FICD (Fast Idling Control Device)

sepatutnya kalau on aircond rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. ini bertujuan untuk mengawal engine daripada turun secara mendadak dan ficd (fast idling control device) yang bertugas untuk mengawal rpm engine ketika ini. ada sesetegah pemilik kereta yang mengalami masalah iaitu bila on aircond rpm turun sehingga bergegar kereta dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kereta mati. untuk mengatasi masalah ini anda boleh menambah FICD dari kereta TOYOTA iaitu rpm kereta boleh dilaras ketika on aircond sama ada tinggi atau rendah. pada throttle body kereta sama ada SOHC atau DOHC sudah terdapat mekanisme yang mengawal pergerakan rpm ini iaitu kalau enjin DOHC disebut sebagai stepper motor manakala enjin SOHC isc atau gear kit. nak tahu macamana benda ni rosak ialah kalau kita start kereta waktu pagi iaitu semasa cold start sepatutunya rpm terus naik sekitar 1.5k - 2k dan bertahan di situ sekejap dan akan perlahan-lahan turun apabila dah mencapai normal temp. so kalau start pagi dan terus rpm drop kemungkinan stepper motor atau isc kit ini yang rosak


ini diagram pemasangan asas FICD kat enjin, konsepnya sama dengan mana-mana enjin sama ada mitsu atau proton seperti yang ditunjukkan di atas

gambar ambik dari net (credit to owner). ada 3 tempat penting untuk pemasangan FICD kat engine 4G15/13 iaitu hose untuk breather, pcv valve hose dan wayar 12v compressor


perlukan 2 t-joint yang boleh didapati di kedai hardware, saiznya hedaklah bersesuaian dengan hose iaitu 7mm yang akan digunakan nanti. satu t-joint diperlukan pada breather hose dan satu lagi di pcv valve hose

inilah rupa FICD toyota, made in japan yang selalu digunakan oleh pemilik enjin mitsu atau proton untuk mengatasi masalah idling semasa on aircond

A sambungkan hose ke breather hose dan B sambung ke pcv valve hose. boleh potong hose berkenaan dan letakkan t-joint seterunya seterusnya sambung ke A dan B seperti ini

semasa on aircond rpm kereta perlu dilaras semula iaitu dengan menaikkan sedikit rpm daripada kebiasaan idling kereta. katakan idling kereta anda dalam keadaan biasa 800rpm, on aircond dan adjust kat bertanda panah tu sehingga 850rpm. arah jam turunkan rpm dan lawan jam naikkan rpm. ada sesetengah ficd menggunakan allen key untuk melaras rpm ini

proses wiring pula hanya dua sahaja iaitu satu ke body kereta atau ground dan satu lagi ke wayar compressor 12v. boleh lihat satu wayar je yang pergi ke compressor aircond. bagi ficd kebiasaannya wayar kuning stripe biru untuk ground dan grey biru untu 12v. tetapi harus diingat ada wayar ficd yang mempunyai color code tidak sama seperti yang dinyatakan ini

bracket dipasang untuk memudahkan anda meletak kat mana-mana yang difikirkan sesuai pada kereta masing-masing

ni rupa pcv valve kat enjin kereta

perlukan hose 7mm sebanyak 1 setengah meter

contoh pemasangan hose

wayar ground boleh tap kat mana-mana skru body kereta

sincerely
jefftacra

210 comments:

1 – 200 of 210   Newer›   Newest»
Anonymous said...

tq bro tacra... baru cadang nak pasang...
baru masuk highcam 272... pasang ekon enjin nak mati2 ajer...

kroll said...

Salam ... Abg Jeff, kalau kete saya ( wira 1.5 ) RPM bila bukak econd masih ok & takde masalah, bolehkah saya pasang jugak FICD nie ...

jeff_tacra said...

boleh je pasang, rasa ringan sikit semasa compressor kick

Anonymous said...

klu kete caburator 1.3 yg xder rpm boleh buat ke benda ni..tq

Nor said...

abg jeff...wira se auto saya ada masalah macam ni jugak kot...rpm turun kadang2...pastu taim bukak ekon patut rpm naik skit kan?pening kepale saya ni hah

jeff_tacra said...

nor, kadang-kadang tuning MUT pun dapat selesaikan masalah, kalau tak jugak try masuk FICD

Anonymous said...

mane nk cr FICD ni??

jeff_tacra said...

kalau nak boleh cari, duduk kat mana ni

Anonymous said...

FICD tu memang satu jenis jer?takut banyak jenis utk kereta2 tertentu lak

jeff_tacra said...

FICD toyota memang rupa macam ni je, tapi ada jugak yang lebih besar sedikit, function sama

Anonymous said...

dah beli FICD denso...tuning pun dah ok ..tapi memang takleh nak tinggi kan skit timing dia ye?sebab wira saya pagi2 timing 1200rpm..ingatkan nak ejas sampai 1500rpm dia...takleh...ejas tinggi skit enjin macam nak mati...

Anonymous said...

wira injection saya thn 03 xda masalah..juz kalu ble masuk gak utk ringankan lg cmpressor, trasa nak gak..saya dok putrajaya, mana nak cari FICD neh, brapa regenye bro tacra?

jeff_tacra said...

kalau nak FICD contact saya, ada satu lagi ni

tomatoman said...

gigi throttle body kena bukak tak kalau pasang ficd?

jeff_tacra said...

tak payah buka, tambah ficd je

tomatoman said...

masalahnye bila on aircond...masa keta tgh jalan...rpm naik 2k-3k tnk trun walau tk tkan minyak...klu free gear rpm ok..abg jef tlong bantu...(getah bwah throttle body tk cair,tp idling tk naik bile on aircond..tu yg pasang ficd)

Anonymous said...

mcm mane klu enjin carb...blh ke kite pasang ficd ni..klu blh?mcm mane cra nye...tq..

jeff_tacra said...

enjin carb tak dapat pasang kot, tapi ada juga saya dengar dah ada yang berjaya pasang kat carb. penyambungan macamana saya tak pasti

sky said...

bro , mana nak dapat ficd ni...

jeff_tacra said...

kalau nak FICD dengan saya ada satu, harga rm50

Anonymous said...

salam..kereta ayah saya, KIA SPECTRA tahun 2003 dah buat servis TB..tapi still ada masalah yang sama...boleh pakai FICD ne tak?ada stok lagik?

