Odometer Problem - Lipasfly MoonCraft

entri kalai ini sebenarnya hasil sumbangan rakan FB saya, terima kasih kepada Lipasfly MoonCraft atas perkongsian dan ehsan gambar mengenai masalah odometer yang tidak berfungsi dengan sempurna. dalam hal ini speedometer dapat berjalan dengan baik tetapi odometer iaitu angka untuk mileage gagal berfungsi, jadi sudah sampai masanya untuk kita buat sesuatu. ikutilah gambar dan langkah yang berikutnya

ini ialah meter kereta satria 4G13 yang odometernya gagal berfungsi dengan sempurna. untuk menjalankan diy ini terlebih dahulu keluarkan meter dari tempatnya, cara untuk keluarkan meter dari dashboard telah ditunjukkan pada entri yang lalu, sila rujuk semula

asingkan cermin meter dari housingnya, tidak mempunyai apa-apa skru hanya ada klip sahaja pada bahagian atas dan bawah meter, umpil klip dengan berhati-hati

sediakan juga gam yang sesuai seperti rapid steel 4 minutes epoxy. brand lain boleh digunakan juga

kertas pasir grit 800 atau 1000

apabila meter telah dibuka, jarum speedometer yang berwarna merah itu perlulah dipisahkan dari meter iaitu dengan hanya menarik ke bahagian hadapan meter dengan berhati-hati

setelah jarum speedometer dapat dikeluarkan, buka 2 skru kecil seperti di atas yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan speedometer

perhatikan jarum meter telah dikeluarkan, begitu juga dengan 2 biji skru pada bahagian kiri dan kanan tempat speedometer

keluarkan pula panel meter (penunjuk km tersebut)

buka 3 biji skru yang menempatkan odometer pada housingnya

 perhatikan panah yang menunjukkan gear berwarna hijau, gear inilah yang selalunya bermasalah yang menyebabkan odometer tidak dapat berfungsi dengan baik. kebiasaannya gear dah loose iaitu hanya batang tengahnya sahaja yang berpusing, gear hijau tu tidak turut serta berpusing

gear hijau ini perlu dicabut

apabila gear dicabut gunakan sedikit kertas pasir untuk mencuci batang gear hijau tersebut. gunakan sedikit gam dan letakkan pada batang gear hijau tadi dan pasangkan semula gear tersebut

pasangkan gear seperti kedudukan asal

pasang semula pada housingnya

 pasangkan balik panel meter seperti asal dan bolehlah pasang meter pada dashboard. tunggu dahulu supaya gam tadi betul-betul kering sepenuhnya. kalau gam rapid steel seperti di atas mengambil masa hanya 4 minit untuk melekat dengan baik. sekali lagi terima kasih kepada rakan FB saya - Lipasfly MoonCraft

sekian, terima kasih
jumpa lagi

37 comments:

Nizam Jek said...

Assalamualaikum abg jeff, minta tolong ajar camne DIY meter rpm iswara lak....meter sy kondem la bang...

jeff_tacra said...

meter rpm agak sukar untuk dibaiki kerana menggunakan signal tertentu dari enjin untuk menggerakkannya

Zack said...

Saya ada pernah nak check kat gear tue, cz selalu stuck kat no 9 jer... tp jarum meter terlalu ketat nak buka, termasuk jarum minyak dgn temp.. ada cara len x??

Anonymous said...

salam abg jeff,nk tanya jarum meter saya turun naik laju,bergoyang2 mcm jarrum mesin timbang,adakah puncanya sama yerk abg jeff?Saya punye meter integra da6

Anonymous said...

salam bro jeff, nak buka jarum meter tu ketat sgt lah.. takut patah pulak klau ganas2 nnt.. ada cara lain tak nak buka dgn senang... samada panaskan dulu guna hairdryer ke.. atau ada cara lain..

mr.q said...

abg jeff,kalo speedometer tu,meter speed je problem (at certain speed bru dier mlonjak naik harum dier) tp odometer tu oke je..pe problm ye?cable or meter?

Anonymous said...

Salam Abg jeff, sbenarnya gear cast iron tu pun selalu bermasalah juga, lubang tmpat memasukkan batang tengah tu menjadi longgar, saya biasa juga buat diy gear plastik dan gear cast iron tu

satria 1.3 oem said...

salam abg jeff
klu tuka bulb meter kpd jenis LED warna biru kat meter proton 1.3 cam entry nie ade effect ke?
ke die same cam meter wira memang dah sedia warna hijau, jadi tetap akan keluar hijau jugak nanti?

Anonymous said...

salam abang jeff...saya telah membuat DIY terhahadap odometer wira saya malangnya semasa saya memasang balik..saya terlupa kedudukan span bulat warna hitam..diamana nak letak tu ye..??

Lipasfly MoonCraft said...

jarum meter tu memang ketat skit, try umpil guna garfu or gunting, tp hati2 coz takut patah jarum plak, umpil dari tapak jarum bahagian tengah

"Saya ada pernah nak check kat gear tue, cz selalu stuck kat no 9 jer... tp jarum meter terlalu ketat nak buka, termasuk jarum minyak dgn temp.. ada cara len x??"

yg stuck no 9 tu, kadang2 gear yg warna kelabu yg loose, try gam jg tp hati2 coz skit rumit..

Lipasfly MoonCraft said...

