RH Driveshaft Removal

bersua lagi dengan entri mengenai bagaimana mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta. sekiranya berlaku kebocoran oil seal driveshaft, driveshaft dah berbunyi disebabkan cv joint dah rosak, driveshaft bengkok dan sebagainya maka perlulah kita mengeluarkan driveshaft daripada enjin kereta untuk menggantikan komponen yang rosak tersebut. kali ini saya paparkan bagaimana cara mengeluarkan driveshaft dari enjin kereta khususnya pada gearbox dan digantikan dengan driveshaft yang lain, ikutilah langkah seterusnya...

pertamanya buka nat bersaiz 32mm yang mengikat driveshaft pada hub kereta. nat ni agak tinggi torquenya dan perlulah menggunakan batang paip atau pryer bar bagi memudahkan kerja-kerja memusing nat tersebut. apabila dah dapat dipusing barulah jack kereta dan jangan lupa letakkan juga jack stand untuk keselamatan anda

keluarkan tayar dan keluarkan nat driveshaft pada hub seperti mana pada gambar yang ditunjukkan di atas. sebelum tu untuk membuka nat ini cotter pin yang menjadi lock nat ini hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan

buka nat absorber bersaiz 17mm iaitu 2 biji nat untuk absorber. bagi yang menggunakan nat chamber perlulah anda menandakan dahulu bahagian antara absorber dengan knuckle supaya chamber tidak lari nanti. kereta di atas tidak menggunakan nat chamber dan ini menyenangkan kerja saya untuk memisahkan absorber daripada knuckle. tarik knuckle ke arah anda untuk mengeluarkan driveshaft

buka drain nat minyak gearbox kerana minyak akan keluar melalui lubang kemasukan driveshaft pada gearbox seandainya kita tidak mengeluarkan sedikit minyak gearbox. keluarkan minyak sekadar 1 liter sahaja. bagi gearbox auto tidak perlu keluarkan minyak gear kerana minyak gear auto tidak akan keluar walaupun dicabut driveshaft. gearbox auto ada oil pan untuk menakung minyak gear. tidak sama seperti gearbox manual

minyak gearbox manual yang dikeluarkan, nampak sedikit kehitaman tapi sebenarnya masih cantik lagi dan masih boleh dipakai. ini minyak gear REDLINE sebab tu owner sayang nak buang

anda pernah lihat tool ini, untuk apa? sebenarnya tool ini selalu digunakan untuk membuka tayar motor tapi amat berguna untuk memisahkan driveshaft daripada gearbox, lagi panjang lagi baik. kalau tak ada tool ini bolehlah menggunakan screw driver yang besar

letakkan hujung tool tadi pada celah antara cv joint dan gearbox sepert yang ditunjukkan di atas

close-up tapi gambar sedikit blur. apabila dah rasa ketat tolak dengan sekali hentakkan ke arah berlawanan dan kalau dah kena caranya, dengan sekali hentak sahaja cv joint tu dapat dipisahkan daripada gearbox. sebelum tu sengetkan dulu knuckle supaya ada ruang untuk memisahkan cv joint ini. apabila dah keluar hujung ini bolehlah keluarkan driveshaft berkenaan

inilah driveshaft yang rosak iaitu sudah mengeluarkan bunyi apabila corner, bunyi halus sahaja dan sebelum keadaan menjadi parah owner ambil jalan tukar dengan yang lain, kebetulan ada spare

sebelum memasukkan driveshaft yang baru, periksa juga kandungan grease pada bahagian dalam cv joint kerana kadang kala terdapat juga barang 2nd ini yang grease dah hampir kering atau kurang. tambah dengan grease baru supaya tahan lebih lama

cable tie yang digunakan untuk mengikat boot driveshaft, saya tidak lagi menggunakan clip besi tapi gunakan cable tie bersaiz 380mm, lebih mudah dan senang, sarung dan tarik je

masukkan cable tie dan tarik sekuatnya dengan menggunakan playar

cable tie sebagai clip dah siap dipasang. setakat ini tak ada masalah walaupun tidak menggunakan clip besi untuk mengikat boot driveshaft

potong cable tie dan akan kelihatan kemas seperti gambar di atas

pasang semula driveshaft pada kereta dan akhir sekali buka nat 17mm pada bahagian hadapan gearbox untuk memasukkan kembali minyak gear yang dikeluarkan tadi. boleh search entri sebelum ini untuk mengetahui bagaimana cara mengeluarkan dan memasukkan minyak gearbox

sekian, terima kasih
selamat hari raya aidiladha yang akan menjelang esok
jumpa lagi

19 comments:

kent1189 said...