Anonymous said...

Brader jeff, macam mana nak tau wire FICD tu kita pasang dengan betul, kalau terbalik apa effect dia
TQ.

Anonymous said...

bro jeff...FICD tu u masih ada stok tak?

jeff_tacra said...

takde stock

dD69 said...

salam bro.
nk tanye camne nk tap yg +12v?

jeff_tacra said...

wire positif ficd boleh tap kat wire 12v compressor, biasa ada satu wire je masuk ke compressor

Anonymous said...

Bro....kalau enjin turbo macm EVO..sistem pasang sama ke ? hose breather masuk sblm turbo...yg dekat ngan TB takde..macamna ya ?

Anonymous said...

bro...benda ni u ada stok tak?...coz i tengo dlm ruangan sudut jualan..masi blm sold lg...plez sms sy ok..0168797784

sei auto said...

kalau pasang ficd ni gear dlm TB perlu dibuang ke?
saya guna perdana sei?pasal bdk yg pasang tu dia bawa kuar gear pd TB..minyak mcm kuat sikit la..bleh bg pendapat..tq

ahmad said...

penggunaan device nie akan menambahkan penggunaan petrol . sebaiknya tukar t.body. Device nie hanya bersifat sementara. bacaan airflow dari airflow sensor akan berubah2.

jeff_tacra said...

adakah dengan penambahan ficd ini akan menyebabkan pertambahan penggunaan petrol yang ketara. bagaimana pula bagi kereta yang tidak menggunakan air flow sensor?

dD69 said...

bro boleh tunjuk gambar tak yg mane satu 12+ compressor.

jeff_tacra said...

gambar tak ada buat masa ni, cuba tengok compressor dan hanya terdapat satu wayar sahaja yang bersambung ke compressor dan itulah wayar 12v yang diperlukan untuk memasang ficd

dD69 said...

ok akan cuba.
pasal skang ni saye tap dekat kotak belakang headlamp tu je.
ade yg cakap sane pun boleh.
nk tap kt compressor tu kena cabut batery x?

jeff_tacra said...

nak tap kat wire compressor tak perlu cabut terminal bateri

Cak said...

Bro Jef.. sya dh pasang FICD ni kt SR20DET.. berkemungkinan tak timing masa sejuk naik sampai 2.5k masa sejuk.. tp masa enjin panas timing drop sampai 400-500rpm.. walaupun aircond on..thx..

jeff_tacra said...

biasanya kalau enjin sejuk masa cold start idling akan naik dan perlahan-lahan turun apabila mencapai normal temp. masa on ekon rpm drop 400-500 cuba adjust skru kat FICD arah lawan jam untuk menaikkan idling ekon

Anonymous said...

Saya dah pasang FICD nie...cuma penyambungan hose yg ke PCV valve saya ubah ke hose break servo...hasilnya serupa..pertanyaan dr saya, boleh atau tidak dan kesannya dr cara penyambungan saya ini....

Anonymous said...

kalau enjin 1.6sohc..pcv valve tu yg mane 1 ye?

jeff_tacra said...

pcv valve tengok area cover rocker arm bahagian belakang, ada satu hose sambung ke intake manifold

Anonymous said...

ohh..yg hos kecik tu yer...

Anonymous said...

bro, sy dh psng FICD ni kt kete.. skang kalu on a/c mmg idle stabil kt 1000rpm tp kalu time bgerak/time tukar gear rpm nek ke 1500rpm pas tu bru slow2 trun ke 1000rpm kalu da stop... effect ni mmg comon ke kalu dh psng ficd ni??

jeff_tacra said...

masa on ekon tu adjust ficd biar menjadi 850-900rpm je

Anonymous said...

Salam bro, wira 1.5 VDO dah ada FIAV (TB Coolant). Adakah fungsinya sama mcm FICD ?

rokoksebate said...

salam... saya pakai engin 4g91, tp hari tu ade masalah dengan throttle body, saya pakai throttle body 4g93... bila masuk yg 4g93 rpm jadi terbalik... pasang aircond rpm jadi rendah.... boley guna kaedah macam ni ker??

jeff_tacra said...

kalau pasang ekon rpm jadi rendah bermakna stepper motor ada masalah, so anda boleh menggunakan FICD untuk mengatasi masalah ini, FICD jalan terbaik untuk menaikkan rpm semasa on aircond

Fizz said...

salam bro.. sy bru pasang FICD smlm.. mula2 pasang ok.. x da mslah..tp lepas sehari pasang FICD ni ble on acc mse nk tukar gear rpm akan naek smpai 2k.. sblm pasang FICD ni x de pon jd problm mcmni.. agk2 FICD tu rosak ke?

Anonymous said...

salam...brp kos sebenar nak pasang FICD......... ada pomen sy jumpa dia mintak RM180 siap barang+pasang.... berpatutan ke?

Fizz said...

aku pasang FICD barang+pasang bru 80 bro..rm 180 tu mahal sgt..ko cari pomen laen lah..aku list kn brg2 ngn harga skali:
FICD = rm50
t hose 8 mm 2 unit = rm12
hose 8mm = rm3
upah pasang = rm15
so, sumenye baru rm 80 :)

Anonymous said...

nak tanye?camne nak kurangkan penggunaan minyak petol untuk 4g91?kdng2 gune bnyk minyak la..jenis auto

Anonymous said...

salam bro Jeff, pasang FICD mmg ketara,
x perlu risau timing biler on air-cord,
bwk ramai pun kete x rase berat... thank bro Jeff

Anonymous said...

salam bro jeff..kete perdana v6 standard saya,,,bile idle dalam gear drive...rpm akan drop gile2...tapi kalau masuk gear neutral die stabil plak....ape masalah die yer...??adakah stepper motor problem?

