bersua lagi dengan entri mengenai pemasangan foglamp atau pun lebih dikenali dalam kalangan kita dengan panggilan spotlight bagi bumper wira SE. owner kereta ini ingin memasukkan foglamp satria GTI pada keretanya dan kebetulan saya berpeluang untuk merakamkan gambar bagi entri blog saya. foglamp satria GTI hanya boleh dipadankan ke bumper wira SE secara plug n play sahaja tanpa melakukan apa-apa modifikasi, jadi pemasangannya boleh dikatakan sangat mudah sahaja. ikuti gambar dan penerang di bawah ini
sepasang foglamp satria GTI keluaran proton
terlebih dahulu anda perlu membuka bumper kereta bagi memasang foglamp ini. dalam entri terdahulu blog saya terdapat langkah-langkah ataupun cara-cara bagaimana membuka bumper kereta proton wira. anda boleh lihat entri berkenaan sekiranya masih tidak faham atau masih tidak mengetahui bagaimana membuka bumper hadapan proton wira
bumper yang telah dibuka daripada kereta
foglamp aftermarket yang sedia ada pada proton wira SE ini. foglamp ini sebenarnya owner telah pasang beberapa bulan dahulu dan sekarang tidak berfungsi lagi sebab dimasuki air. jadi owner bercadang menukarkan dengan foglamp satria GTI
bahagian dalam bumper dan anda boleh perhatikan bracket yang memang terpasang pada bumper
seterusnya keluarkan foglamp asal dan sekiranya bumper kereta anda tidak lagi mempunyai foglamp, anda perlu memotong penutup lubang foglam berkenaan
perbandingan antara foglamp satria GTI (kiri) dan foglamp aftermarket (kanan)
terlebih dahulu buka bracket pada foglamp
masukkan foglamp baru melalui hadapan bumper
foglamp baru yang talah dimasukkan pada ruangan lampu dan nampaknya agak sesuai pada tempatnya tanpa apa-apa pengubahsuaian dilakukan
pasang bracket dengan menggunakan 3 skru yang sememannya lubang nat tersebut telah tersedia pada bumper
setelah segalanya selesai, kemaskan balik wiring lampu
foglamp satria GTI telah dipasang dengan kemas pada bumper
on suis untuk menguji foglamp. sekiranya anda baru hendak memasang foglamp ini maka anda perlulah melakukan roses wiring dengan menggunakan sebiji relay 30 amp. sila sema entri terdahulu mengenai pemasangan relay pada wiring
siap sepenuhnya
terima kasih
sincerely - jeff tacra