Honda Jazz GE Audio Control

honda jazz GE8 ckd malaysia keluaran tahun 2013 berharga kira-kira 70k lebih. 2nd generation honda jazz ini sekarang telah digantikan dengan jazz baru keluaran tahun 2014 yang dikenali sebagai jazz GK manakala generasi awal jazz pertama dahulu disebut sebagai jazz GD sama ada GD1-GD3. berbalik kepada jazz GE CKD PETROL malaysia ini bertransmisi auto 5 speed manakala ada juga keluaran HYBRID iaitu untuk pemjimatan penggunaan bahan api dan lebih mesra alam. perbincangan entri kali ini ialah bagaimana untuk menjalankan fungsi audio control pada stereng honda jazz ge ckd malaysia


stereng jazz ge ckd ini tidak didatangkan dengan audio control seperti pada gambar ini iaitu stereng sebelah kanan, hanya ruang kosong sahaja pada kiri dan kanan stereng tersebut. jadi perlulah anda mendapatkan set audio control sama ada yang dibeli baru atau pun mendapatkannya daripada kebanyakan kedai potong. sekiranya dah dapat set audio control ini maka bolehlah terlebih dahulu memasangnya pada stereng secara plug n play sahaja seperti gambar sebelah kiri di atas. boleh juga anda dapatkan stereng honda jenis ini versi leather yang memang sudah tersedia dengan audio control dan auto cruise controller


seterusnya kita perlu mendapatkan pula clock spring atau spiral cable honda FIT japan yang mempunyai banyak pin pada soket hadapan dan soket belakang clock spring ini. kegunaan pin ini lah untuk kita menyambungkan wire dari audio control ke clock spring dan seterusnya ke head unit di kereta. kalau clock spring jazz ge ckd hanya mempunya 2 pin sahaja iaitu untuk menjalankan fungsi horn sahaja dan memang tidak boleh digunakan untuk menghidupkan apa-apa fungsi pada stereng. anda boleh membeli baru atau 2nd di kedai halfcut tapi pastikan clock spring ini berfungsi dengan baik, tambahan pula wire air bag pun menggunakan soket yang terdapat pada clock spring ini untuk mengaktifkan air bag apabila berlaku hentakan di hadapan kereta


sebelum membuka stereng terlebih dahulu buka terminal negatif bateri dan tunggu sekurang-kurangnya 15 minit supaya arus dalam capacitor abs module tidak aktif lagi. ini perlu dilakukan supaya tidak merosakkan air bagi pada stereng kerana kesilapan seperti shor circuit boleh menyebabkan air bag meletup. selepas 15 minit buka cover bahagian bawah stereng dan un-plug soket kuning untuk air bag dan barulah boleh keluarkan air bag pada bahagian tengah stereng dan kemudiannya cabut stereng daripada kedudukannya


buka cover stereng sub seperti di dalam gambar, hanya terdapat 3 nat phillips sahaja yang kesemuanya terdapat pada bahagian bawah cover tersebut. keluarkan stereng cover ini bahagian atas dan bawahnya


inilah gambar selepas cover stereng dibuka dan akan nampak dengan lebih jelas clock spring asal honda jazz ge ckd. jika dibandingkan dengan yang sebelah kanan tu nampak sama dan tiada bezanya tetapi kalau diperhatikan pada jumlah pin pada soket baru ada perbezaan yang ketara, seperti yang saya jelaskan pada bahagian permulaan tadi. kalau menggunakan clock spring standard mesti tidak boleh nak sambungkan wire pada audio control di stereng. keluarkan clock spring asal dan diganti dengan clock spring baru. cara nak buka ialah umpil sikit lock pada bahagian belakang atas dan bawah clock spring yang dipadankan pada stereng colum itu


inilah wiring dan soket asal pada jazz ge ckd iaitu hanya ada dua wire sahaja untuk kegunaan horn dan tidak boleh digunakan untuk fungsi lain. pada soket putih pun hanya terdapat dua wire juga, sebab itulah kena tukar clock spring yang mempunya banyak pin dan soket audio control pun sememangnya ada wire yang perlu digunakan untuk menyambungkannya ke head unit kereta. jadi wire di atas ini tidak digunakan lagi, boleh tanggalkan daripada stereng dan simpan sahaja


ini ialah soket yang akan kita gunakan iaitu mempunyai banyak wire jika dibandingkan dengan yang standard tadi. soket ini banyak wire kerana ada dua wire untuk audio control dan disambungkan ke head unit serta dua wire untuk illumination untuk menghidupkan lampu pada suis audio control. di situ juga terdapat dua wire untuk hidupkan horn dan selebihnya ialah wire auto cruise, wire auti cruise ini kita tidak akan gunakan sebabnya ialah fungsi atau module auto cruise tidak ada pada honda jazz ge ckd ini.

