salam sejahtera... bersua lagi dengan entri bagaimana menukar minya gear auto berserta dengan filter minyak gear. kebiasaanya minyak gear auto disebut juga sebagai automatic transmission fluid (ATF). setiap 40k km disarankan agar menukar minyak gear auto sekali dengan filter untuk gearbox auto dan setiap 20k hanya menukar minyak sahaja, ini bermaknan dua kali tukar minyak auto, sekali berserta dengan filter. berikut saya tunjukkan step bagaimana proses ini boleh dilakukan secara DIY sahaja di rumah anda

kotak filter minyak auto untuk 4G9X/wira dengan harga sekitar rm24-30 sahaja di mana-mana kedai spare part. di samping brand mitsu ini masih ada lagi brand lain yang boleh anda pilih bergantung pada kehendak anda sendiri. harganya pun ada beza sikit

di dalamnya terdapat filter minyak dan gasket sekali, hati-hati dengan gasket supaya jangan patah, kalau patah masa pasang nanti boleh menyebabkan kebocoran minyak gear

terlebih dahulu jack kereta dan perlu juga menggunakan jack stand kerana banyak kerja akan dilakukan di bawah kereta, sebagai langkah keselamatan makan hendaklah memnggunakan jack stand, jack tan itu pun tetap digunakan

buka nat 10mm yang kesemuanya terdapat 12 biji nat pada oil pan gear auto

setelah kesemua nat dibuka, untuk mencabut oil pan anda perlulah mengumpil dengan berhati-hati pada bahagian yang bersambung antara oil pan dengan gear box. cari tempat yang berlubang bahagian hadapan gear dan umpil dengan menggunakan screw driver flat. gambar atas tu ialah filter minyak gear auto masih melekat pada gearbox

inilah filter minyak gear auto, untuk mengeluarkannya perlu membuka 4 nat 10mm pada filter tersebut. manakala di dalam oil pan kebiasaannya terdapat 4 bijik magnet untuk memerangkap habuk besi akibat geseran gear

inilah rupa minyak yang melekit pada filter, kalau lagi lama filter tak tukar bertambah teruklah kotoran minyak yang melekat pada filter. sludge minyak kotor melekat pada filter

bersihkan sisa gasket lama pada bahagian gearbox, boleh gunakan scrapper nipis dan berhati-hati kikis gasket lama sehingga bersih

proses mencuci oil pan dan ternyata pada dasar oil pan ni memang minyak hitam melekit dan pekat. bersihkan dengan air dan sabun

dengan menggunakan scrapper kikis perlahan-lahan sisa gasket pada bahagian tepi oil pan

dah siap dibersihkan

blow dengan blower supaya air dapat dikeringkan dengan cepat

pasang dahulu filter seperti kedudukan asal

letakkan gam gasket seperti permatex ultra grey di sekeliling oil pan dan gasket bahagian atas seperti gambar di atas

pasang balik oil pan dan ketatkan nat oil pan dengan kekuatan 3nm sahaja. tunggu sekitar 2 jam barulah boleh memasukkan minya ATF yang baru. bila dah siap hidupkan kereta dan perhatikan sekeliling oil pan takut ada kebocoran, selalunya kalau gasket dipasang dengan betul dan kekuatan nat sekata tidak menjadi masalah, mudah-mudahan tak bocor
sekian, terima kasih
jumpa lagi