertentu

MIE said...

kalau saya dah pakai spacer pada rim original yang mmg tak pakai center cone...perlu ke pakai hubcentric lagi? Saya pun kurang arif...hubcentric tu ialah center cone kan?

jeff_tacra said...

hubcentric tu macam center cone tapi mengikut saiz asal hub kat kereta

Anonymous said...

pe website untuk abg jeff cari barang2 n order kat luar negara ni..nk blajar jugak cara nk beli online ni..

Power Tool said...

salam tuan...
rasanya banyak dah tuan kongsi ilmu kat sini tapi satu pun tuan tkde kongsi cara untuk beli barang dan melalui link mana tuan beli.

bagi saya jika barang yang tuan tunjuk melibatkan pembelian dari oversea dan tiada jual di Malaysia, tak perlulah tuan show off dalam blog ni. tuan pamerkan diy barang yang boleh didapati di Malaysia saja.

sbb kita lost bila tuan tunjuk diy tuan, tiba2 barang dibeli dari oversea bila ditanya cara beli atau dari web mana dan for sure tuan takkan jawab. so bagi pendapat saya diy begini hanya untuk tuan seorang saja.

apa pun untuk diy lain, tuan mmg terbaik.

sekadar pendapat.
t.kasih.

jeff_tacra said...

Buka mana-mana web yang menawarkan pembelian online dan register kat sana, just ikut step yang diberikan. Saya pun tak pernah belajar dengan orang lain, hanya explore sendiri je