VTTR Disc Rotor

bertemu lagi dengan entri mengenai pemasangan vvtr slotted and drilled disc rotor untuk kereta myvi dan boleh juga dipadankan pada perodua viva dengan syarat menggunakan caliper myvi. kalau myvi hanya plug n play sahaja manakala bagi kereta viva kena gunakan caliper myvi, plug n play juga sekiranya hendak memasang caliper myvi pada viva

disc rotor VTTR untuk myvi, sama seperti saiz asal perodua myvi. boleh didapati di kedai performance dengan harga sekitar rm380 - rm400 sepasang untuk hadapan sahaja

pertamanya buka tayar kereta dan anda akan lihat disc rotor serta caliper

buka nat 14mm pada bahagian atas dan bawah, ada sesetengahnya yang menyebut pin caliper untuk mengeluarkan brake pad

keluarkan caliper

keluarkan brake pad

buka dua biji nat atas dan bawah bracket caliper, nat bersaiz 17mm

keluarkan bracket caliper

setelah caliper dikeluarkan maka bolehlah keluarkan pula disc rotor. kadang-kadang pada sesetengah kereta disc rotor ini sangat susah dan ketat untuk dikeluarkan akibat karat dan sebagainya

 ini pula ialah perbezaan pad brake suzuki ERV (atas) dan MYVI (bawah). bentuk pad sama antara keduanya dan boleh dipasangkan pada caliper myvi, kelebihannya ialah cengkaman akan menjadi lebih kuat kerana permukaan pad ERV lebih lebar daripada pad myvi

 tiba masanya untuk pasangkan disc roto baru

 disc yang telah siap terpasang

pasangkan caliper dan pad brake

 owner hanya menggunakan pad brake brand FBK sahaja

 disc roto myvi yang tidak dipakai lagi

 disc rotor VTTR dan standard MYVI

siap dipasang pada tempatnya. pasangkan tayar dan sebelum anda memulakan perjalanan pump brake dulu beberapa kali untuk mengekalkan minyak brake pada tempatnya. permukaan disc vttr yang hitam itu apabila bergesel dengan pad brake akan menghasilkan permukaan besi macam disc biasa

sekian, terima kasih
jumpa lagi

5 comments:

kruzz said...

kenapa tukar? atau apa kelebihannya bos?

Pyanto said...

sedap kalau guna x-drilled slotted ni, cengkam lebih dan masa brek high speed tak cepat fading klu yang guna pad murah2 ni. Masa hujan pun air tak melekat cepat je menangkap :)

jeff_tacra said...

owner kereta ni tukar dengan disc ini kerana disc asal bengkok sikit, masa brek ada gegaran dan boleh dirasai pada stereng. bila masuk disc ni masalah tadi selesai

Rudy said...

Berapa harga rotor ni utk myvi 1.3 kat mana boleh beli

Rudy said...

Berapa harga rotor ni utk myvi 1.3 kat mana boleh beli