Perodua Viva Key Ring Light

bertemu lagi kali ini dengan DIY mengenai pemasangan lampu kunci bagi kereta perodua viva yang memang tidak terdapat lampu pada kunci. jadi saya telah gunakan ring kunci kereta lancer yang diambil dari model evo 3, kebetulan dapat percuma kat kedai member, bolehlah saya mod untuk dipasangkan pada kunci kereta viva pulak. anda perlu besarkan sedikit lubang kunci pada panel atau cover stereng bagi memasukkan ring, pada kunci tak perlu buat apa-apa kerana memang dah ngam di situ, bila siap perlu tap wiring pulak. ikutilah langkah-langkah seperti yang saya tunjukkan di bawah ini

pertamanya kena buka dulu cover steering dengan membuka 3 biji nat sahaja. bagi yang masih menggunakan stereng standard terpaksa buka dulu stereng kerana ada 2 biji nat kiri dan kanan belakang stereng. manakala bagi yang dah tukar stereng dengan menggunakan bosskit aftermarket begitu mudah membuka 2 biji nat ini. satu lagi nat berada pada bahagian bawah panel stereng

kelihatan kunci perodua viva yang akan dimasukkan dengan ring nanti

inilah rupa key ring yang akan digunakan iaitu yang diambil dari lancer evolution 3, sama sahaja dengan wira. kebetulan saya dapat percuma sahaja dari rakan, maka timbulnya idea untuk dipasang pada kunci perodua viva yang sememangnya tidak mempunyai lampu untuk kunci

proses seterusnya ialah membesarkan sikit lubang kunci untuk dipadankan dengan key ring nanti. gunakan cutter dengan membuang sedikit bahagian tepi lubang dan kemaskan dengan kikir seperti di atas bagi meratakan lagi bahagian lubang berkenaan

test dengan memasukkan key ring beberapa kali hinga betul-betul fit pada lubang. kelihatan gambar di atas menunjukkan ring telah dimasukkan dan betul-betul padan dengan lubang yang dibesarkan tadi

untuk nampak lebih kemas lagi dapatkan soket seperti di atas untuk menyambungkan wiring ke bahagian kiri kereta kerana 2 wire iaitu + dan - key ring akan disambung pada wire nanti

bulb asal saya telah tukarkan dengan LED 12v bersaiz 3mm jadi tak perlu guna resistor lagi

LED telah hidup dan bersedia dimasukkan pada ring

ring dengan LED yang berfungsi sepenuhnya tanpa ada sebarang masalah

masukkan ring pada kunci kemaskan ring dengan cable tie sahaja, dah cukup kuat untuk ring tersebut. tidak perlu sebarang nat bagi memasang ring ini

pasangkan cover stereng dan kelihatan pada gambar kedudukan ring pada kunci dan pada lubang cover stereng

proses seterusnya ialah menyambungkan wire dari LED tadi ke wire buka tutup pintu yang terdapat pada bahagian bawah panel sebelah kiri kereta. anda perlu susun wire melalui bahagian bawah dashboard dan seterusnya ke bahagian kiri kereta sehingga ke bahagian soket yang ditunjukkan di atas

dapatkan soket hitam seperti di atas

terlebih dahulu saya telah mencuba bebarapa wire untuk on/off pintu dan akhirnya wire berkenaan telah berjaya ditemui iaitu bagi (+) wire putih stripe biru manakala (-) ialah wire hijau stripe hitam. sambungkan wire dari bulb atau LED pada ring ke wire seperti yang saya nyatakan di atas

saya tidak memotong mana-mana wire untuk penyambungan tetapi saya telah cucuk wire negatif dan positif ke dalam pin soket melalui bahagian belakang soket dan kemaskan dengan black tape seperti gambar di atas. apabila segalanya siap, bolehlah test lampu kunci dengan membuka dan menutup pintu kereta anda. bagi yang nak matikan lampu perlahan-lahan boleh tap pada wire lampu bumbung ataupun memasang capacitor sahaja

inilah hasilnya...

sekian, terima kasih
jumpa lagi

26 comments:

Anonymous said...

Kemas bro. Info yg sgt2 berguna n diy yg sempurna

Anonymous said...

myvi baru pn bole wat cmni jgk ke cikgu?

Anonymous said...

kalau saye nak buat dekat alza wayar lampu pintu berada di sebelah mane

ilsor76 said...

Bro Jeff, mmg ada ke led 12v?saya dh puas cari tokey kedai sume ckp "mana ada 12v sume 3v je".

jeff_tacra said...

ada LED 12v tapi saya beli kat oversea. myvi dan alza boleh je nak buat

Anonymous said...

Assalamua'laikum..abg jeff.,knp semua lampu kereta termasuk lampu screen aircond digital sy berkedip2..radio pun jd shot.,tkblh kluar suara tp radio hidup...jd mcm ni slps sy psg alarm dn turbo timer...grouding sy dh psg tp msih lg berkedip2...ada effect tk pd kereta..?

Anonymous said...

kalau alza dkt mane nk smbung wyar tu?

jeff_tacra said...

try cek balik penyambungan wiring turbo timer tu

ilsor76 said...

Leh x lau sya nak order bro?

jeff_tacra said...

led 12v 3mm ni agak mahal sikit. rm8 sebijik, kalau nak contact saya

Anonymous said...

nk order bos......nk try buat kat viva jgkk...

Anonymous said...

ada number x bos??nk order...

fizul mohd said...

nak order jugak!!

fizul mohd said...

nak contact ktne ye?

fizul mohd said...

nak order jugak!!

mazri omar said...

nk jgk kee ring
mazri 0193771856

under18_yun said...

kalau nk tap wayar lmpu bumbung nak tap wayar apa pd soket tu.

ajid beram said...

Salam cikgu. Key ring pd keta wira saya dah x betul. Sentiasa hidup walaupun pintu dah tutup. Ape brg yg perlu ditukar utk jd kan lampu ni nyala n off spt biasa

AJA said...

bro.. mmg terbaik.. capasitor tu berapa v bro? dah try tanya kat kedai dia minta nombor atau sample la bro..

wan yusak said...

bro, jual lah full set tinggal modify, plug and play.. mcm best je.. hubungi saya untuk harganya. 012-7948434

mridzuanbmatshah said...

Klu blm sv kat mne nk smbung wyar 2

amrie azhari said...

salam..klu nk guna led led 3v brp nilai resistor yg perlu digunakan

abdul hakim mohd saidi said...
This comment has been removed by the author.
abdul hakim mohd saidi said...

kenapa keyring kereta wira saya berkelip2 ? baru sebulan jadi macam ni.. kalau 2 hari x start kereta pn,lampu led tu tetap berkelip.

asri noor said...

Salam..bang,nak no telifon boleh?..nak tnya ttg sistem ni

Jeff Tacra said...

boleh email saya jefftacra@gmail.com