4G15 said...

bro jeff, macam mane ficd toyota ni berfungsi kat enjin 4G15 proton wira fuel injection

4G15 said...

ficd toyota ni ada tak dijual kt mane2 kedai spare part ke. saya pernah tanya salah satu kedai spare part nak beli ficd toyota tapi mereka tak tau pun apa 2 ficd utk toyota. persoalan saya sekarang ada tak nama lain untuk unit ni selain dari ficd toyota.

Anonymous said...

salam bro 4G15, awk dok maner ?
kt kedai spare part area klang bwk yg jual...
sy baru jer pasang mggu lepas...
ok jer timing nyer....
pasang sndr follow bro jef nyer instruction...

Anonymous said...

Salam bro

Thanks for info. Dah lama cari.

jeff_tacra said...

ficd ni kebiasaanya dijual di mana-mana kedai halfcut, ambik dari kereta toyota. kat spare part tak pasti ada atau tidak

mus said...

FICD pakai solenoid valve. So polarity tak penting sangat. Tp mcm bro jeff ckp, 1 ke ground & 1 lag ke body kete. positif saya amik dr kotak fius. amik dr relay yg on compressor.

zulifah said...

assalamualaikum abg jef..sy ade 1 pertanyaan..sebelum ni TB sy ade masalah timing turun naik..dan ade yg mengatakan gear TB dh rosak..jd sy telah pergi kt 1 bengkel ni utk tukar gear TB tu..dan die mengesyorkn supaya wt FICD ni..sebab die ckp klu tukar gear TB die x jamin boleh tahan brape lame..jd sy pun setuju pasang FICD..lepas pasang FICD timing jd ok bile idling..dan timing x turun naik lg seperti sebelum ni..adakah cara itu tidak menjejaskan TB ?? sbb sebelum ni gear TB memang dh rosak..harap abg jef jelaskan..

zulifah said...

klu sy nk convert masuk TB dr cc kete yg lebih besar..contoh wira sy 1.5 upgrade TB 1.6 ke atas..ape kesan nye ek ??kuat mkn minyak ke ?

jeff_tacra said...

pemasangan FICD tidak mendatangkan apa-apa masalah pada enjin kereta. upgrade throttle body boleh tapi kena tuning balik untuk seimbangkan campuran antara angin dengan minya

bey5043 said...

salam bro jeff..
ade beza ke ficd toyota dan ficd denso??

jeff_tacra said...

setahu saya FICD toyota keluaran DENSO jugak, benda yang sama

mie said...

slm abg jef...kereta saya guna enjin 4G92 tapi bila on aircond kereta saya seperti terhenjut-henjut then tak stabil walaupun saya dah guna FICD...apakah puncanya dan macam mana nak hilangkannya...tq

jeff_tacra said...

try set kat FICD supaya rpm tinggi sikit masa on ekon

Anonymous said...

saya minat nk pasang tp xpandai nk buat sndiri,,kedai elektrikal tahu psg ka ficd ni boss?

Anonymous said...

as salam bang...klu wire color biru dgn kuning, yg mana satu positif dan negatif ye?

DERtY G a.k.a CashnaiDu said...

Bro JEFF_TACRA

Bro i Punya Throttle Body Dah Melting !!! saya ingat kan nak tukar lagi satu punya so i jumpa foremen kat tempat I dia cakap tak payah ganti Throttle body yg lagi satu , dia cadangkan pasang FICD VACUUM ini , dan dia cakap Throttle Body punya gear kena buka , Dan FOremen I ada tunjuk satu kereta yg dia pasang , Sebelum dia ON AIR COND , RPM kat 0.5 something , LEPAS dia ON AIR COND , RPM naik dan stabil ke 1 ,

so i ingat nak pasang sendiri FICD ini bro , sebab Foremen CAJ rm 200 , so nak your help laa bro iaitu ada ke I kena buka GEAR Throttle body ? sebab Throttle Body dah melting dah - and i guna kereta wira 1.8 4g93 -

Thanks
Kesh -

bem69 said...

Jeff_Tacra,

kereta saya ni ada overheat bebaru ni tapi selamat lagi... malangnya dah tukar pomen pasal pomen lama penyebab overheat tu. Saya dah install FICD, tapi lepas depa fix radiator service ngan tukar thermometer sensor keta saya, RPM saya skang tak betul bile jam. Temperature semua ok. Nak tau ni masalah FICD ke?

Dalam jam, RPM akan atas bawah, and dalam jam kene selalu tekan clutch takut keta jalan sendiri dalam jam. Atau cara paling selamat tutup aircon la. Sekarang ni nak tanya, bila RPM 900 - 2000, and kekadang tu, dia lama betul kat 2000 before turun balik and aircon sejuk balik, ni masalah FICD ke?

Thanks, pasal pomen saya pun tau nak adjust so kene cuba carik penyelesaian sendiri.

jeff_tacra said...

tak dinyatakan enjin apa dan kereta apa

Anonymous said...

bro kalau nak pasang ficd pada kereta yang ada airflow mcmana? dah cuba pasang tapi masih tak dapat

amirul v6 said...

bem69...tu prob TB uh...
wira saye un prna jd cam uh...
TB kotor...
cbe start enjin pastu trik tali myak n smbur WD40 kt TB uh...
tp kne cbut air filter hose dlu...
buat la dlam 3hari skali...
insyallah baek la dye...

Anonymous said...

salam bang jeff..klu nak msuk ficd ke wira 1.3 VDO bleh x? sbb ada jual d mudah suma bleh msuk kcuali yg pki VDO..bg skali link tu
http://www.mudah.my/FiCD+toyota-15867465.htm
tq..

Anonymous said...

bro tacra,saya ada pasang oil catch tank pada enjin 4g15.Jika saya ingin menambah FICD ni adakah saya perlu buat T joint supaya dapat berkongsi dengan saluran hose untuk oil catch tank?..kebetulan sambungannya seperti dinyatakan dalam diagram saudara tacra menyamai tempat saluran sambungan untuk oil catch tank

jeff_tacra said...

