Rear Drop Link (ARB)

bertemu kembali dengan entri pemasangan rear drop link bagi pengguna anti roll bar lancer. drop link lancer denga proton ada perbezaannya iaitu kalau proton lebih dikenali sebagai bush sate manakala drop link lancer tidak berupa seperti itu. lihat peneranga bergambar seterusnya di bawah ini

semasa surf internet ternampak drop link lancer ni kat UK, so saya mengambil peluang untuk mencuba drop link keluaran di sana. setelah order lebih kurang 2 minggu barang berkenaan tiba ke tangan saya dan inilah bungkusan yang diterima tersebut

ini gambar drop link asal pada kereta yang didapati agak longgar jika dipusing dengan tangan tambahan pula dah ada bunyian tertentu pada kereta

drop link dari UK yang dikeluarkan dari bungkusan tadi

lihat perbezaan antara keluaran jepun dengan uk dan ternyata ada perbezaan antara keduanya

bahagian belakang

nampak keluaran uk panjang beberapa mm sahaja jika dibandingkan dengan yang asal tetapi hal ini tidak mendapatangkan apa-apa masalah bila dipasangkan pada kereta nanti

ini pula ialah drop link atau lebih dikenali sebagai bush sate untuk kereta keluaran proton. nampak perbezaan di situ dengan lancer tetapi fungsinya tetap sama saaja

kedudukan bush sate pada kereta proton

bush sate pada proton satria 1.3 yang diambil dari model wira 1.6. untuk makluman juga, pada kereta keluaran proton rear anti roll bar ini hanya ada pada model 1.6 ke atas sahaja dan tidak terdapat pada model 1.3/1.5 tetapi anda boleh menambahnya dengan mengambil anti roll bar sama ada daripada model lancer atau proton yang lain dan ternyata agak berlainan sekali dari segi handling sekiranya anda memasangkan anti roll bar ini

drop link yang dipasang untuk menggantikan drop link lama

pemasangannya agak mudah sahaja

kedudukannya ialah untuk menyambungkan antara rear lower arm dengan anti roll bar

lagi gambar kedudukan drop link lancer yang diambil dari model mivec

gambar sampingan, tulang anjin evo solid bulat

saya cadangkan bagi pengguna proton sama ada 1.3/1.5 memasang anti roll bar belakang ini untuk memantapkan pengendalian kereta anda terutamya semasa mengambil selekoh. fungsinya mengurangkan body roll dan kereta lebih tegap semasa membelok di selekoh

sekian, terima kasih
jumpa lagi

4 comments:

Ali Imran said...

asslm bro jeff kat wira se tak salah saya ada jugak arb dpn dan blkng sbb wira se bnyk brg2 sport yg ditmbh oleh proton

Khairul Din said...

Biasa brp harga market drop link ni abg jeff

landak said...

assalammualaikum. abg jeff, ni drop link utk anti roll bar mivec yer? berapa harga abg jeff beli yer dan boleh bagi link tak?

Asyraf Syaz said...

As salam abg jeff, boleh buat entry pasal nak pasang aftermarket car alarm system tk? Saya nak tukar kepada yang baru tapi tidak berapa tahu wiring untuk kotak hitam alarm terebut.
Terima kasih.