lihat lakaran yang saya buat pada soket di atas dan inilah wire yang perlu kita pinda kedudukan sedikit. pertamanya wire cokelat dan wire hijau/merah dioptong dan wire pink dan hijau/hitam pun dipotong juga. sambungkan wire hijau/merah daripada audio control ke wire hijau/hitam manakala wire cokelat daripada audio control disambungkan ke wire pink. wire pink dan hijau/hitam yang dipotong tadi dari auto cruise tidak disambung ke mana-mana. 

wire cokelat dan wire hijau/merah daripada soket disambungkan ke wire hijau dan wire merah hitam yang bersambung ke suis audio control dan wire auto cruise untuk menghidupkan lampu di dalam suis. untuk wire horn ikut kedudukan pin asal pada soket asal yang dibuka tadi. selesai penyambungan pada soket biru ini yang akan diplug in dengan soket di hadapan clock spring


ini gambar wiring yang telah siap dipinda mengikut apa yang saya telah terangkan di atas tadi. dalam prose ini anda perlu berhati-hati kerana kesilapan pada proses ini boleh menyebabkan short circuit dan boleh mendatangkan masalah pada suis atau pada fuse kereta nanti


ini pula ialah soket pada bahagian belakan clock spring. pada soket putih ini peerlu ditambah dua pin lucar wire yang berfungsi untuk menghidupkan lampu pada suis di stereng nanti. wire ini nanti akan disambungkan positif dan negatif lampu kecil yang terdapat pada bahagian bawah dashboard. dua wire lagi ke head unit atau radio tidak perlu dibuat kerana pada soket putih ini sudah tersedia dua wire yang telah disambungkan ke radio. wire ini telah pun ada pada wiring jazz ge ckd. sekiranya dua wire ini tidak ada maka perlulah disambungkan ke soket belakang head unit. saya tak tunjukkan penyambungan wire ini kerana wire dah sedia ada dari kilang lagi

apabila telah selesai proses wiring maka boleh memasang kembali peralatan yang dibuka tadi. sambungkan soket pada belakang clock spring, sambungkan soket kuning air bag pada bahagian belakang clock spring, pasangkan semula cover stereng, pasangkan stereng dan plug ini soket biru dengan soket clock spring hadapan. apabila dah selesai jangan lupa sambungkan wire soket kuning untuk air bag dan sekiranya lupa nak sambung soket kuning ini maka akan keluarlah indicator air bag pada meter, susah pulak nak reset nanti


setelah semua soket disambung dan periksa sekali lagi setiap pemasangan yang dilakukan agar tidak ada yang tertinggal atau lupa pasang. sambungkan terminal negatif bateri, start kereta dan pastikan indicator air bag hidup dan padam seperti asal. kemudiannya uji lah button audio control pada stereng. pada kereta yang saya lakukan modifikasi ini semuanya button dapat berfungsi dengan baik dan saya telah ubah suai suis MODE untuk ON dan OFF head unit atau radio. jadi nak pasang radio hanya tekan button MODE dan nak off radio pun tekan button yang sama. cuma pada bahagian kanan stereng iaitu gambar bawah tu tak function lah sebab itu untuk auto cruise, rancagan akan datang saya nak mod suis auto cruise ini untuk fungsi lain yang akan difikirkan semula. lampu suis pun dah bercahaya seperti gambar di atas

selamat mencuba dan sedikit ingatan segala apa yang anda lakukan saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap kereta anda. menjadi tanggungjawab anda sendiri apabila melakukannya

sincerely : jefftacra

3 comments:

Khairul Din said...

Kembali pada kereta Proton Wira. Pd pandangan Abg Jeff boleh buat tak pd kereta Wira

Jeff Tacra said...

boleh buat sekiranya clock spring dapat masuk dengan baik pada stereng wira

Myzy Mohari said...

kalau untuk proton exora.. cikgu leh buatkan x?