Kena gunakan t-joint untuk memasang ficd

Anonymous said...

sy bru siap pasang je ni,trma ksh abg jef kerana bg direction utk pasang s'diri.enjin mmg ringan ble on aircond,tp meter rpm t'gedik2 ble on aircond,kdg2 jd ok blk.knp jd mcm tu,ade shot ape2 ke?

Anonymous said...

salam abg jeff..
+ve compressor sama x dengan +ve bateri?... nak ambil +ve compressor susahlah kat injen gsr ni..

jeff_tacra said...

+ compressor tak sama dengan + bateri, kat enjin gsr tak susah sangat, tengok wire ke compressor satu je masuk situ, wire kuning

Anonymous said...

salam abg jeff.. saya ada SOALAN YANG BAIK... adakah boleh jika kita tutup terus fungsi idle enjin yg ada pada throttel body (BUKAN saja sekadar buang gear tapi tutup lubangnya) dan gunakan fungsi FICD sepenuhnya..saya rasa ini akan memadamkan semua masalah enjin turun naik... PERsoalannya adalah adakah FICD tu mempunyai fungsi idle speed control atau hanya untuk idle enjin bila pasang ekon sahaja...

Anonymous said...

salam abg jeff.. saya AZHAR..KL...saya ada SOALAN YANG BAIK... adakah boleh jika kita tutup terus fungsi idle enjin yg ada pada throttel body (BUKAN saja sekadar buang gear tapi tutup lubangnya) dan gunakan fungsi FICD sepenuhnya..saya rasa ini akan memadamkan semua masalah enjin turun naik... PERsoalannya adalah adakah FICD tu mempunyai fungsi idle speed control atau hanya untuk idle enjin bila pasang ekon sahaja...
July 8, 2012 8:39 PM

Anonymous said...

pada pandangan saya... rpm tak stabil bila pasang FICD adalah kerana sudah ada 2 fungsi idle engine pada kereta... walaupun gear TB dah buang tapi tetap ada lubang udara yang sebelumnya dikawal oleh ISC servo kit pada TB, tapi kini tidak lagi dikawal aliran udaranya dan bila on aircon ficd akan tambah lg udara yang sudah sedia tidak dikawal akibat gear TB suda rosak atau sistem idle TB tidak berfungsi..apa pendapat abg jeff kalao lubang kecik pada TB itu ditutup sepenuhnya dengan apa2 cara/rapatkan skru.. dan hanya membenarkan laluan udara melalui butterfly sahaja... APA KATA ABG JEFF

Anonymous said...

bro jeff, sy dah pasang ficd ni.. tp bila enjin sejuk, idling dia rendah sgt... knp ye?

jeff_tacra said...

sebenarnya FICD tu function bila on aircond sahaja dan sekiranya aircond tidak dipasang ficd tak function sebab itulah kita ambik voltage dari wire + pada compressor

Anonymous said...

dah try adjust skru udara pd TB smp rapat... pastu adjust cabble minyak smp rpm 1k.. tp masalahnyer, lepas tutp enjin, timing rendah balik dan adjust balik cabble tu bagi stabil rpm... tp masalah balik lepas tutup enjin.. kali ni rpm jadi tinggi pulak... yg bestnye tuko TB baru seketul.. tp masalahnyer x tahan lama... caner ni abg jeff?

Anonymous said...

slm...cr nk tap wyr comp 12v tu..potong n join ngn wyr ficd @guna connector mcm joint wyr elektrik...abg jep..

jeff_tacra said...

Tak perlu potong wire compressor, just tap je kat wire tu

budin said...

Salam abg Jeff, nak tanya ni betui ka sy nak pasang FICD kat WIRA SE standad ni, tp membe sy pomen biasa2 kata tak perlu.. apa betui kata dia?

jeff_tacra said...

kalau tak ada masalah on aircond rpm drop memang tak perlu pasang

budin said...

drop mmg drop la skit bbanding normal idle, tp 1 lg masalah masa on aircond bila kita tetiba lepas paddle minyak, enjin mcm nak mampuih gitu... ada sangkutan maslah TB kotor ka atau mmg normal? cadang nak pasang gak la FICD ni, abg jeff ada stok ka?

Anonymous said...

slm..sy skrg pkai o.c.t,hose yg mn nk dipotong (in @ out )untuk bolehkn sy msukn t joint dan seterusya utk pmsangn ficd...

Anonymous said...

Enjin evo 3 pasang boleh x? Mcm mana cara psg tu?
Harap bantu..

jeff_tacra said...

mana-mana enjin injection boleh pakai FICD ini, cara pasang basic adalah sama seperti yang ditunjukkan di atas

Anonymous said...

Boleh ficd dipasang pada engine nissan n16 saya? cara pemasangan sama x?

anak laut said...

salam bro jeff...saya baru je pasang ficd tapi timing still rendahla....erm kalau pasang wayar + terbalik ada kesan x?

Goch said...

Hi bro Jeff..
Slamat hari raya...
gembira jumpa blog bro...
Saya guna kereta Nissan AD Resort 1.6 manual. Baru2 ni keta ADR saya ni general overhaul... enjin running & rpm ok sudah...
Problemnya... ada masanya bila on aircon semasa driving, bila stop kat traffic light atau mana2 simpang, terutamanya bla brek mengejut...enjin boleh stop/mati dgn sendiri...bila start ok pula, tiada sebarang mslh utk start...problm ni bukan selalu tapi merisaukan juga terutamanya bila masuk bandar.
Adakah problem ni ada kaitan dgn FICD..( rasanya mcm ada ficd dah...)
mungkinkah perlu ganti baru?
trimakasih bro..

jeff_tacra said...

Kalau masalah macam tu kemungkinan ada kaitan dengan ficd, sebenarnya setiap kereta ada ficd tersendiri, try check dulu ficd kereta saudara

Anonymous said...

salam.bro jeff nk tnya ckit la. knp FICD sy xda tmpt adjust timing tu, pastu ada 3 inlet tmpt msk hose???

Anonymous said...

salam abg jeff..nk tnye sya pakai enjin soch vtec..masalal bukak ekon jd nk mati past 2 time bawak terasa yg ekon tarik kuasa enjin..adakah ficd ni juga akan selesaikan msalah masa jalan ekon rasa tarik kuasa enjin(tak smooth)..thx

Wan Irwan said...

