Power Window Regulator

bersua lagi dengan entri mengenai penukaran power window regulator proton wira pada bahagian belakang kanan. sekiranya ada masalah untuk naik dan turun cermin, sampai masa untuk memeriksa regulator power window kereta anda. kalau motor ada mengeluarkan bunyi bergerak dan suis tida ada sebarang masalah tetapi cermin stuck, kemungkinan regulator bermasalah, sama ada cable putus, berbelit atau peralatan pada bahagian berkenaan rosak dan patah

pertamanya buka door trim dengan membuka skru tertentu iaitu pada bahagian tepi, pemegang tutup pintu dan pada pembuka pintu dalam

unplug soket suis power window serta socket motor

buka cover plastik putih seperti gambar di atas, tak perlu buka keseluruhan


 terdapat 2 biji nat phillips seperti gambar di atas, buka nat tersebut untuk keluarkan cermin


 keluarkan cermin


buka lagi 3 nat seperti dalam bulatan merah pada gambar, nat tersebut merupakan nat pemegang motor power window


 untuk mengeluarkan regulator buka 2 nat pada bahagian atas


 proses buka nat atas


terdapat hanya satu nat pada bahagian bawah regulator dan keluarkan regulator


 kerosakan telah dikenal pasti iaitu bracket plastik putih telah patah dan ini menyebabkan pergerakan naik turun cermin tersangkut-sangkut


 keluarkan motor dari bracket regulator kerana motor ini akan dimasukkan pada regulator yang baru


 perhatikan bentuk segi embat pada motor dan semasa hendak membeli regulator di kedai spare part nanti pastikan anda maklumkan jenis kemasukan motor. biasanya proton wira terdapat dua jenis iaitu kalau bentuk segi empat terdapat pada kebanyakan wira baru dan kalau segi tiga biasanya untuk regulator wira lama. harga regulator sekitar rm35-40


 motor power window proton wira CE (collection edition)


 regulator lama


masukkan motor pada regulator baru dan pasangkan balik pada bahagian pintu kereta seperti asal


sekian, terima kasih
jumpa lagi

5 comments:

dizaniedin said...

TQ utk entri ini.. sya nak tanya, mana nak beli main power window suiz tetapi c/w cable socket yg putih utk conect semua cable tu ya???

punkcore said...

Salam abg jeff..kalau cermin blh naik jer xnk turun dh apa masalahnya..motor ker wiring..sblm ni ok jer..pintu belah kiri..doortrim dh tukar complete evo 3..thanks..

mohd shazwie wahi anuar said...

thanks.. power windows regulator saya baru je cabel putus.. ingat kan kena tukar 1 set.. so boleh la g kedai spare part beli regulator sahaja..

Moderator said...
This comment has been removed by the author.
Danial Muizzani said...

assalamualaikum sahabat...problem sama dengan kereta saya....turun bole naik susah kadang tak mau...sampai sekarang....sahabat punya dah ok ker