"salam abang jeff...saya telah membuat DIY terhahadap odometer wira saya malangnya semasa saya memasang balik..saya terlupa kedudukan span bulat warna hitam..diamana nak letak tu ye..??"

span tu kedudukannya bahagian bawah panel, di batang reset switch. nak masuk ketat skit..memang macam tu.

satria 1.3 oem said...

alhamdulillah masalh yg sy hadapi selama 3tahun telah selesai semalam DIY sndri dgn refer blog nie
meter mileage saya dah kembali bergerak spt biasa
lepas ni blh la set mileage untuk tukar minyak hitam dgn mudah
terima kasih abg jeff & Lipasfly Mooncraft :)

Syed abdul rahman said...

Salam. Abg Jeff, meter sy sangkut pd 300meter je..so problemnya same ke.

Anonymous said...

terbaik bro~anyway kalo ade telah buat diy meter spt d atas tp mileage masih xjalan atau jalan kejap2~ade lg 1 gear yg perlu d gam juga~blakang gear hijau tu~ade gear warna grey~gear tu gak perlu d gam~tp gear yg lain xboleh~juz a info~ :)

zaidi said...

Tima kasih bro..rupenya bole repair sendiri..

FairusSalleh said...

Terima kasih cikgu...saya berjaya melakukannya..

Anonymous said...

salam bro..
kalau gear hijau tu pecah/patah gigi dia..kedai sparepart ada jual tak yg baru?(gear hijau tu sahaja)..sy punya gear gigi dia patah dan serpihan tu tak dapat dikesan dah..

Anonymous said...

salam meter saya yang atas tak jalan yang bawah tu pun tak jalan macam mana nak buat

Anonymous said...

salam bro,saya dah diy gear hijau dan grey tu dgn gam.malangnya masih tak jadi..perlu ker saya tukar kabel?tapi speedometer ok jer? bikin konfiusler..mintak tolong?

khairil azri subhi ramli said...

sy dh buat..odometer dh gerak..tp lampu signal blah kanan dlm meter tu xmenyala plak bila dh pasang..tp signal luar kreta on la mcm biasa ja..knapa agknya?adakah circuit track dh problem?hrp dpt bntu.....

Anonymous said...

Pretty! This has been a really wonderful post.
Thank you for providing these details.
Also see my page - GFI Norte

FoarGeez said...

terima kasih atas entri yang sungguh bagus. jimat duit tak perlu cari meter baru utk putra lama saya.. dah la barang susah nk cari. cuma ada satu masalah selepas pasang. speedometer jadi ringan. biasanya pada rpm 3k bacaan menunjukkan 100kmh.. tetapi sekarang 120kmh.. mintak tolong beri pendapat abg jeff..

mat ajih said...

gear kaler kelabu tu mcm mana nak bukak yer..

zathura03 said...

bro,wira se pun dapat buat camni ker?saya punya mileage tak gerak

Azarudin Boy said...

Assalam bro,klo mter mnyk plak blh bt jgk k..meter keta sy,klo mnyk krang.jarum akn naik turun.mohon bantuan

D Nazrin said...

Salam.tuan yg dihornati.,,boleh ke kita adjust balik milage yg dh lari sbb speedometer cable rosak ikut xcari yg ini?

D Nazrin said...

'Ikut cara ni.

rahimi baik said...

Maksudnya kereta ko dh jd laju la tu.. Hehehe.. *gurauan ptg jumaat

Moonair Aboo said...

Salam bro Jeff n Lipasfly, Sya ada vdo 1.3 M '02. Odometer mmg dah lama tak jalan, meter temperature bebaru ni je tak mau naik. 3 bulan lepas, pepagi start pun trus die pegi separuh suhu. Meter minyak je yg o.k. Plan nak diy odo tu lah tapi, temperature tu blh diy ke skali eh? mekasih utk info.

Moonair Aboo said...

Salam. satu lagi. sebelum terlupa, kabel speedometer saya cabut pasal tapak clutch cable, minggu lepas bobos. Sya buat tapak baru dah tu takde ruang utk speedometer punya lubang. Skang masalahnye, enjin kekadang mati bila smpai traffic light ke.. tuka gear masa nak berhenti ke, macam timing ada yg tak kena.. ada kena mengena ke dengan speedometer tak pakai ni eh? Sori dan tima kasih lagi...

Moonair Aboo said...

Salaam lagi sifu. Ada ke czara sya nak confirm speedometer ni ada efek klau tak pkai kat vdo 1.3 ye?

Roy Sidik said...

Meter rosak... Terjumpa page ni... Tima kasih tuan punya page. Ilmu ni saya guna dan semoga tuan mendapat rahmat dari Allah atas perkongsian ilmu ni yer.

kuku said...

Alhamdulillah siap dibaiki..sgt berguna info ni..trima kasih byk2 berkongsi ilmu

Jeff Tacra said...

amin... semoga segala yang dipaparkan di sini bermanfaat untuk semua

Jeff Tacra said...

terima kasih juga kerana memberi sokongan terhadap page ini

nild said...

ha..aku pn kene cmni...meter ringan n siap ad bny lg...knp ea?

Anonymous said...

http://www.lelong.com.my/1-95mm-plastic-gear-0-5t-13-8mm-myboticjohor-F144886-2007-01-Sale-I.htm