Petro Canada - Heavy Duty Engine Oil

assalam dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan followers diytacra.com. kali ini saya paparkan entri berkaitan engine oil atau minyak hitam kereta. entri terdahulu ada saya jelaskan mengenai jenis-jenis minyak enjin dan beberapa kriteria yang perlu ada untuk kita sebagai pengguna memilih minyak enjin yang bersesuaian dengan enjin kereta kita. pelbagai jenama berada di pasaran semasa minyak enjin ini yang terdiri daripada jenis mineral, semi sintetik atau pun yang sintetik sepenuhnya. boleh rujuk entri terdahulu mengenai hal tersebut

berbalik kepada entri kali ini saya paparkan khusus mengenai minyak enjin brand petro canada yang sudah pasti berasal dari canada. minyak enjin jenis ini tidak terdapat di kedai-kedai spare part biasa tetapi ada dijual melalui dealer-dealer tertentu seperti yang terdapat di facebook. anda boleh masuk ke page facebook dengan nama heavy duty engine oil atau pun petro canada malaysia. boleh klik link berikut PETRO CANADA MALAYSIA atau pun HEAVY DUTY ENGINE OIL. page petro canada malaysia khusus untuk minyak petro canada sahaja manakala page heavy duty engine oil merangkumi kesemua minyak enjin jenis heavy duty. pelbagai maklumat yang anda boleh peroleh sekiranya berminat dengan produk petro canada atau [un minya heavy duty yang lain

PENULISAN SAYA INI MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI MENGENAI MINYAK ENJIN DURON INI DAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK MERENDAHKAN MINYAK JENIS LAIN YANG BERADA DI PASARAN SEMASA. PENGGUNA BEBAS MEMILIH JENAMA MINYAK LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KENDERAAN MASING-MASING




perbincangan saya ialah khusus bagi minyak petro canada heavy duty engine oil (HDEO) jenama DURON E FULLY SYNTHETIC dengan viscocity 10w/40. sebenarnya kalau disebut minyak HDEO ini apa yang tergambar pada fikiran sesetengah orang atau golongan yang menyatakan bahawa minyak ini khusus untuk minyak lori. dan perkara ini memang diakui benar kerana HDEO sebenarnya minyak untuk enjin diesel lori-lori besar dan sebab itulah dikatakan sebagai minyak heavy duty. pada bahagian label hadapan minyak ini memang dinyatakan bahawa untuk kegunaan enjin diesel tetapi hal ini tidak menjadi masalah kerana pada bahagian belakang label ada dinyatakan juga untuk enjin diesel dan gasoline (petrol)




oleh yang demikian minyak heavy duty DURON ini sesuai digunakan juga pada enjin petrol, biasa, malahan pengguna motosikal sendiri ada yang menggunakan minyak ini tanpa sebarang masalah yang boleh memudaratkan sesebuah enjin kenderaan. saya sendiri pada awalnya ragu-ragu juga untuk menggunakan minyak petro canada DURON ini pada kenderaan saya. namun keinginan untuk mencuba tidak pernah pudar dan saya akui minyak ini memang sangat sesuai dengan karektor enjin kereta saya walaupun telah berusia. saya menggunakan pada enjin 4G93 MIVEC tanpa ada sebarang masalah semenjak 3 tahun yang lalu dan hingga sekarang saya masih menggunkannya




ada yang menggunakan minyak ini beberapa ketika pada jentera masing-masing dan didapati enjin leaking iaitu minyak enjin bocor. perkara ini boleh berlaku kerana minyak DURON ini juga bertindak sebagai agen pencuci bagi sesebuah enjin dan tidak mustahil bahagian dalaman enjin akan kelihatan bersih dan bebas daripada kotoran minyak hitam lama. ingin saya tegaskan sekiranya enjin anda berada pada tahap yang terbaik maka bolehlah menggunakan minyak enjin jenis ini dan sagatlah sesuai digunakan bagi yang baru lepas overhaul enjin. kereta baru pun boleh menggunakan minyak ini tanpa sebarang masalah

satu perkongsian yang boleh dikongsikan bersama iaitu pada tahun ini bertarikh 6 mac 2015 untuk yang ke beberapa kalinya saya telah menggunakan minyak DURON ini dan pada hari ini 30 disember 2015 barulah tiba masa untuk saya menukar minyak enjin kereta saya setelah 8,000km mileage penggunaan minyak heavy duty. kalau dianggarkan saya menggunakan minyak ini selama 9 bulan. dalam tempoh tersebut saya tidak pernah pun top up minyak enjin kereta saya hanya periksa sekali sekala sahaja takut kalau-kalau minyak berkurangan, tetapi minyak masih tidak kurang dan masih berada pada kedudukan yang bersesuaian dengan enjin berpandukan pada dipstick atau alat pengukur minyak enjin




