Myvi Radiator Fan Motor Replacement

assalamualaikum dan salam sejahtera

terlebih dahulu masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin bersempena dengan hari raya ke-4 bagi tahun 2017 ini. semalam iaitu hari raya ke-3 saya berpeluang untuk menukar radiator fan motor perodua myvi saudara terdekat kerana mengalami masalah temperature naik mendadak semasa dalam perjalanan sehinggakan kereta hampir mati. bila diperiksa didapati fan motor tidak berfungsi langsung. oleh itu terpaksalah saya tolong untuk menukar fan motor ini, maklumlah kan, masih lagi mood raya dan perlukan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke mana-mana

perodua myvi ini merupakan keluaran tahun 2007. jika kita perhatikan pada temp meter, kedudukan jarum meter semasa suhu mencapai tahp kepanasan yang normal ialah seperti pada kedudukan yang terpapar di atas, hampir separuh kedudukannya. masalah myvi anak buah saya tadi ialah temp meter naik hampir pada kedudukan indicator merah pada meter, nasib baik sempat perasan dan kereta dimatikan. oleh itu semasa memandu kenderaan, kita perlulah memantau keadaan simbol-simbol yang berada pada meter kerana semua indicator yang dibuat begitu besar gunanya pada kita untuk dijadikan panduan awal sebelum masalah besar timbul. tidak hairanlah kebanyakan kaki kereta memasang pelbagai meter tambahan untuk memantau kondisi enjin masing-masing

oleh kerana masih lagi berhari raya, kebanyakan kedai spare masih tutup. nasib baik kedai yang biasa saya pergi menjalankan operasi perniagaannya seperti biasa dan sudah tentu ramai customer di kedai tersebut. bagi yang tinggal di kuala terengganu, bolehlah pergi ke kedai teong lean auto part sekiranya hendak membeli barangan spare part kereta kerana boleh dikatakan semua part kereta ada dijual di situ. kedainya terletak di jalan hiliran selepas stesen minyak shell hiliran. motor radiator fan myvi ini saya beli dengan harga rm110 keluaran denso dan ada engrave made in japan pada body motor ini. ada sesetengah rakan yang membeli motor ini dengan harga rm120, bergantung kepada kedai spare part tertentu

sebelum motor dapat ditukar, terlebih dahulu kita perlu mengeluarkan keseluruhan radiator fan myvi ini. terdapat 4 biji skru bersaiz 10mm yang perlu dibuka iaitu masing-masing 2 biji di atas dan 2 biji lagi berada pada bahagian bawah housing fan ini. nat bahagian atas perlu dibuka kesemuanya manakala 2 biji nat bahagian bawah tak perlu dibuka keseluruhannya, memadai dengan hanya melonggarkan nat itu sahaja dan kita hanya perlu tarik sahaja radiator fan itu ke atas. sebelum fan dapat dikeluarkan, kita perlu membuka hose coolant bahagian atas sahaja dan selebihnya kita juga perlu unplug soket motor untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan radiator fan tersebut

inilah radiator fan yang dikeluarkan dan untuk membuka motor anda perlu membuka dahulu fan tersebut dengan hanya membuka satu nat 8mm pada tengah-tengah fan itu. nat tersebut agak ketat dan berhati-hati membukanya. setelah berjaya membuka nat tersebut maka bolehlah keluarkan fan itu dan barulah kita akan nampak 3 nat untuk motor berkenaan

dengan menggunakan skru driver philip buka kesemua nat seperti yang tertera pada gambar di atas. nat ini juga agak ketat dan gunalah tool yang bersesuaian kerana nat ini mudah loose sekiranya menggunakan tool yang matanya kecil daripada saiz nat itu

sebaik sahaja 3 biji nat philip tadi dikeluarkan, bolehlah kita mencabut motor lama dan diganti dengan motor yang baru. pastikan kedudukan motor baru sama dengan kedudukan motor lama. kalau tak sama pun boleh masuk cuma kedudukan soket nanti akan berubah dan kemungkinan untuk memasang kembali soket tidak boleh dilakukan dengan sempurna

selesai pemasangan motor dan fan pada housingnya, bolehlah anda memasangkan kembali pada kedudukannya di kereta. selesai pemasangan, jangan lupa plug in kembali soket wire dan hose coolant bahagian atas yang dibuka tadi. jangan lupa untuk memeriksa coolant pada radiator dan sekiranya kurang perlulah kita menambah sedikit cecair coolant pada radiator. start enjin dan tunggu beberapa minit sehingga radiator fan ini berpusing setelah suhu enjin mencapai sekitar 98 degree. alhamdulillah diy yang saya lakukan semalam berjaya memulihkan kembali operasi radiator fan ini

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra

1 comment:

Nithan said...

These days, you'll be able to realize totally different Vehicle lifts within the market. If your garage is provided with an occasional ceiling, then shopping for the low - rise carry will match this place within the very best approach Garatools.com.