Volvo Wagon T5 Fog Lamp

bertemu lagi dengan entri terbaru iaitu pemasangan fog lamp pada sebuah kereta conti volvo wagon T5 yang enjinya berkapasiti 2.5cc. sebenarnya pemasangan foglamp pada bumper volvo ini telah dijalankan pada bulan terdahulu, memandangkan kekangan masa dan komitmen tertentu jadi baru kali ini saya dapat memasukannya ke dalam blog saya. sudah agak perlahan saya mengemaskini blog ini atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi. berbalik kepada diy hari ini iaitu saya telah diminta oleh kenalan FB saya untuk memasang foglamp yang diambil daripada nissan dan saya tak pasti daripada nissan model mana keran owner volvo ini sendiri yang membelinya. saya hanya memasang sahaja pada keretanya

pemasangan foglamp ini bukan secara plug n play kerana daripada model kereta yang berlainan, jadi terpaksa dilakukan sedikit pengubahsuaian pada bahagian bumper khusunya pada bahagian yang hendak ditempatkan foglamp ini. kerja-kerja pemotongan bahagian bumper perlu dilakukan dan saya melakukannya di hadapan owner kereta ini sendiri, pemotongan secara minima perlu dilakukan agar foglamp itu nanti dapat dipadankan dengan kemas dan sempurna

terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dapat dilakukan, maka perlulah dibuka bumper volvo ini. didapati kerja untuk membuka bumper daripada kereta tidaklah sesukar mana dan satu perkara yang tak pernah saya jumpa pada kereta lain iaitu untuk membuka headlamp volvo wagon model ini hanya perlu menarik atau mencabut sekeping plate besi sahaja dan tanpa membuka mana-mana skru pun, maka headlamp dapat dikeluarkan dengan mudah

inilah rupa foglamp asal volvo yang saya keluarkan daripada bumper kereta ini. dah tak nampak rupa foglamp kerana permukaan lens atau kaca lampu ini sudah terlalu kabur. ini berlaku kerana terkena pasir, batu dan lain-lain semasa kita memandu kereta. apabila dah jadi macam ini makan dah tak boleh berubat lagi, kena tukar foglamp baru

gambar atas ini ialah bahagian belakang bumper yang telah dimasukkan foglam nissan. saya tak ada gambar semasa kerja-kerja pemotongan bahagian tertentu bumper, hanya sedikit sahaja yang perlu dipotong untuk memasang foglam nissan ini. hanya satu skru digunakan iaitu pada bahagian petak biru, skru pada bahagian foglamp ke bumper. manakala bulatan merah ialah menggunakan cable tie sahaja untuk mengemaskan lagi kedudukan foglam ini

gambar close up dan kelihatan bahagian kiri dan kanan yang dikemaskan dengan cable tie sahaja. perlu drill dua lubang kecil pada bahagian bumper dan ikat sahaja dengan cable tie. rasanya dah kuat dan mungkin tak akan tercabut lagi

proses seterusnya ialah pemotongan wire asal pada kereta volvo ini dan digantikan dengan soket bulb foglamp nissan. bulb dan soket yang berlainan antara kedua model ini jadi saya terpaksa potong dan sambung dengan soket asal foglamp nissan. jelas pada gambar iaitu soket kiri ialah soket nissan manakala pada bahagian kanan ialah soket asal foglamp volvo

potong wire asal mengikut ukuran yang betul seperti kedudukan asalnya agar mudah dan sampai dipadankan pada soket foglamp. saya menggunakan solder dan heat shrink dalam proses penyambungan wire ini

soket foglamp yang telah siap disambung berlatarbelakangkan intercooler volvo wagon ini. dah siap dan bersedia untuk disambungkan kembali pada foglamp

perbandingan antara foglamp yang baru dipasang dengan foglamp asal volvo. nampak lebih menarik foglamp nissan ini setelah dipadankan pada bumper kereta ini

pasangkan kembali bumper dan ketatkan semula nat pada bahagian tepi dan bahagian bawah bumper secukupnya. hidupkan suis dan kelihatan foglamp ini telah berjaya dan berfungsi dengan sepenuhnya

dah siap sepenuhnya, foglamp pun dah dapat dihidupkan, cuma headlamp sahaja belum dipasang lagi. pemasangan headlamp sangat mudah seperti mana yang telah saya nyatakan di atas tadi, hanya satu plate besi sahaja headlamp kemas terpasang dengan sempurna

sincerely: jefftacra

3 comments:

Anonymous said...

Salam Abg je, berapa modal major service satria 4g92 sohc 95 sekarang neh?

Minyak JTX1000 said...

Heat Shrink tu bagus....
walaupun panas, ia takkan melekit macam tape hitam

nak lagi cantik letak 2 lapis, kemas dan bersih

Jeff Tacra said...

sekitar rm500 dan ke atas