Abg jef saya dah pakai ficd toyota punya di engine 4g63 na saya,soalan saya,boleh ke saya cabut soket idle valve saya tu,maksud saya saya terus tak pakai idle valve,saya hanya pakai ficd aje

Wan Irwan said...

Abg jef saya dah pakai ficd toyota punya di engine 4g63 na saya,soalan saya,boleh ke saya cabut soket idle valve saya tu,maksud saya saya terus tak pakai idle valve,saya hanya pakai ficd aje

Nurul Qalbi Darwis said...

Abg...sy pakai iswara.dh convert eng 4g91 auto.masalah skrg,bila masuk gear,engine mati.2 bln lpas pomen tukar ecu or com board auto.ok kjap.then jd balik.apa nak buat?ikut hati nak tukar balik gear auto wira

Razman Bin Mat Ali said...

boleh tolong x camner nak pasang tuk enjin karburator..

Anonymous said...

salam...ficd sume same ke? utk wira 1.6 adkah kene masuk ficd yg 1.6 punyer?

Anonymous said...

razman, sy rase bole pasang kat engine carb. sbb tmpt nk pasang hanya libatkan Breather hose,PCV hose, ngn tap positif ke wire 12v compressor shj. FICD tu pandai2 le carik tmpt yg ada ruang kat body tu utk ikat ngn bracket.

azlan alis said...

salam abg jeff...saya dah bli dah ficd..tp masalahnya wire dia mai satu kuning satu lagi biru/oren..yg mna nak tab dgan comp???

azlan alis said...

ada x cara kita nak check wire yang mna comp yg mna tuk body??

Anonymous said...

salam abg jeff.. saya nak tnya, keta saya ni bila nak start jer mesti mati enjin, nak bagi hidup tpksa la tekan minyak sikit, baru la enjin ok.. tu pun timing mcm rendah, kalau pasang aircond lagi la enjin tu mati.. boleh minta no phone abg jeff ker?? email kat nazirul_87@yahoo.com.. tak pun call 0165872304

azhar mohd said...

salam.bro jeff..mnta maafla nak bertanya skit harap bro xde masalah la nk jawb ye.
saya kete kecik jer.kancil L2s.baru2 ni foreman buat top overhall sesudah jer siap semua shingga skrag enjen kete sy memg x stabil. bila je on aircond memg rpm jatu dan enjen bergegar.ada kalanya rnjrn mati jgak..

nk tnya sikit ada x FICD toyota pnya ble dipakai ker x di kete sy.ni no sy tn.0193451962.

Anonymous said...

assalam..bro jeff.,saya nak tanya,ada kaitan tak kalo free gear rpm naik semasa ekon pasang?

jeff_tacra said...

masalah on aircond dan rpm jatuh selalu berkaitan dengan ISC pada kereta, kemungkinan dah rosak dan perlu ditukar dengan yang baru

shahz wira said...

broo jeff,ad stok lg x ficd?ngat nk try pake lh..

aris said...

Salam.sy dh psang ficd..masalahnye bila matikan enjin dan nk start smula timing terlalu rndah dan kene tekan minyak.

Anonymous said...

slm abg jef sy pakai waja 4g18...masalahnya bila saya on aircond selama lebih 1 jam keadaan parking timing kereta akan nak mati dan bila drive kereta akan tersenguk-senguk kenapa...apa masalahnye ang jef'

Anonymous said...

bro jef,kalo gne yg elin key..adjust die mmg tggi rndh tggi rndah ke?ikot arah jam

wira junior said...

bro jeff,hose A ngn B tu nk kne kmas ke?die pnye gtah?ad presure x?ke xpe lau longgar kit gtah 2

jeff_tacra said...

Adjust ikut jam rpm rendah dan begitulah sebaliknya. Hose kena pasang klip bagi kemas supaya tiada kebocoran vakum

wira junior said...

ap akn jd kalau hose x ktat?ap effect die?
kebocoran vakum lak?ap ksan die

pae99 said...

Saya guna wira 1.5 manual.saya dah add ngv, semasa guna ngv, timing semasa idle rendah sangat DAN kadang terus mati. Macam mana nak naikkan ke 800rpm, adakah boleh guna FICD?

Mat Larney said...

salaam....abe mat nak tanya apa beza throttle body wira 1.6 dengan 1.8?nampak sama besar je..

Anonymous said...

salm bang jef, da psang da mnde 2,tp lau masa drive on ekon,die jd kjap trik mse kpas pusing,kjap 2 lpas,ap ek mslh? HARAP MMBANTU

abe mat said...

tu bukan masa kipas pusing tapi masa compressor ekon bekerja..biasa la tu..ni mesti kete engko tak pernah ada ekon sblm ni

Anonymous said...

hahaha..2 taon lbh kompresor rosak, lau xnk ad rse lngsong bleh wt x?

Anonymous said...

salam.nak tnye kereta saya wira 1.6,bila sye start je gear kat throtle body 2 pusing x berhnti.enjin mati2.bla pomen dtg tgk.die cek die kata kene tkr throttle.jdi kalo sye psng ficd 2.throttle body sye bolh jdi normal x???

Anonymous said...

Salam bro Jeff.. sya dah wat proses ficd ni.. semua ok jek dan timing cun masa buka aircond, tp masalah skrg kenapa hos pipe yg dari PVC Valve tu ke FICD dia jd leper.. maksudnya mcm kena sedut angin dan hos tu mcm tertutup aliran lobang dia...

jeff_tacra said...

kena gunakan hose yang sesuai seperti fuel hose yang ada benang kat dalam tu. kalau guna hose biasa tak tahan

Sharol 4G92 said...

ISC tu kat mana? dalam throttle body ke?

Anonymous said...

salam... kete waja auto 2002 sy pon mula buat hal rpm turun bila on aircond dan enjin mudah mati.... bila startenjin pon begitu pd awalnye.... apa cdgn terbaik yer... tukar throotle body baru/ pasang ficd ni jer....