saya telah memeriksa dipstick minyak enjin pada hari ini untuk membuat penukaran minyak baru dan anda boleh lihat sendiri kedudukan minyak pada dipstick tersebut. minyak tidak kurang dengan syarat enjin berada pada tahap yang terbaik, tidak leaking, valve seal cantik, piston ring bagus dan lain-lain faktor lagi. namun ada sesetengah kereta yang mengalami masalah minyak berkurangan dalam satu tempoh tertentu, ini disebabkan kerana enjin kemungkinan ada sedikit masalah yang perlu diperbetulkan. oleh kerana dah mencapai 8k mileage saya terus menukar juga minyak ini. saya pernah dengar ada yang menggunakan minyak HDEO DURON ini sehingga 10k - 15k mileage bergantung kepada kehendak masing-masing




saya juga membuat penukaran oil filter dengan yang baru dan seperti biasalah saya memilih oil filter jenis mitsubishi yang dibeli di kedai spare part dengan harga rm18 dan ada sesetengahnya kedai spare part menjualnya dengan harga rm20 ke atas. saya tidak pasti sama ada filter yang dibeli ini original atau pun tidak kerana terlalu banyak barangan tiruan di pasaran negara kita. minyak enjin pun diragui ketulenannya kerana kita pernah digemparkan dengan serbuan oleh penguatkuasa ke atas kilang yang menjalankan perusahaan kitar semula minyak enjin terpakai ini. hanya tokey kedai spare part sahaja yang mengetahui sama ada barangan yang dijualnya asli atau pun tidak




kalau kita ikut cara yang sebetulnya ialah setiap kali kita menukar minyak enjin maka perlulah kita menukar juga washer oil pan bolt ini. tetapi bagi saya selagi boleh pakai kita pakai je asalkan tidak mendatangkan masalah kebocoran pada tempat nat tersebut. oleh kerana agak lama tidak menukar washer ini saya telah menukarnya dengan jenis copper atau tembaga manakala nat yang saya gunakan adalah jenis bermagnet, tujuannya untuk memerangkap habuk-habuk besi yang dikeluarkan oleh enjin. kalau habuk besi terlalu banyak pada hujung magnet ini kemungkinan enjin mengalami kehausan di bahagian dalamnya seperti pada bearing enjin dan sebagainya. normalnya tidak banyak habuk besi lekat pada magnet tersebut, ini menunjukkan enjin berada pada tahap yang baik




inilah perbezaan minyak enjin DURON yang telah mencapai 8,000km mileage dengan minyak yang baru. kalau diikutkan minyak ini boleh pergi sejauh 10,000km pada enjin saya. oleh kerana dah mencapai 9 bulan adalah lebih baik saya menukarnya dengan minyak yang baru



bahagian dalaman head enjin kereta saya yang boleh dikatakan bersih apabila menggunakan minyak heavy duty ini. sebenarnya saya telah menggunakan pelbagai jenama minyak enjin semenjak tahun 2001 lagi seperti PETRONAS SYNTIUM, CASTROL MAGNATEC, PENNZOIL, SHELL, ENEOS, MAXOIL tetapi DURON E FULLY ini tetap menjadi pilihan setakat hari ini. mungkin saya akan kekalkan penggunaan minyak heavy duty sekiranya bekalan mudah diperolehi

sedikit ulasan mengenai minyak DURON pada enjin MIVEC ini iaitu enjin dirasakan lebih lancar, dan yang paling penting boleh dapat rasakan enjin menjadi semakin smooth, valve pun tidak bising, cold start pagi tidak mendatangkan masalah. ketika pemanduan rpm enjin cepat naik dan senang-senang nak mencapai rev cut rpm. MIVEC dapat ON dengan lancar tanpa sebarang masalah

terima kasih
sincerely: jefftacra

4 comments:

My Name Is Han said...

sy pon pengguna hdeo.
pllg ch4 sumbat kat sr20det.
respon enjin lg sedap berbanding minyak2 sebelom ni.

Anonymous said...

Saya juga mengunakan minyak jenama ini.memang menjimatkan sebab boleh tahan sehingga 10k km. Enjin kereta masih lancar dan ringan biar pun dah 10k km perjalanan.sekadar kongsi pengalaman.

man5165 said...

Brapa harganya

p islam said...

tacra ada beza dgn penzoil gold