Rear Wiper Wiring Diagram

bersua kembali dengan entri terkini iaitu bagaimana membuat penyambungan atau wiring rear wiper bagi pemilik kereta yang memasang cermin evo atau gsr berwiper. kali ini saya tunjukkan bagaimana proses wiring wiper agar berfungsi sepenuhnya. pada akhir entri ini dipaparkan video bagaimana wiper ini berfungsi sepert keadaan asal



motor wiper evo yang kebiasaannya dapat sekali semasa anda membeli cermin belakang EVO atau GSR


kedudukan soket pada motor wiper iaitu 1 wayar blue stripe red, 2 blue stripe white dan 3 solid blue. saya akan tunjukan proses wiring di bawah ini


ini ialah motor wiper evo yang kebiasaannya wiper park di sebelah kanan


motor dan wiper arm


suis rear wiper evo, ON dan INT


pastikan semasa membeli set wiper belakang dapatkan sekali soket sama ada soket suis ataupun soket motor


suis dan soket, kebiasaannya soket berwarna biru seperti ini


proses wiring di atas lantai sahaja sebagai demo


pada soket suis terdapat 7 wire iaitu, black stripe yellow (ground lampu), green stripe white (12v lampu kecil), black (ground), white stripe blue (12v acc), blue (12v acc & ke soket motor), blue stripe red (ke soket motor) dan blue stripe white (ke soket motor)


wiring yang perlu disambung seperti yang ditunjukkan di atas


diagram lukisan sediri, tak pandai nak lukis dengan komputer, harap boleh difahami. kalau ada kemusykilan boleh hubungi saya melalui email atau facebook






sekian, terima kasih
jumpa lagi