Anonymous said...

salam..sy da pasang ficd ni kat kereta sy ( iswara uk spec) masalahnya skang ni, pomen yang pasang ficd ni die xde lak wat mcm abg wat ni,paip die terus jek g kat ficd, xde masuk t joint sambung kat breather hose ngan valve hose sbb masa sabung kat 2 2 hose tu, pasang air cond timing terus jatuh, so die terus direct kan jek..skang breather hose ngan valve hose sy terdedah camtu jek ( xde sambungan kemana2)..ada effect x kat kereta..harap dapt balas ngan segera

Arifin Idris said...

salam bri jeff saya nak buat kereta honda accord 1994 2.0 boleh k pasang ficd??? saya tinggal dekt kajang nk pasang kn ficd kt bengkal bro..no no tel sy 0173885605- mntk kasi no tel kt arifinidris @gmail.com

Anonymous said...

assalam en jeff.. kalo pulas kiri-kanan ( smpai abih) adjuster ficd tu, tp nothing happen- x naik/turun pn rpm dia (tp rpm dh ok dh masa on ekon- x drop dh), faulty ke ficd tu? kalo faulty, nk g tukar kt kdai potong smula sbb warranty 2 minggu..

Anonymous said...

sya dh lama guna & bnyk psg pd mmbr2.. mmg tul dia mnambah pgunaan minyak petrol..

Sharol 4G92 said...

kalau ia menambahkan penggunaan minyak petrol,so solution nya ialah tukar throttle body lah jawabnya kalau x nk rpm drop masa on aircond ye x?

mazri omar said...

tq boh.leh tlg antar gambar untk pasang ficd kat kete waja 1.6 mitsu..
mazrijuara@gmail@com

Anonymous said...

salam...untuk wira 1.6 t join untuk pcv tu nak sambung yang mana satu sebab ade dua hose lah pulak...satu tu pergi ke fuel rail dan yg lagi satu tu pergi ke intake manifold dan lagi satu ficd yg saya dah beli tu ada wayar biru dan kuning mana satu nak tab ke compressor....tq abang jeff

Anonymous said...

Bro waja saya rpm jd makin tinggi bile buka aircond..aritu kereta masuk banjir..steper t/body dh tkr,rpm jd gile walaupun dh tuning..boleh pakai ficd x?

syumul said...

mana satu ni bro?

ader satu kaler merah stripe kuning

satu lagi kaler putih stripe merah.

yang mana satu ground dan mana satu positif utk compresor?

assiddiq sidiq said...

salam,..adakah ficd ini boleh dipasang semua kereta yg memakai injection,..adakah enjin L 200 s yg memakai injection pun bole memakai ficd,..harap mmbantu

jeff_tacra said...

FICD ini boleh dikatakan dapat dipasang pada kebanyak kereta injection

kozi92 said...

Salam..saudara,,saya ade problem skit ni..FICd ni saya dah pasang timing dah ok bila on a/cond tapi masalh nya masa saya bawak gear 2 nak masuk gear 3 masa tu tekan rapat lah skit sampai rpm 5 nak masuk gear 4 semasa tekan pedal clucth 2 rpm jadi down sampai rpm 0 selepas lepas clucth ok balik...plezz saudara ape masalah 2...Saya orng bukit payong..

Irfan Affandy said...

salam bro.. ada sikit konpiius kat wayar yg kne connect dgn 12v compressor tu.. pkai selit kat soket tu je ke achaner?

kozi92 said...

Harap2 boleh mbantu...

kozi92 said...

Salam bos,,kereta saya result masih same selepas pakai ficd ni..timing down time buke acond..habis cara dah saya buat tukar tb,plug,water pump..masih x jadi..kalu boleh rekmen kan pomen2 otai dekat area kule ganu,marang..abis pomen cari sume x setel blake...Enjin evo 3,,harap2 boleh mbntu.salam

kozi92 said...

salam a.jeff,,kereta saya masih dapat result yang sama selepas pakai ficd nie,,timing down time buka acond,,abis cara dah saya buat tukar tb,plug,feul pump masih result saya same,,kalau boleh ape lagi yang berkaitan dengan timimg down nie,,abis pomen dah saya cari sume x jadi,,kalu boleh nak mintak a.jeff rekmen pomen2 otai skit area k.terengganu @ marang...salam

jeff_tacra said...

patutnya kalau pasang ficd dah selesai masalah timing drop masa on aircond. enjin apa?

kozi92 said...

perdana enjin evo 3,,saya x tahu dah nak buat macam mana..bnyak pomen dah cari...time tak pasang aircond ok je timing,,nak kate fuel pump mam x saboh..pakai jenis walbro 255 lph hi dah..

kozi92 said...

satu lagi time kita lepas pedal minyak time bawak laju kereta jadi terhenjut2..

yie said...

salam otai2...klu yg hose u ke breather hose tu saya gnti dgn air filter kecik,sambung ke ficd, ade beza x bro..

ShippuDen said...

salam bang....saye dah install benda nie..tapi masaalah nya mula2 ok je...tapi lepas jalan jauh...rpm pandai drop balik...bile saye cabut hus dekat pcv valve 2....engine mati pulak....sepatut nya bile cabut benda tu rpm akan naik kan?mushkil lah dengan engine nie apa masaalah nye bang?engine jenis 4g91...

BravoEchoRomeo said...

Salam abg jeff. Nak tanya enjin 4g15 VDO bleh pakai ke Ficd ni ? enjin saya masa on aircond, tgh jalan ok tapi amsa nak berhenti rev rendah n engine mati..tak tau plak kenapa camtu..

jeff_tacra said...

kalau vdo try dulu tuning berkomputer, boleh adjust naikkan sikit idle semasa aircond dipasang. kalau tak jadi juga baru masukan FICD

BravoEchoRomeo said...

okok..so confirm la eh vdo bleh pakai Ficd jgak ? just ikut chart abg jeff tunjuk kat atas..sebab tgk gambar tu engine 4g15 vdo.. :)

muhammad rizal mohd sham said...