Menarik. kebetulan drivesharf kancil aku pun dh ada bunyi sikit bila belok kiri dan kanan sambil tekan minyak. Kalau x tekan minyak tak pula bunyi. Bro jeff, Kalau dh bunyi sikit2 camni, boleh repair/service lagi ka tu drivesharf? atau mau ganti baru juga? belok kiri kanan bunyi, kering poket aku kalau ganti baru kedua2 belah..huhu. Kalau service, ada barang mau tukar ka bro dlm cv joint tu? thanks bro for your info..

Anonymous said...

Abg jeff.msukkn grease tu mmg kne wat even drveshft bru?kne bkak dlu la klip besi tu?last tme tuka pomen x tmbah grease pon

jeff_tacra said...

driveshaft baru tak perlu buka dan tambah grease. kalau driveshaft 2nd bolehlah check grease kat dalam tu

Anonymous said...

brand driveshaft jenis apa yg bagus abg jeff..


fazsly08

yus said...

Salam, kalu drive shaft lekat xleh nak cabut macamana? jadi kat kancil saya. dah hantar 2-3 pomen tapi xleh jugak...

wan yusak said...

salam abg jeff.. kalo tekan minyak nak speed tu dia berbunyi pon sbb tu juga ke? sbbnya masa sy ada bwk penumpang, bunyi "ktak2" tu xda, kalo sy drive sorg je bnda tu berbunyi, tension juga bunyi bnda tu.. bnda tu gara2 drveshaft juga ke?

Zulkifli Abd Halim said...

Salam,
getah boot drive shaft ni semua sama sais ke kiri ngan kanan?

jeff_tacra said...

boot driveshaft inner and outer cv joint tidak sama antara satu sama lain

Sharipah Natrah Syed Ager said...

kalau nak belok atau u-turn ke je ada bunyi ketak-ketak. tu driveshaft problem ek? berapa agak2 kos tk kereta estima ye...

jeff_tacra said...

kalau belok kiri atau kanan dan ada bunyi ketak-ketak, itu menunjukkan outer cv joint driveshaft telah rosak. dah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru

jeff_tacra said...

boot driveshaft tidak sama antara inner dengan outer cv joint

Fauzul Aziz said...

Nak tanya, boot driveshaft tak sama saiz ke dalam dan luar?bagaimana dgn cable tie, sama saiz atau tidak untuk dalam dan luar, saya punya cable tie dalam mcm ada masalah, bila tayar pusing kiri dan kanan, cable tie ikut sekali pusing, mcm tidak ikat kuat, ada kala tu boot terlucut, klu pakai yg besi kuat, sbb boot baru ganti nie,

S4na said...

Sallam.... Tuan, Nak tanya. Sia ada sebuah kereta avanza 1.5s. Masalah kereta sia ada terdapat bunyi keras dan kereta terlalu goyang terutamanya bila ada penumpang, d bahagian belakang. Seperti masalah obsober rosak, saya telah tukar obsober yang baru, namun masalah tersebut masih juga berlaku. mohon tunjuk ajar tuan....

Ærol said...

Drive shaft yg baru prlu sapu gris ke tidak kat hujung gigi-gigi shaft tu?

Piza 89 said...

kemah boh info

Mr. K said...

Assalamualaikum bang jeff, bape torque nak ketatkan nut 30mm tu?

anip works said...

salam... boss. mhu tnya.. sya pnya iswara.. bila sya bwk slow bnyi ktak2x d dpn. knp to ek??

Unknown said...

anda nk test drive shaft keta anda ok atau tidak..cuba ni..cara tempat lapang jauh dari org lalu lalang..2.anda pusing stereng anda sampai habis masuk gear and jalan keta anda bergerak dalam bulatan semasa keta anda berpusing tu kalau ada bunyi krok krak tu driveshaft anda ada masalah la tu..lakukan teknik keta berpusing kiri dan kanan supaya anda tahu driveshaft kiri atau kanan yg rosak

Unknown said...

Nak tanya kenapa driveshaft ngan absorber tak centre...terkebelakang sikit kedudukannye.