Info & Tips Vol. 9

assalam dan salam sejahtera. entri kali ini saya akan terangkan mengenai wire tertentu yang terdapat pada kereta proton khususnya wira serta pengguna enjin 4G9X mitsubishi iaitu terdapat 3 wire bersoket sekitar firewall bersebelahan dengan servo brake dalam ruang enjin kereta. ada dalam kalangan pengguna kereta yang mengetahui apa fungsi wire tersebut dan saya percaya ramai dalam kalangan pengguna enjin jenis ini tidak mengetahui apakah tujuan soket serta wire tersebut. saya akan paparkan gambar kedudukan wire bersoket itu nanti di bawah ini. sebenarnya ada tujuan tertentu mengapa hadirnya wire tersebut pada tempat yang saya nyatakan tadi. tujuannya untuk memudahkan urusan kita juga :)




ok, sekarang bolehlah buka bonet kereta anda dan perhatikan pada tempat yang saya tandakan seperti kedudukan pada gambar di atas. wire itu sebenarnya sekali dengan harness besar yang melekat pada firewall kereta kita. enjin wira MMC sama ada 1.3/1.5/1.6/1.8 pun ada wire tersebut tetapi pada enjin wira VDO memang tidak ada. bagi enjin lancer mitsubishi pula ada pada enjin 4G13/15/91/92/93 manakala pada enjin siri 4G6X saya tak berapa pasti ada atau tidak.




sekarang perhatikan gambar di atas. terdapat 3 wire (satu wire sahaja setiap satu) yang mempunyai soket berwarna tertentu. pertamanya wire soket berwarna cokelat pada sebalah kanan panah di atas, di tengahnya pula soket berwarna hitam dan di sebelah kiri pula soket berwarna biru. ketiga-tiga wire ini ada penutup soket masing-masing dan sekiranya kita mencabut cap soket tersebut akan nampak pin wire pada bahagian dalam soket berkenaan. ketiga-tiga wire ini juga sepatutnya ada pada harness wiring enjin seperti yang telah saya nyatakan di atas tadi.


fungsi setiap satunya akan saya jelaskan iaitu bagi soket berwarna cokelat digunakan untuk melaras basic ignition timing enjin, warna hitam untuk menguji fuel pump sama ada berfungsi atau tidak manakala soket biru untuk disambungkan pada device tertentu untuk mendapatkan bacaan basic idle ketika melaras ignition timing.


soket cokelat
fungsi soket ini ialah untuk mendapatkan basic ignition timing sesebuah enjin dan kalau bagi enjin proton atau mitsu yang saya nyatakan di atas tadi sekitar 5 degree BTDC  ketika menggunakan soket ini atau pun sekitar 10 BTDC degree sekiranya tanpa menggunakan soket ini. bacaan ini adalah bagi sebuah enjin standard tanpa pengubahsuaian yang ketara. cara menggunakan soket ini ialah pertamanya off enjin, kemudian buka cap soket cokelat ini dan tap pin wire soket ini dengan wire lain dan tap ke body atau negatif kereta. start kereta dan pada masa ini semua peralatan lain hendaklah dimatikan dan kereta telahpun mencapai normal temp sekitar 80'C - 95'C. check engine light akan hidup merupakan perkara normal ketika menyambungkan wire ini ke body atau ground. dengan menggunakan timing light halakan ke arah crank pulley dan pada masa ini bacaan degree ignition timing pada crank pulley sepatutnya berada pada kedudukan 5 degree BTDC sahaja. sekiranya bacaan ini tidak diperoleh maka hendaklah kita melaras kedudukan distributor atau cam angle sensor enjin sehingga kita mendapat bacaan 5 degree BTDC pada crank pulley. ini merupakan basic ignition timing bagi enjin yang saya nyatakan. setelah selesai dan bacaan yang dikehendaki telah diperoleh, ketatkan balik nat distributor atau cam angle sensor sebanyak 12Nm torque dan kemudiannya matikan enjin. cabut balik wire soket cokelat yang disambungkan tadi dan bolehlah start semula kereta dan sekiranya kita menghalakan timing light pada crank pulley bacaan sekarang dah menjadi 10 degree pada keadaan standard. inilah kedudukan ignition yang ideal yang perlu diperoleh bagi enjin standard. ignition timing is variable within about 7' even under normal operating and it is automatically further advanced by about 5' from 10' BTDC at higher altitudes.