Salam abg jeff...sy rizal dr jb nk tnyela sy baru psang ficd kt waja enjin 4g18..masalahnya bila nk on ekon RPM enjin drop mcm nk mati then baru diA stabil semula..agak2 abg knpe ek?pomen yg pasang dia ckp kena try ficd yg lain dlu tkot yg ni problem..ada kemungkinan ke?

Luqman said...

nk pasang jgk ficd niw.. dkt area kuala terengganu ade x ficd ni??

Rzlan jenal said...

Asalamualaikum abg jeff..Kreta saya ada problem yg dimaksudkan..masalahnye ada foreman yg cakap proton wira se macam saya tak boleh masuk FICD nih..sebab guna VDO..mintak pendapat abg jeff..terima kasih

Mohammad Qamaruzzaman said...

Salam,Saya pengguna dan main kete Mazda 323 ekor panjang carburator model lama, dah mmg ada guna FICD. lepas tu tukar enjin B8 pun ade FICD. FICD ni kete luar banyak pakai... betul mmg terasa kesan bila FICD rosak. bukak Aircond pikap terus lembap..kalau FICD tu tengah cun bukak aircond x terasa beratnya.. Cuba pasang kat kete tuan puan. kalau kete baru elok pakai. mmg sedap naik flyover / bukit tanpa tutup aircond.

Mohammad Qamaruzzaman said...

Salam,Saya pengguna dan main kete Mazda 323 ekor panjang carburator model lama, dah mmg ada guna FICD. lepas tu tukar enjin B8 pun ade FICD. FICD ni kete luar banyak pakai... betul mmg terasa kesan bila FICD rosak. bukak Aircond pikap terus lembap..kalau FICD tu tengah cun bukak aircond x terasa beratnya.. Cuba pasang kat kete tuan puan. kalau kete baru elok pakai. mmg sedap naik flyover / bukit tanpa tutup aircond.

munawarah said...

as salam bro jeff . keta waja saya rasa memang nak kena pasang FICD ni . simptom mmg sama mcm komen2 di atas. di mudah ada jual denso punya rm 80. cuma masalah sekarang ni saya perlukan bantuan untuk pasang FICD ni . bro jeff leh rekemen sesiapa yang boleh bantu?.

张建伦 said...

hi, saya perlu bantuan, saya pakai perdana V6'06 saya punya problem is, bila on air cond, rpm akan turun ke kurang drpd 500rpm (dan engine gegar) dan selepas 10 saat dia akan naik semula ke 800rpm(normal), dan proses ini berlanjut selepas air cond compressor dis engaged.
kalau air cond off, ia smooth saja. adakah problem saya ini boleh diatasi oleh FICD and dimana boleh saya beli alat ini? siapa boleh tolong saya pasang? juga harganya berapa?
terima kasih.

张建伦 said...

hi, saya perlu bantuan, saya pakai perdana V6'06 saya punya problem is, bila on air cond, rpm akan turun ke kurang drpd 500rpm (dan engine gegar) dan selepas 10 saat dia akan naik semula ke 800rpm(normal), dan proses ini berlanjut selepas air cond compressor dis engaged.
kalau air cond off, ia smooth saja. adakah problem saya ini boleh diatasi oleh FICD and dimana boleh saya beli alat ini? siapa boleh tolong saya pasang? juga harganya berapa?
terima kasih.

jeff_tacra said...

kedai halfcut ada jual ficd ni dengan harga rm50 sahaja, pomen pun boleh pasang atau nak diy sendiri pun boleh

lazuardi dcc said...

as-salam abg jeff, cmnr nk tahu FICD lau rosak ?
sbb biler adjust timing, FICD nyer fungsi, cume kete terase berat time pasang aircond...
minta bantuan & penjelasan....

Fauzul Aziz said...

FICD nie boleh guna ke untuk kancil 850? kalau untuk kancil 850 mcm mana nak dapat FICD ini.

jeff_tacra said...

semua kereta injection boleh pasang FICD

Fauzi Bulat said...

Nk tnyer sy pkai 4g91..kat mne yer wayr kompressor..

hearthunterhelmsley said...

berjaya DIY ficd.. TQ bro Jeff..

aidycreativeart said...

salam...
saya pakai wira enjin 1.5 carburetor, boleh jugak pakai ficd ni ker & cara pemasangan sama mcm yg injection yg bro tunjuk ke?

Zentex Zx said...

kalau untuk enjin gsr ck turbo lak mcn mn nk pasang???

Zentex Zx said...

kalau untuk enjin gsr ck turbo lak mcn mn nk pasang???

blog promosi proton sepanjang tahun said...

Boleh tak guna ficd kat saga blm 1.3 manual. Kerana bila pasang aircond bawa 5 penumpang dan barang kereta jadi berat dan seperti tertarik-tarik.

MAZA PIZZA said...

saya dah pasang benda ni , performance blom try lagi. setakat jalan dekat2 ada beza gak la bila pasang ekon, ringan skit.....
enjin 4g15 vdo 1.5 auto ...thanks abg jeff....

lan said...

As salam bro...sy pakai wira se tahun 2004,, kete saya kalo x silap sejak beli lagi ( first hand) mmg idling akan drop teruk mcm nak mati enjin. Bila check kt proton servis diaorg kata normal....x logik tol...sy slalu buat PDT test..spray throttle body..dok mcm tu la jugak. Bila bwk dlm jem @ tempat sibuk mmg sakit ati dan letih sbb kereta akan sentap bila compressor on ..sentapan mmg kasar dan enjin terasa berat dan loss power...nak overtake pun takut sbb enjin x lancar.....

Luqman said...

da cube pasang ficd ni ke?

ANIZAN PANGKOR said...
This comment has been removed by the author.
Luqman said...

ade x kdai mne2 or sape2 nk jual ficd nih kt area gambang or kuantan skali ngn pasang?

Muhammad Asri Abu Adam said...

Salam..tumpang tnye sy dh pkai ficd tp knapa mse nk off ekon timing naek smpi 2000 rpm lpas 2 3 sec bru trun..adkah normal atau ade masalah kt ficd

syumul said...

