Rocker Arm Spray

hari ni projek diy berjalan lagi iaitu mengecat atau spray rocker arm. biasalah kalau hujung minggu dan hari sabtu, pasti ada yang call buat temu janji untuk menjalankan kerja-kerja diy ini. itu pun kalau saya tak ada hal lain. kalau ada hal lain terpaksalah batalkan apa-apa kerja berkaitan kereta. hari-hari biasa saya kerja tetap sebagai penjawat awam manakala hari jumaat merupaka hari saya berehat. oleh itu kebiasaannya hanya hari sabtu sahaja saya jalankan kerja-kerja berkaitan kereta ini. warna pilihan owner kereta tu ialah kaler silver biasa je. lihat gambar seterusnya

ini lah kereta yang dimaksudkan tadi, wira star silver. owner dari jauh datang ni, asa enjin 1.5 VDO tapi dah upgrade ke twincam 4G91 auto. cc kereta tak berubah tapi tetap kena inspection di puspakom untuk endorse enjin baru

kena dapatkan spray hi-temp yang ada 3 star seperti gambar di atas. cat ini untuk high temp atau tahan panas untuk suhu tertentu. biasanya cat high temp yang dalam tin macam ni hanya ada dua warna sahaja iaitu hitam flat dan silver. sebenarnya kalau nak warna selain dua warni pada rocker cover enjin, kita perlu spray warna silver ini terlebih dahulu dan apabila telah kering barulah kita spray dengan apa-apa warna mengikut cita rasa masing-masing. kiranya warna silver ini adala hsebagai undercoat sahaja

proses kali ni ialah tanpa membuka rocker arm, hanya spray terus tapi banyak kerja lah nak cover part lain supaya tidak terkena cat nanti. cover dengan suratkhabr je pun dah memadai. tutplah bahagian-bahagian tertentu supaya tidak kena spray nanti

buka cable plug dan hose berkaitan, cover dengan kertas surat khabar

enjin mitsubishi DOHC 4G91 1500 cc

pomen sedang melakukan kerja-kerja mengecat, pakai cat tin je...

buat satu layer pertama senipis yang boleh, bila kering apply layer kedua. perlu diingat setiap layer yang dispray hedaklah dibiarkan kering seketika supaya cat jadi rata dan tidak menggerutu

layer terakhir

bila dah kering tunggu seketika dan buka semua suratkhabar tadi. pasang balik peralatan seperti pada awalnya tadi

nampak baru sikit...

siap sepenuhnya, pemilihan warna bergantung pada kegemaran masing-masing dan pastikan guna cat hi-temp supaya tahan lama dan tahan panas

sincerely
jefftacra