soket hitam
sekarang beralih kepada soket hitam pula yang fungsinya untuk menguji fuel pump sama ada hidup atau pun tidak tanpa membuka fuel tank kereta tersebut. tanpa start atau on kunci, buka cap hitam pada soket berkenaan dan sambungkan ke positif (+) bateri. sebaik sahaja bersambung ke + maka sekiranya fuel pump masih berfungsi kita akan dapat mendengar bunyi fuel pump hidup dan sebaliknya jika fuel pump rosak tidak akan mengeluarkan apa-apa bunyi. cara ini sangat berguna untuk mengetahui keadaan fuel pump kereta kita. lihat gambar di bawah untuk memudahkan pemahaman anda




dengan cara ini juga kita tak perlu test wire fuel pump pada bahagian bawah seat penumpang belakang, hanya tap dan sambungkan wire ke + bateri tanpa on atau start kereta


soket biru
soket biru digunakan untuk mendapatkan basic idle sesebuah enjin tetapi menggunkan special device iaitu primary voltage detecting tachometer, yang digital lagi baik untuk mendapatkan ketepatan bacaan idle speed enjin. sekarang pomen menggunakan MUT (multi unit tester) atau kita sebut sebagai komputer yang dicucuk pada port OBD kereta untuk mendapatkan reading tertentu dan boleh mengubah atau set bacaan berpandukan device tersebut. soket cokelat dan soket biru saling berkaitan untuk mendapatkan basic idle speed dan basic ignition timing secara manual tanpa device MUT. untuk dapatkan basic idle speed sambungkan soket biru pada device tadi dan kita perlu melaras BISS screw untuk mendapatkan bacaan yang tepat. kalau berpandukan rpm pada meter kereta mungkin ada ralat tertentu.




gambar atas ini merupakan cara menggunakan wire soket biru tersebut dengan menggunakan special device seperti yang dinyatakan di atas tadi. standard value idle speed lancer mitsu 4G9X sekitar 750-800 r/min. jangan sambungkan dengan MUT kerana apabila kita sambungkan MUT maka kita tidak lagi dapat bacaan basic timing malahan kita akan mendapat bacaan ordinary timing. semasa kita menggunakan soket cokelat tadi untuk mendapatkan basic ignition timing 5' BTDC tadi sekaligus kita menggunakan soket biru ini untuk mendapatkan basic idle pada sekitar 750-800 r/min. kalau tak ada device ini makan bolehlah kita berpandukan pada rpm digital seperti yang terdapat pada APEXI RSM, atau SAFC atau pun apa-apa gajet yang memaparkan rpm secara digital untuk ketepatan.




untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat sila rujuk manuals enjin tertentu kerana di dalamnya jelas ditunjukkan prosedur dan bacaan yang tepat bagi sesebuah enjin tertentu. harus diingatkan kesemua bacaan ini adalah untuk sesebuah enjin dalam keadaan standard. bagi enjin yang telah diubahsuai kemungkinan tidak sesuai lagi dengan bacaan seperti yang telah diterangkan. contohnya bagi enjin saya 4G93 MIVEC bacaan yang ideal bagi basic ignition timing adalah sekitar 3' BTDC sahaja dengan basic idle speed pula sekitar 800 r/min. keadaan ini banyak bergantung pada apa yang telah anda lakukan pada enjin anda dan saya percaya kebanyakan pemilik enjin 4G9X atau 4G6X tidak lagi berada dalam keadaan standard, terpulanglah pada pomen masing-masing yang mungkin mempunyai resepi tersendiri untuk menjadikan sesebuah enjin beroperasi pada tahap yang optimum tanpa memberi apa-apa kemudaratan bagi enjin anda

terima ksih
sincerely: jefftacra

6 comments:

Anonymous said...

salam ...

sesiapa ada info tak mana2 bengkel yg boleh buat tuning macam ni menggunakan device seperti yg abg jeff cakap di atas, kawasan Kuala Lumpur ?

kalau ada boleh tak bagi sekali alamat dan nama bengkel ... tq

Ahmad Ikmal Rosli said...

Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Terima kasih

Ahmad Ikmal Rosli said...

Penerangan yang jelas dan mudah difahami. Terima kasih

Anonymous said...

Terima kasih cikgu telah memuat masuk dlm blog..

ltm syafiz said...

Salam boss.. terima kasih atas ilmu yh d beri..

ltm syafiz said...

Salam boss.. terima kasih atas ilmu yh d beri..