Pening dengan kod warna wayar nih.

camner bro? Aku nyer FICD ada dua wayar:
1. warna merah belang kuning

2. warna putih belang merah

Mana satu untuk ground ? mana satu positif untuk compressor?

zack said...

saya pakai kancil enjin l2..timing tinggi rendah..boleh ke pakai ficd ni?

Kent James said...

slmt ptg tuan...boleh tuan terangkn macam mana nak pasang FICD ni kat Enjin yg guna karberator?...terima kasih tuan...

dusuntua said...

sy dah try FICD dan pasang ikut dlm step ni. mmg menjadi. tapi selepas tu rasa macam tak puas hati dan buat search skit lagi dan jumpa masalah sebenarnya, EGR valve sumbat!!

Dalam forum yg lain disebut FICD tak menyelesaikan punca masalah timing keta turun naik bahkan boleh effect brake system dan makan minyak lagi banyak. Tapi dalam forum pun tak bagitahu punca masalahnyatu.

kalau engin baru skrg guna VVT mmg takda masalah. engin2 lama semua pakai EGR valve. agak pelik bila banyak forum yg bincang tentang idling turun naik langsung tak sentuh ttg masalah EGR valve.

maklumat EGR valve ni pun dapat secara kebetulan bila nak cari fungsi host kat atas throtle body (PEA) tu. Cadangan sy, selepas cuci throtle body dan tukar ISC kit, try cuci EGR valve sb biasanya sumbat. baca skit ttg EGR valve kat tenet akan faham peri penting fungsinya pada enjin. lokasi EGR valve di engine? anda kena cari sendiri sb mungkin ramai mekanik yg tak tahu.

AntiRasisSampaiMati said...

salam abg jeff...boleh sy tau kt mne nk cari FICD ni kt area kuala terengganu?

anis playwood said...

FICD ni blh pasang kat kedai ka?

anis playwood said...

Blurr tentang keta ni..

Shaun Lee said...

Abang Jeff, wira saya kalau on air cond, rpm akan jatuh sampai 500rpm selepas I lepaskan throttle. Tapi kalau air cond off, rpm x akan jatuh.
Abang Jeff, mintak tunjuk ajar sikit. Dah try banyak cara tapi x jadi.

Sharol 4G92 said...

EGR Valve brapa harganya utk wira 1.6?

Sharol 4G92 said...

EGR Valve brapa harganya utk wira 1.6?

Sharol 4G92 said...

Alhamdulillah...setelah 4 tahun bergelumang dengan masalah rpm drop bila on aircond,akhirnya hari saya berjaya menyelesaikan masalah yg saya hadapi selama ini...dari pengalaman saya,dah 2 biji throttle body saya beli, masalah tetap x selesai,beli ficd pulak sampai 3 biji,pun x selesai jgk masalah...hantar bengkel sana sini pon x jgk selesai masalah...bila aircond on,rpm drop sampai enjin bergegar,dashboard serta dalaman kereta ikut bergegar jgk smpai enjin mati....cukup memeritkan hingga saya berkira2 utk jual kereta saya...hari ini, setelah saya service EGR Valve kereta sy,masalah selesai sepenuhnya...tq bnyk2 kepada ."dusuntua" yg memberi petunjuk....

Charlotte Enriquez said...

hi! i need your help please.can you help me install ficd to my waja?
thank you please help me

KancilBuruk said...

kat kdai spare part ada jual x FCID ni atau cr kat Hafkat..?

Arctox said...

Salam Sharol,

Just nak tanya service EGR Valve buat sendiri ker?
Kalau buat sendiri senang x.. saya pakai 4g15 minta tunjuk ajar

ben bentos said...

EGR valve wira 1.3gl kt sebelah mne ea bro dusuntua? sbb sy tgk mcm xde jak kt engin keta ak ni.
sy pakai 4g13
minta tolong sangat2 :)

haiqal said...

tq bro jeff dgn diagram ficd, saya guna ficd denso baru ada skru adjust, timing tak turun tak naik sama jer tiada perubahan cuma on econ enjin tak mati dah, saya pasang kat enjin evo 3 saya tp sebelum tue saya buka angib TB skit dan distributor skit jer...dah ok keter makin power....hee

haiqal said...

saya nak post gambar ficd yg dah siap pasang ke blog nie sebagai rujukan kawan kawan semua...tp tak pandai....ok bro jeff camana nak kasi pic supaya boleh taruk dlm blog nie...tuk rakan rakan semua

Khairul Anuar said...

Salam abg Jeff, enjin kete saya 4G92P...timing masa idling teruk, range 1k - 1.5k rpm....soket throttle body dah cair, boleh ok ke bila pasang FICD?

jeff_tacra said...

adjust BISS screw kat throttle body untuk turunkan idling. boleh juga tukar half throttle body bahagian bawah dengan yang baru, ada jual kat kedai spare part. ficd hanya yang bermasalah aircond sahaja

Noor Sherman said...

Sistem caburator lupakan je laa nak psg benda ni....sebab minyak jadi kuat'a problemnyee angin tak cukup bawah 3je.klau hantar tunning enjin

khairul anuar said...

Bro jeff.. boleh bg care2 nk pasang ficd utk 4g92 satria tak boss.. gegar teruk sngat laa.. serabut kepala..

MOHD FADHLI ARIF AHMAD said...

Salam. Bro Jeff.. Masalah sy, time idle biasa rpm 1000. bila on aircond drop jd 700. Sebelum ni ok. FICD dh lama pasang. apa masalah ya? TQ

ady said...

Egr valve boleh service sendiri

ady said...

biasa egr valve yg paling besar antara semua valve yg ada. klu injection, ada hose bersambung di bahagian atas throttle body (biasa ada tulis P E A. bahagian E merujuk kpd EGR). badan egr valve bersambung terus dengan intake manifold dgn 2 skru.

radhi mishary said...

Salam abg jeff.. Nak tnya sikit, kereta sy wira fuel injection 1.3.. Bolehkah sy guna MSD ignition racing untuk engine ini

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 210   Newer› Newest»